BAB 4 Flashcards
1
Q
TUGAS BMA (BRITISH MILITARY ADMINISTRATION)
A
- Mengembalikan kestabilan dan keamanan .
- membubarkan pasukan MPAJA
- mengarahkan semua senjata yang diberikan kepada meraka semasa pendudukan Jepun dahulu dikembalikan.
- Memulihkan kepercayaan rakyat
- mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu
- memulihkan kerosakan infrastruktur akibat bencana peperangan
- memulihkan ladang getah, lombong bijih timah serta membaiki prasarana dan kemudahan kesihatan yang dimusnahkan oleh tentera Jepun
2
Q
MASALAH YANG DIHADAPI OLEH BMA
A
- gagal mengumpulkan semula senjata yang diberikan kepada MPAJA semasa pendudukan Jepun.
- gagal membanteras kegiatan jenayah, keganasan, kongsi gelap dan masalah ketegangan kaum.
- bekalan makanan dan ubat-ubatan sukar didapati
- sekiranya ada bekalan tersebut, harganya melambung tinggi
- Wabak penyakit merebak
- kebuluran berlaku di kebanyakan tempat
- rakyat tidak mempunyai wang untuk membeli makanan
- kegiatan menyorok barang, amalan rasuah, peras ugut dan pasar gelap di KL menjadi semakin tidak terkawal
- jentera, alat ganti, mesin dan teknologi sukar membawa masuk, menyebabkan sosioekonomi sukar dipulihkan.
3
Q
CIRI-CIRI MALAYAN UNION / PERKARA YANG TERKANDUNG DALAM MALAYAN UNION
A
- NNMB, NNMTB dan NNS kecuali Singapura disatukan menjadi satu unit pentadbiran
- Sultan menjadi Ahli Majlis Raja-Raja yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu
- Malayan Union diketuai oleh Gabenor British yang dilantik oleh Raja England
- Majlis Eksekutif and Majlis Perundangan Malayan Union dibentuk di bawah kawalan Persuruhjaya Tinggi British - Kewarganegaraan melalui prinsip jus soli menjadi asas kewarganegaraan Malayan Union
- Seluruh rakyat yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapira diiktiraf sebagai warga Malayan Union
- Mereka yang berumur 18 tahun ke atas serta bermastautin selama 10 tahun hingga 15 tahun akan diberikan kewarganegaraan
- Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang ibu bapanya merupakan warganegara, turut diberikan kewarganegaraan.
4
Q
PENENTANGAN RAJA-RAJA MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION
A
- Membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England
- Raja-raja Melayu bersidang di Istana Iskandar, Kuala Kangsar
- Dalam persidangan ini, mereka memustuskan untuk mengemukakan bantahan melalui Mahkamah Tinggi di England
- Sultan Perak, Sultan Kedah dan Sultan Johor (JKP) bercadang berangkat ke England sekiranya diperlukan. - Menghantar surat bantahan ke London
- Sultan Perak, Sultan Kedah dan Sultan Johor (JKP) mengutus surat kepadan George Henry Hall.
- Surat ini mendakwa baginda diperdaya oleh MacMichael
- Raja-raja Melayu memohon British memansuhkan persetujuan yang ditandatangani itu
- Tuanku Syed Putra Jamalullail mengirimkan telegram kepada kerajaan British di London - Menyokong Kongres Melayu
- Kongres Melayu diadakan untuk menunjukkan kesungguhan orang Melayu menolak Malayan Union
- Sultan Hisamuddin Alam Shah (Sultan Selangor) menderma $15 ribu kepada Persatuan Melayu Selangor - Permaisuri Perak memimpin gerakan menentang Malayan Union
- Tuanku Permaisuri Perak, Raja Perempuan Kelsom mengetuai barisan hadapan perarakan bersama-sama dengan wanita negeri Perak
- Perarakan itu berjalan melintasi Raja-raja Melayu, Ahli Parlimen British dan pemimpin Melayu yang berada di atas pentas - Memulaukan upacara pelantikan Gabenor Malayan Union
- Raja-raja Melayu memulaukan upacara pelantikan Gabenor setelah perjumpaan dengan Dato’ Onn Jaafar di Hotel Station.
- Dato’ Onn Jaafar mempersembahkan resolusi Kongres Melayu, iaitu memohon Raja-raja Melayu supaya bersama-sama dengan rakyat memboikot upacara pelantikan Gabenor Malayan Union
5
Q
PENENTANGAN RAKYAT TERHADAP MALAYAN UNION
A
- Bantahan melalui akhbar Melayu
- contoh : Utusan Melayu, Majils dan Warta Negara
- Akhbar ini menyuarakan bantahan dengan keras, mengecam dan mengufuk Malayan Union kerana merugikan orang Melayu
- Akhbar ini menyeru orang Melayu mengadakan perhimpunan besar-besaran
- Akhbar ini sentiasa melaporkan perkembangan berita tentang penentangan orang Melayu
2.