Bab 2.1 Flashcards
Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Alam Melayu?
Sistem Beraja
Apakah gelaran Funan yang bermaksud raja gunung?
Kurung Bnam
Apakah maksud Rajadhiraja dan Cakravatin Funan?
Raja Funan sebagai raja segala raja
Pemerintah alam sejagat
Raja Funan dibantu oleh?
Golongan agama & tentera
Apakah gelaran bagi ketua ketujuh-tujuh wilayah Funan yang terdiri daripada putera-putera raja?
Raja Kecil
Rajadhiraja Champa diiktiraf sebagai pemerintah yang?
Mulia dan suci, dikatikan dengan Dewa Siva
Apakah peranan para pembesar Champa?
Mengutip cukai, menjaga keamanan, mengukuhkan pertahanan
Apakah lima wilayah Champa?
Indrapura, Kauthara, Panduranga, Amaravati, Vijaya
Apakah keistimewaan Raja Srivijaya?
Berunsur kesaktian, dianggap Bodhisattva, peranan raja sebagai Buddha di bumi.
Apakah gelaran raja Srivijaya?
Raja di Gunung, Maharaja di Pulau
Raja Srivijaya dibantu oleh?
Yuvaraja = Putera Mahkota
Pratiyuvaraja = Raja Muda
Rajakumara
Golongan agama, tentera, pemungut cukai, hakim, penjaga harta kerajaan
Pentadbiran wilayah Srivijaya terbahagi kepada dua, iaitu?
Kedatuan - Datu berketurunan raja
Pradatuan - Datu bukan berketurunan raja
Apakah gelaran raja-raja Angkor dan peringkatnya?
Kuasa tertinggi - Dewaraja (Mengaitkan raja sebagai dewa)
Kuasa kedua - Permaisuri
Kuasa ketiga - Raja Muda
Apakah peranan pembesar-pembesar yang membantu raja Angkor?
Bertanggungjawab dalam keagamaan, kehakiman, keselamatan, perbendaharaan
Pada peringkat wilayah, Angkor dibahagikan kepada?
Wilayah, daerah, daerah kecil, kampung
Apakah gelaran raja Majapahit?
Maharaja, Sri Maharaja, Sri Bathara
Raja Majapahit dibantu oleh?
Sapta Prabu - Majlis Penasihat Diri - kerabat diraja
Para pembesar
Majapahit dibahagikan kepada 14 wilayah yang dipechakan kepada?
Kabupaten, Kawadanan, Pakuwuan, Kebuyutan
(Daerah, daerah kecil, kampung)
Apakah keistimewaan dan kelayakan wanita di Majapahit?
Menjadi kerabat diraja - berperingkat tinggi dalam pentadbiran
Menjadi anggota Sapta Prabu dan raja
Kedah Tua dibayangi oleh kerajaan besar, terutamanya?
Srivijaya
Apakah sistem pentadbiran mudah Kedah Tua?
Adanya seorang ketua yang mengurus hal perdagangan & keagamaan
Apakah kesan Kedah Tua ditakluki Srivijaya?
Corak pemerintahan berubah
Menjadi sebahagian Pradatuan
Walaupun pemerintahan kerajaan Gangga Nagara tidak jelas, apakah sistem pemerintahannya?
Sistem pemerintahan beraja - raja memajukan perdagangan & bertanggungjawab dalam keselamatan
Apakah kesan pemerintahan yang teratur?
Kestabilan