BAB 3 Flashcards
1
Q
FAKTOR PERANG DUNIA PERTAMA
A
- Persaingan Kuasa Imperialis (工业发展 - 土地 - 竞争)
- Perkembangan Revolusi Industri menyebabkan berlaku persaingan dalam kalangan kuasa imperialis di Eropah
- Mereka bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan bagi memperoleh bahan mentah seperti arang batu, petroleum dan bijih timah serta memasarkan hasil industri.
- Persaingan tersebut membawa permusuhan antara kuasa imperialis di Eropah seperti Perancis dan Jerman - Pakatan ketenteraan (联盟 - 政治 - 竞争)
- Permusuhan antara kuasa Eropah membawa pembentukan pakatan ketenteraan seperti pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga
- Kewujudan pakatan ketenteraan menyebabkan ketidakstabilan politik berterusan di Eropah
- Seiring dengan persaingan mendapatkan tanah jajahan, negara dalam pakatan turut bersaing menghasilkan senjata moden dan sedia berperang bagi mempertahankan kepentingan masing-masing - Krisis rantau Balkan (SAH - 人民 - 王子)
- berlaku akibat permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia.
- Austria-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria bekerturunan Serb supaya berjuang membebaskan daripada pemerintahan Austria-Hungary.
- Kemucak krisis Balkan ialah pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya Sophie oleh seseorang pemuda Sebia.
- Peristiwa tersebut menjadi sebab Eropah terjerumus dalam kancah Perang Dunia Pertama
2
Q
ANGGOTA PAKATAN KUASA TENGAH
A
JAH - BEU
- Jerman dan Austria-Hungary
- kemudian disertai oleh Bulgaria dan empayar Uthmaniyah
3
Q
ANGGOTA PAKATAN BERTIGA
A
BPR - SIGPR
- Britain, Perancis, Rusia
- disokong oleh Serbia, Itali, Romania, Portugal dan Greece
4
Q
KESAN PERANG DUNIA PERTAMA DI EROPAH
A
- Keruntuhan pemerintahan beraja
- menamatkan sistem pemerintahan beraja di Jerman, Austria-Hungary, Rusia dan empayar Uthmaniyah
- Kerajaan Republik Jerman didirikan apabila Kaiser Wilhem II terpaksa turun takhta dan mendapatkan perlindungan politik di Belanda.
- Empayar Austria-Hungary di bawah pemerintahan Dinasti Habsburg berakhir apabila timbul pemberontakan di wilayah yang dikuasainya.
- Revolusi yang tercetus di Rusia menumbangkan pemerintahan beraja - Kemunculan Negara Baharu
- empayar Austria Hungary : Austria, Hungary, Czechoslovakia, Yugoslavia
- empayar Rusia : Poland, Estonia, Latvia, Lithuania
- empayar Uthmaniyah : Lebanon, Syria, Iraq
5
Q
KESAN PERANG DUNIA PERTAMA DI NEGARA KITA
A
- Bagi menyekat kebangkitan orang Melayu, Raja-raja Melayu diminta menandatangani perisytiharkan perang yang menyokong dan memberikan taat setia kepada kerajaan British
- Pelbagai undang-undang yang berkaitan dengan perang diluluskan oleh pentadbiran British
- Kemakmuran ekonomi negeri Melayu dimanipulasi oleh British.
- Wang hasil bijih timah dan getah digunakan untuk membiayai operasi British dalam Perang Dunia Pertama
6
Q
FAKTOR TERCETUSNYA PERANG DUNIA KEDUA DI EROPAH
A
- Kemuculan ideologi baharu
- Penduduk Itali dan Jerman mengadakan gerakan radikal bagi mengatasi masalah yang wujud akibat kemelesetan ekonomi.
- Gerakan ini dipimpin oleh pemimpin nasionalisme berfahaman melampau, iaitu fasisme di Itali dan nazisme di Jerman.
- Fazisme
- Gerakan fazisme di bawah pemimpin Benito Mussolini dan parti Fasis berjaya menguasai kerajaan Itali pada tahun 1922.
- Fasisme memberikan keutamaan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan individu dan percaya kepada nasionalisme melampau termasuk berperang bagi meningkatkan imej negara.
- Itali meluaskan tanah jajahan dengan menguasai Habsyah dan Albania bagi memulihkan semua imejnya.
- Nazisme
- Gerakan nazisme di bawah pimpinan Adolf Hitler dan parti Nazi berjaya membentuk kerajaan di Jerman pada tahun 1933.
- Nazisme mengagungkan bangsa Jerman.
- Hitler berusaha untuk memulihkan nasionalisme Jerman dengan mengetepikan Perjanjian Versailles.
- Hitler membina angkatan tentera semula dan seterusnya meduduki Rhineland semula, wilayahnya yang hilang melalui Perjanjian Versailles.
- Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles
* Jerman
- Jerman sebagai negara yang kalah dalam Perang Dunia Pertama menganggap Perjanjian Versailles tidak adil dan menjejaskan kedaulatan negranya.
- Selain kehilangan tanah jajahan, pampasan perang yang tinggi dan perlu dibayar menyebabkan Jerman mengalami kemelesetan ekonomi dan inflasi yang teruk.
- Itali
- Itali sebagi negara yang menyertai Pakatan Bertiga dalam Perang Dunia Pertama tidak berpuas hati terhadap Perjanjian Versailles.
- Itali tidak berpuas hati kerana tidak diberikan tanah jajahan baharu seperti yang diperoleh Perancis dan Poland.
- Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa
- Liga Bangsa-Bangsa berperanan untuk memastikan keamanan dunia dan mewujudkan kerjasama antarabangsa.
- Namun begitu, kegagalan Liga Bangsa-Bangsa dalam usaha menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan menangani krisis pencerobohan yang berlaku selepas Perang Dunia Pertama menyebabkan dunia terdedah kepasa konflik berterusan dan mengakibatkan meletusnya Perang Dunia Pertama.
7
Q
BAGAIMANAKAH PERANG DUNIA KEDUA DI EROPAH BERMULA ?
A
- Penaklukan Jerman terhadap Eropah Barat
- Selepas peperangan diisyitiharkan, Jerman memulakan serangan Blitzkrieg bagi menakluki negara di Eropah Barat.
- Jerman berjaya menawan Poland, Denmark, Norway, Belanda, Belgium, Luxembourg dan Perancis.
- Jerman menguasai hampir keseluruhan negara di Eropah Barat menjelang pertengahan tahun 1941. - Pengeboman Britain
- Jerman melancarka serangan udara dan laut terhadap Britian pada bulan September 1940 sehingga bulan Jun 1941.
- Jerman menyerang dan memusnahkan pelabuhan, kawasan perindustrian dan pertahanan udara Britian.
- Serangan tersebut telah menjejaskan ekonomi Britain. - Penyertaan Itali dan Perang di Eropah
- Itali, sekutu Jerman mengisytiharkan perang terhadap Britain dan Perancis pada bulan Jun 1940.
- Tentera Itali menyerang Perancis melalui arah selatan, manakala tentera Jerman menyerang Perancis dari arah utara. - Serangan Jerman ke atas Rusia
- Jerman telah melancarkan Operasi Barbarossa, iaitu serangan besar-besaran untuk menawan Rusia setelah menguasai Eropah Barat.
- Hitler ingin menguasai Rusia, iaitu empayar terbesar di Eropah untuk mencapai cita-citanya menguasai selatan Eropah.
- Operasi ini menyasarkan bandar utama di Rusia, iaitu Leningrad, Moscow dan Stalingrad
8
Q
KUASA UTAMA DALAM PERANG DUNIA KEDUA
A
- Kuasa Paksi (JIJ)
- Jerman, Itali, Jepun - Kuasa Bersekutu ( BRAP)
- Britain, Rusia, Amerika Syarikat, Perancis
9
Q
CABARAN LIGA BANGSA-ANGSA SELEPAS PERANG DUNIA PERTAMA
A
- Krisis Manchuria ( 1931-1933)
- Jepun menakluki Manchuria, iaitu wilayah di bawah penguasaan China. - Perjanjiaan Pelucutan Senjata (1932-1934)
- Jerman keluar daripada Liga Bangsa-Bangsa dan memperbesar angkatan tenteranya secara terbuka. - Krisis Habsyah (1935-1936)
- Itali menyerang Habsyah di Afrika.
10
Q
FAKTOR PERLUASAN KUASA JEPUN
A
- Dasar perluasan kuasa Jepun
- Keperluan Perindustrian
* Jepun memerlukan wilayah yang dapat membekalkan bahan mentah dan menjadi kawasan pasaran.
- Pengaruh golongan tentera
- Jepun mempunyai angkatan tentera paling moden di Asia.
- Jepun semakin agresif apabila golongan tentera menguasai politik.
- Golongan tentera berpendapat bahawa masalah ekonomi Jepun boleh diselesaikan menerusi penaklukan kawasan yang kaya dengan bahan mentah dan boleh menjadi kawasan pasaran.
- Jeneral Hideki Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun dan mengheret Jepun ke kancah peperangan.
- Orde baharu Asia
- Orde ini bertujuan untuk mengembangkan kuasa, mewujudkan kebebasan ekonomi dan menentang imperialisme Barat.
- Sekatan ekonomi terhadap Jepun oleh Amerika Syarikat, British dan Belanda.
- Hal ini untuk menghalang Jepun daripada memperoleh bahan mentah yang diperlukan untuk industri dan operasi perang. - Rancangan penaklukan wilayah di Selatan
- Hal ini untuk mengatasi sekatan ekonomi dilakukan oleh pihak Bersekutu
- Jepun merancang untuk menguasai Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah, getah, bauksit dan petroleum.
- Jepun juga bekerjasama dengan Jerman.
- Hal ini supaya kerajaan Jerman menghantar pakarnya ke Jepun untuk mengkaji serangan terhadap wilayah selatan dan membantu perkembangan industri pembuatan kapal terbang Jepun.
11
Q
FAKTOR KEDATANGAN JEPUN KE NEGARA KITA
A
- Mengeksploitasi sumber bahan mentah
- Hal ini untuk memenuhi keperluan perindustrian ekoran Pembaharuan Meiji dan operasi ketenteraan Jepun
- Tanah Melayu merupakan pengeluar utama bijih timah dan getah di dunia, selain menghasilkan emas, bijih besi, arang batu dan bauksit.
- Sasaran utana Jepun di Sarawak untuk mendapatkan sumber minyak, terutama di Miri dan Lutong. - Kepentingan strategi kententeraan
- Kedudukan strategik negara kita sesuai untuk ketenteraan Jepun.
- Di hujung Semenanjung Tanah Melayu terletak pangkalan tentera laut British, iaitu Singapura.
- Penguasaan terhadap pangkalan tentera laut tersebut penting untuk membuka laluan penguasaan Jepun terhadap telaga minyak di Sumatera.
- Penguasaan terhadap Pulau Borneo penting untuk menjayakan operasi penaklukan tentera Jepun di Pulau Jawa.
12
Q
DASAR PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA (DASAR PENTADBIRAN)
A
- Tentera Jepun memperkenalkan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu.
- Pada peringkat awal, Tanah Melayu digabungkan dengan Sumatera di bawah satu pentadbiran untuk membentuk Kawasan Pertahanan Khas dan diletakkan di bawah pasukan tentera Jepun ke-25.
- Pada April 1944, Tanah Melayu dan Sumatera ditadbir secara berasingan.
- Hal ini kerana terdapat perbezaan sistem politik dan ekonomi yang ketara di bawah pentadbiran British dan Belanda sebelum perang
- Sumatera diletakkan di bawah pentadbiran tentera Jepun ke-25.
- Tanah Melayu ditadbir oleh pasukan tentera Jepun ke-29
- Singapura dikenali sebagai Syonan-to (Pulau Cahaya Selatan)
- Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru)
- Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dipindahkan di bawah pentadbiran kerajaan Thailand.
- Sarawak, Sabah dan Brunei digabungkan menjadi satu unit pentadbiran yang dikenali sebagai Kita Boruneo.
- Sarawak, Sabah dan Borneo diketuai oleh Gabenor Jeneral dan diletakkan di bawah pasukan tentera Jepun ke-37 yang berpusat di Kuching.
- Pentadbitan tentera Jepun mengiktiraf kedudukan Raja-raja Melayu.
- Raja-raja Melayu berperanan sebagai ketua dalam hal ehwal agama Islam dan adat Melayu.
- Mereka diberikan bayaran pencen.
- Sultan di negeri diletakkan di bawah pengawasan Gabenor Jepun. - Pentadbiran tentera Jepun memberikan peluang kenaikan pangkat kepada pemimpin tempatan yang berpendidikan dan berpengalaman ke jawatan yang lebih tinggi.
- Hal ini untuk mengatasi masalah kekurangan pengawai dan mendapatkan sokongan penduduk.
- Pentadbiran tentera Jepun menubuhkan Institut Latihan Pemimpin-pemimpin Muda atau Koa Kurenjo.
- Hal ini untuk melatih dan menanamkan semangat memperjuangkan cita-cita politik Jepun dalam kalangan penduduk tempatan.
13
Q
PERJUANGAN RAKYAT MENENTANG PENDUDUKAN JEPUN
A
- Rejimen Askar Melayu
- Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu bersama-sama dengan pasukan tentera British terlibat menentang pendaratan tentera Jepun di Kelantan.
- Penglibatan Rejimen Askar Melayu dalam pertempuran menentang tentera Jepun di Singapura memperlihatkan semangat juang yang tinggi.
- Sebagai contoh, Leftenan Adnan Saidi. - Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA)
- MPAJA merupakan gerakan anti-Jepun yang terbesar di Tanah Melayu.
- - Force 136
- Force 136 mewakili tentera British.
- Force 136 bekerjasama dengan MPAJA melawan Jepun - Parti Kuomintang (KMT)
- Terdapat gerila Cina yang dikuasai oleh nasionalis daripada Parti Kuomintang menentang tentera Jepun.
- KMT bergerak aktif di Hulu Perak dan Kelantan.
- KMT bekerjasama dengan MPAJA atau PKM menentang tentera Jepun.
5.