Topik 3 Flashcards
Pengertian Logik (/Mantiq)
B. Greek/Yunani - Logos
Maksud: Fikiran, idea, hujah, alasan, kalimah, taakul
B. Arab - disebut Mantiq asal Nutq
Maksud: Tutur/cakap
Ilmu tentang cara berfikir dengan sihat dan kemampuan untuk berhujah dengan meyakinkan.
Faedah ilmu logik
- melatih, mendidik dan mengembangkan potensi akal dalam membuat kajian dengan menggunakan metodologi berfikir yang benar
- membezakan proses berfikir yang benar daripada salah
- memelihara akal daripada membuat kesalahan dalam berfikir
- satu seni yang membolehkan manusia berfikir dengan betul, tajam dan teratut
Logik dan Rasional
B. Greek: Ratio - Reason (English)
-> dikaitkan dengan rationalism
Rasional: Keupayaan minda yang berkaitan dengan kemampuan intelek dan berbeza dengan pengalaman
3 Jenis logik
- Logik Deduktif
- Logik Induktif
- Logik Abduktif
Logik Deduktif
- jika premisnya benar, maka kesimpulan MESTI benar
- perlu ada sekurangnya 2++ premis
- kesimpulan berdasarkan premis
Contoh:
P1 - Semua manusia akan mati
P2 - Ali seorang manusia
K - Ali akan mati
Logik Induktif
- memerlukan (atau boleh) satu premis sahaja
- kesimpulan mengandungi elemen ketidakpastian
- kesimpulan tidak semestinya benar, walaupun premisnya benar
Ciri-ciri Logik Induktif
1. Premis bersifat khusus
2. Pemerhatian adalah terhad
3. Kesimpulan tidak semstinya tepat
Contoh:
P1 - Datuk Ali berkepala botak
P2 - Datuk Ahmad berkepala botak
P3 - Semua datuk berkepala botak
Metod Logik Induktif
- soal-selidik
- tinjauan
- temuduga
- statistik
- percubaan dan kekeliruan (trial and error)
- ujikaji
- pengsampelan
Logik Abduksi (thinking backward)
Cuba memberikan penjelasan yang terbaik berdasarkan fenomena yang wujud.
Contoh:
Kita memerhatikan kereta yang bergerak di atas jalanraya. Apakah syarat yang perlu ada untuk membolehkan fenomena kereta bergerak tadi berlaku?
- Kereta mestilah mempunyai minyak yang cukup, kereta tidak boleh bergerak tanpa minyak.
- Mesti ada pemandu
- Tayar dalam keadaan baik
2 kaedah berfikir
- Heuristik
- Falasi (Fallacy)
Kaedah Heuristik
- memberi keupayaan dalam menyelesaikan masalah
- bersifat penerokaan, tidak ada peraturan atau sistem yang tertentu ditetapkan bagi memperolehi penyelesaian
Asal-usul:
B. Greek - Heurishein
Maksud: Memperoleh
2 cara Heuristik
Trial and Error
- kita mencuba pelbagai cara sehingga menemukan penyelesaian
Lateral Thinking
- cara menyelesaikan masalah melalui andaian, dan hasilnya tidak semestinya betul
- gagal selesaikan masalah = andaian yang salah
- jika ubah andaian, mungkin dapat selesaikan masalah
Falasi (Fallacy)
- kesilapan dalam penggunaan kaedah/teknik berfikir dan penghujahan
- membawa kepada satu huraian/alasan/pendapat/kesimpulan yang mengelirukan
2 Jenis Falasi
- Falasi formal
- Falasi tidak formal
Falasi Formal
- hanya terdapat dalam logik DEDUKTIF dan INDUKTIF
- abaikan premis yang betul dalam membuat kesimpulan
- premis tidak menyokong kesimpulan yang dibuat
Contoh:
P1 - Setiap manusia mempunyai otak
P2 - Ali ialah seorang manusia
K - Ali TIDAK mempunyai otak
Falasi Tidak Formal
Merujuk kepada kelemahan/kesalahan yang terdapat dalam sesuatu hujah tetapi kelemahan ini tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kaedah hujah
(lemah dari struktur HUJAH)