BAB 1: LANGKAH KESELAMATAN DALAM MALMAL Flashcards
Apakah maksud peralatan perlindungan diri?
Kelengkapan yang diperlukan semasa menjalankan eksperimen untuk memberi perlindungan kepada pemakainya daripada sebarang bahaya.
Apakah jenis peralatan perlindungan diri?
- Gogal
- Topeng muka
- sarung tangan
- Baju makmal
- kasut bertutup/ keselamatan
Apakah peralatan perlindungan diri di dalam makmal?
- Kebuk wasap
- kabinet aliran laminar
- penyiram kecemasan
- pembilas mata
Apakah bahan yang boleh di buang ke dalam sinki?
- cecair/larutan yg berpekatan rendah dan tidak berbahaya.
- Bahan neutral (air suling, larutan sukrosa dan pewarna)
- Bahan asid lemah
- Bahan alkali lemah
- Larutan natrium klorida (garam)
Larutan alkali lemah; pH 8-9
Larutan asid lemah; pH 5-6
Apakah bahan yang tidak boleh di buang ke dalam sinki?
- Sisa pepejal (lemak/darah beku)
- Bahan yg mempunyai nilai pH kurang daripada 5 dan lebih daripada 9.
- Logam berat (arsenik, plumbum)
- Sisa organik (bangkai haiwan dan mikrob).
- Bahan toksik (merkuri, sianida).
- Bahan kimia (asid, gris, minyak, cat minyak)
- Bahan buangan radioaktif (uranium)
- Bahan mudah meruap
- sebatian pelarut organik (petroleum, kloroform)
- Bahan reaktif (natrium, kalium)
pH kurang dari 5: Asid kuat. pH lebih dari 9: Alkali kuat.
apakah fungsi kebuk wasap?
Digunakan semasa menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan yang mudah terbakar, beracun, mengakis, berbau dan meruap.
mempunyai kipas penyedut untuk mengeluarkan wap bahaya keluar makmal.
Jika sebatang termometer merkuri telah jatuh ke lantai dan pecah . Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang murid ?
- Maklum kepada guru dengan segera.
- Tabur serbuk sulfur untuk menutupi tumpahan.
- Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan.
Apakah kegunaan kabinet aliran laminar?
Mengelakkan kontaminasi semasa aktiviti berkaitan dgn mikrobiologi dijalankan
Apakah kategori bahan sisa biologi?
Kategori A - peralatan tajam (jarum, skapel)
Kategori B - pepejal tidak tajam (sarung tangan, tisu)
Kategori C - bangkai, organ (haiwan uji kaji)
Kategori D - cecair (darah, serum)
Apakah kegunaan alat pemadam kebakaran?
ialah alat yang digunakan untuk mengawal dan memadam kebakaran.
Apakah 2 jenis bahan sisa?
- Bahan yang boleh dibuang ke dalam singki.
- Bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki.
Apakah fungsi penyiram kecemasan?
Digunakan untuk membersihkan dan membilas bahagian badan atau pakaian yang terkena bahan kimia atau terbakar dengan segera.
Apakah kegunaan pembilas mata?
membilas dan mencuci mata yang terkena bahan kimia dengan segera.
Bagaimanakah cara membuang bangkai haiwan yang telah digunakan untuk uji kaji?
- membalut bangkai tersebut dengan kertas tisu atau kain.
- kemudian dibungkus rapi di dalam plastik bioberbahaya.
- selepas dibungkus, ianya disimpan di dalam penyejuk beku sebelum dilupuskan.
Apakah 4 jenis alat pemadam kebakaran?
- jenis air (label merah)
- jenis buih (label krim)
- jenis karbon dioksida (label hitam)
- jenis serbuk kering (label biru)
Kebakaran apakah yang boleh dipadamkan oleh alat pemadam api jenis air?
Kebakaran yang melibatkan kain, kertas, dan kayu.
Tidak sesuai untuk memadam kebakaran akibat peralatan elektrik.
*kerana air ialah konduktor elektrik.
Kebakaran apakah yang boleh dipadamkan oleh alat pemadam api jenis buih?
memadamkan kebakaran seperti kayu dan kertas, serta jenis cecair atau gas yang mudah terbakar (contoh: minyak cat, dan gas asli).
- Berfungsi untuk menyelimuti dan menurunkan suhu.
- kandungannya boleh menjadi beku sekiranya disimpan di tempat sejuk.
Kebakaran apakah yang boleh dipadamkan oleh alat pemadam api jenis karbon dioksida?
Memadamkan kebakaran yang melibatkan peralatan elektrik, gas, dan wap.
Kerana karbon dioksida tidak mengalirkan elektrik.
Kebakaran apakah yang boleh dipadamkan oleh alat pemadam api jenis serbuk kering?
Memadamkan semua jenis kebakaran seperti pepejal logam dan bukan logam, cecair, gas dan peralatan elektrik.
Apakah jenis pemadam kebakaran lain selain air, buih, karbon dioksida, dan serbuk kering?
- Pemadam api ABC
- Selimut kebakaran
Apakah jenis kebakaran yang boleh dipadamkan oleh pemadam api ABC?
Boleh digunakan untuk semua jenis kebakaran kecuali kebakaran yang disebabkan oleh logam dan gas.
Apakah kelebihan pemadam api ABC?
- Tidak berbahaya kepada manusia dan haiwan.
- tidak mencemarkan tanah.
- kelembapan yang dihasilkan tahan lebih lama dan menghalang api daripada merebak.
- mudah diselenggara (sekurang-kurangnya sekali setahun).
Apakah kegunaan selimut kebakaran?
- mampu memadamkan api kecil atau sederhana yang sukar dipadamkan oleh air.
- memadamkah api pada badan mangsa dengan menyelimuti badan mangsa.
Selimut kebakaran tidak boleh digunakan semula.
Bagaimanakah cara menggunakan alat pemadam kebakaran?
- tanggalkan pin keselamatan. pastikan alat pemadam kebakaran ditegakkan.
- halakan muncung alat ke pangkal api. pastikan anda berada pada jarak 2 hingga 2.5 meter dari api.
- tekan pemicit atas alat pemadam kebakaran.
- ratakan semburan ke seluruh sumber api dengan menggerakkan muncungnya dari sisi ke sisi.
Bagaimanakah cara memeriksa tekanan dalam alat pemadam api?
- pastikan jarum pada meter tekanan berada pada zon hijau; tekanan normal.
- sekiranya jarum terpesong ke arah kiri zon merah; tekanan kurang.
- sekiranya jarum terpesong ke arah kanan zon merah; tekanan berlebihan.