30. Kebebasan Bersuara Flashcards
Maksud nilai kebebasan bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman
Apakah perlembagaan menentukan kesalahan bagi seorang yang mempersoalkan isu-isu sensitif
- Mempersoalkan isu-isu sensitif seperti hal-hal mengenai kewarganegaraan dan kedaulatan raja-raja, taraf kedudukan, dan keistimewaan orang Melayu
- Menyentuh isu-isu yang boleh menimbulkan buruj sangka dan mencetuskan pergaduhan
- Menyuarakan perkara yang bertujuan menghasut dan menfitnah
Teknik bersuara
- Menggunakan bahasa yang sopan semasa menyuarakan pendapat
- Mengawal emosi semasa memberi dan berkongsi pendapat
- Menerima dan menghormati pandangan anggota keluarga lain
Apakah perlembagaan yang membenarkan hak kebebasan rakyat
Perlembagaan Malaysia
Cara mengeluarkan pendapat dalam perbincangan
- Memberi pendapat yang bernas, logik, dan diterima akal
- Tidak kerterlaluan dalam menyuarakan pendapat dan tidak mengikut perasaan
- Bercakap dengan nada suara yang sopan
Kebaikan berfikir sebelum bersuara
Mengelakkan diri daripada:
- menyinggung perasaan orang lain
- menyentuh isu sensitif
- menyuarakan sesuatu secara keterlaluan
Kepentingan bersikap peka terhadap isu sensitif
- Mengelakkan kekacauan dan huru-hara dalam kalangan rakyat berbilang kaum
- Rakyat dapat hidup dalam keadaan aman damai
- Dapat menjaga perasaan pelbagai kaum
Cara rakyat menyuarakan pendapat
- Menulis surat atau laporan kepada wakil rakyat atau pihak berwajib
- Menghantar surat atau emel dalam ruangan media
- Membuat laporan polis
Peranan media massa
- sebagai penyebar percambahan idea tentang sesuatu konsep baru
(eg. Koridor Raya Multimedia) - Rakyat dapat membuat sesuatu penilaian yang objektif tentang masalah masyarakat
- Sebagai penyambung maklumat antara rakyat dengan kerajaan
Sikap semasa menggunakan media massa
- Berhemah dan tidak keterlaluan
- Tidak memanipulasikan media massa untuk tujuan yang salah
- Tidak memanipulasikan media massa untuk tujuan yang salah
Kesan penyalahgunaan media
- Keamanan dan kesejahteraan hidup rakyat terjejas
- Berlaku perbalahan antara negara
- Negara akan porak peranda
Tiga cara menangani penyalahgunaan Internet
- Mengkaji terlebih dahulu maklumat yang tersebar
- Tidak mengulang siar berita yang tersebar
- Melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya tahu maklumat yang tersebar adalah palsu
Seseorang yang menyertai perhimpunan haram boleh ditahan polis jika tindakannya itu telah menggugat ketenteraman awam,
Namakan akta berkenaan
Akta Perhimpunan Awam
Kesan perhimpunan haram terhadap negara
Negara akan mendapat name buruk
Menjejaskan ekonomi dan pembangunan negara akibat ketakutan pelabur asing terhadap apa yang berlaku dalam negara