Bab 2.2 Pertanian Flashcards
Apakah faktor utama perkembangan kegiatan ekonomi?
Petempatan awal, peranan sungai
Mengapakah Alam Melayu sesuai untuk pertanian?
Mempunyai tanah yang subur untuk pertanian
Bagaimanakah pertanian dilakukan pada tahap awal?
Bertujuan untuk menyara diri sahaja
Bilakah hasil pertanian mula dipasarkan? Siapakah tujuan sasaran?
Terdapat lebihan hasil pertanian
Penduduk yang tidak telibat dalam kegiatan pertanian
Apakah persamaan Funan dan Angkor yang mengembangkan kegiatan pertanian?
Terletak di Lembah Sungai Mekong
Dimanfaatkan kesuburan tanahnya
Hujan membekalkan air ke tasik besar Tonle Sap, mengairi kawasan padi sawah
Apakah keistimewaan kegiatan pertanian di Angkor?
Pembinaan kolam baray untuk menyimpan air
Penanaman padi menuaikan hasil 3-4 kali setahun
Bagaimanakah kegiatan pertanian dilaksanakan di Champa?
Terdapat Ketua Air di kampung untuk menyelenggarakan terusan dan daik
Apakah fungsi daik?
Benteng atau tembok tanah panjang untuk menahan air & mencegah banjir
Apakah faktor utama perkembangan kegiatan pertanian di Majapahit?
Pulau Jawa mempunyai tanah yang subur untuk pertanian
Apakah sumber bekalan air padi sawah di Majapahit?
Sungai Bengawan Solo, Sungai Brantas
Apakah tujuan pemerintah Majapahit membina sistem pengairan?
Meningkatkan pengeluaran padi sawah
Apakah yang dikisahkan dalam lagu Bengawan Solo oleh Gesang Martohartono?
Kesibukan sungai Bengawan Solo dalam urusan perdagangan
Di manakah tanaman utama kerajaan Srivijaya ditanam?
Padi ditanam di kawasan pedalaman Palembang - Tanah Tinggi Pasemah, Hulu Musi
Apakah rempah-ratus di Alam Melayu dan lokasinya?
Bunga cengkih - Kepulauan Maluku
Lada hitam - Sumatera, Jawa
Buah Pala - Pulau Banda
Apakah contoh pertanian lain yang diusahakan di Alam Melayu?
Pisang, bijan, tebu
Kekacang, kelapa
Sayuan, Buah-buahan