Takrif paduan pemasaran Flashcards
Kombinasi 4 komponen asas merangkumi produk, penentuan harga, promosi dan pengedaran (4P) bagi menentukan strategi pemasaran yang akan digunakan oleh sesebuah organisasi.
Takrif pemaduan pemasaran
Kombinasi 4 komponen asas yang merangkumi produk, penentuan harga, promosi dan pengedaran (4P) bagi menentukan strategi pemasaran yang akan digunakan oleh sesebuah organisasi.
Berikan maksud produk.
Apa sahaja yang ditawarkan di pasaran untuk perhatian, perolehan atau penggunaan bagi memenuhi keperluan dan kehendak
Ciri-ciri produk fizikal
- Ketara - boleh dilihat, dirasa, disentuh dan dihidu.
- Boleh simpan
- Boleh dipisahkan antara penyedia dan penerima
- Pengeluaran produk serupa dan seragam
Ciri-ciri produk perkhidmatan
- Tidak ketara tidak boleh dilihat, ah dan dihidu. dirasa, disentuh dan dihidu.
- Tidak boleh disimpan.
- Tidak boleh dipisahkan antara penyedia dengan penerima.
- Pengeluaran servis tidak seragam dan terdapat kepelbagaian yang bergantung pada orang yang memberikan servis dan penerima servis.
Apakah itu produk pengguna?
Produk yang dibeli oleh individu atau isi rumah untuk kegunaan sendiri atau keluarga.
Apakah itu produk industri?
Produk yang dibeli oleh pengguna perniagaan untuk tujuan digunakan dalam operasi perniagaan, pengeluaran barangan lain, atau untuk dijual semula kepada pihak lain
Senaraikan klasifikasi produk pengguna
- Produk mudah beli
- Produk beli belah
- Produk istimewa
- Produk tidak dicari
Maksud produk mudah beli
Barang yang selalu dibeli oleh pengguna dan merupakan keperluan harian.
Ciri-ciri produk mudah beli
- Harga rendah
- Tidak memerlukan usaha yang banyak untuk mendapatkannya
- Mudah diperolehi (diedarkan secara meluas)
Berikan 3 jenis produk mudah beli
- Produk gerak hati
- Produk kecemasan
- Produk asasi
Maksud produk gerak hati
Produk ini dibeli tanpa perancangan awal
Huraikan produk gerak hati
Pembeli tidak terdesak untuk membeli tetapi tertarik disebabkan oleh pembungkusan yang menarik atau harga yang murah. la biasanya diperagakan disebelah kaunter bayaran bagi menarik perhatian pembeli.
Berikan 2 contoh produk gerak hati
- Coklat
- Makanan ringan
(suggested answer)
Maksud produk kecemasan
produk yang dibeli apabila ada keperluan yang mendesak
Contoh produk kecemasan
- Payung ketika hujan
- Panadol apabila demam