BAB 2: BANTUAN KECEMASAN Flashcards

1
Q

Apakah itu CPR?

A
  • Singkatan kepada resusitasi kardiopulmonari.
  • Ialah bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut untuk mengembalikan degupan jantung dan pernafasan.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
2
Q

Apakah situasi- situasi yang memerluakan CPR?

A

Dilakukan jika seseorang mengalami situasi seperti:
* tidak memberi responds terhadap ransangan.
* tidak bernafas
* tiada degupan jantung atau nadi.

Situasi diatas berkemungkinan disebabkan oleh:
* serangan jantung
* lemas
* terkena renjatan elektrik
* terkena panahan petir

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
3
Q

Mengapakah teknik tekanan di bahagian dada amat penting?

A

Kerana tekanan secara berturutan pada dada membolehkan pengaliran darah berlaku hampir sama serperti jantung berfungsi sendiri.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
4
Q

Terangkan kaedah CPR

A
  1. Periksa respons mangsa.
    * pastikan keadaan disekitar mangsa selamat dan tidak berbahaya.
    * tanggalkan sebarang peralatan yang boleh mengganggu proses CPR; jam tangan, kasut, baju berbutang, etc.
    * tepuk bahu mangsa untuk tanya keadaan. Jika tiada respons, minta bantuan orang sekeliling untuk menghubungi talian kecemasan (999) sebelum memberi CPR.
  2. Buka saluran pernafasan.
    * pastikan mangsa berbaring pada permukaan rata dan dada menghadap ke atas.
    * Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagunya untuk membuka saluran pernafasan.
    * Sekiranya terdapat sesuatu di dalam mulutnya, keluarkan dengan jari.
    * Periksa jika mangsa masih bernafas atau tidak; dengar pernafasan melalui hidung dan mulut serta perhatikan pergerakan pada dada mangsa.
  3. Tekanan Dada
    * Sekiranya tiada pernafasan atau denyutan nadi, lakukan teknik tekanan dada untuk membantu peredaran darah dalam badan.
    * Letakkan satu tapak tangan di tengah dada mangsa.
    * Letakkan tangan kedua di atas tangan pertama dan silangkan jari kedua-dua tangan.
    * Luruskan lengan dan siku dan condongkan sedikit badan anda. Pastikan bahu anda tegak di atas dada mangsa.
    * Mulakan tekanan dada pada kadar 100 ke 120 kali seminit dan kedalaman antara 5-6 cm.
    * Pastikan dada mangsa kembang sepenuhnya sebelum tekanan seterusnya dilakukan.
  4. Bantuan pernafasan.
    * Jika masih tiada pernafasan, lakukan bantuan pernafasan.
    * picit hidung mangsa dengan jari telunjuk dan ibu jari.
    * Tarik nafas anda dan lekapkan mulut anda pada mulut mangsa dengan rapat.
    * Hembus selama 1 saat (langkah ini penting untuk membolehkan udara beroksigen masuk ke dalam trakea dan sampai ke peparu mangsa).
  5. Ulangi tekanan dada dan bantuan pernafasan.
    * Sekiranya tiada respons, teruskan teknis tekanan dada dan bantuan pernafasan pada kadar 30 tekanan dada : 2 bantuan pernafasan sehingga mangsa sedar atau ambulans tiba.
    * Sekiranya mangsa sudah bernafas tetapi tidak sedar, ubah kedudukan mangsa dalam keadaan mengiring dan tunggu bersama mangsa sehingga ambulans tiba.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly