Topik 3 : Etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian Flashcards
Maksud segregasi
Pemisahan atau pengasingan antara etnik dengan etnik yang lain
Maksud akomodasi
Penerimaan terhadap norma dan nilai etnik lain tanpa menggugat budaya masing-masing.
Formula :
A+B+C = A+B+C
Maksud asimilasi
Merupakan proses integrasi sehala yang akan menghasilkan satu kelompok masyarakat yang mempunyai satu budaya, satu bahasa dan satu agama
Formula : A+B+C = A
Contoh :
- Orang Melayu di Thailand
- Baba nyonya
Maksud amalgamasi
Tahap asimilasi yang tertinggi. Merupakan proses pencantuman melalui biologi dan melahirkan satu kelompok ras baru dan memiliki ciri-ciri budaya yang baru
Formula :
A+B+C = D
Asimilasi budaya
Kelompok minoriti akan mempelajari budaya kelompok majoriti
Asimilasi struktur
Kelompok minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat majoriti
Terangkan segmented asimilasi dalam Malaysia
- Pembinaan negara berdasarkan integrasi
- Penyulaman budaya pelbagai etnik telah berlaku pinjam-meminjam hingga terbina acuan Malaysia bersifat segmented asimilasi.
Contoh : baba dan nyonya / peranakan
Pluraliti budaya di Tanah Melayu
Hasil pertemuan dan pertembungan budaya besar dunia yang melahirkan fenomena sosial di Alam Melayu
Pluraliti
Bercirikan semula jadi, tanpa paksaan dan fleksibel
Masyarakat pluralistik
bercirikan pemaksaan dan perbezaan
Ekonomi dan pasaran era pra-kolonial
Masyarakat melayu mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri cukup untuk menampung keperluan diri dan keluarga
Ekonomi dan pasaran era kolonial
Pembukaan lombong bijih timah dan ladang getah. Kemasukan tenaga buruh besar-besaran dari China dan India.
Ekonomi dan pasaran era pasca-kolonial
Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas menyebabkan perubahan sistem dari sara diri kepada sistem komersial
Terangkan Dasar Ekonomi Baru (1970)
Usaha kerajaan bagi membaiki dan mengimbangi kedudukan ekonomi antara etnik selepas tragedi 13 Mei 1969
Strategi kearah pembentukan perpaduan nasional
Objektif Dasar Ekonomi Baru
Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum
Penyusunan semula masyarakat tanpa mengikut fungsi ekonomi