T5 B9 Flashcards
Jelaskan/ Terangkan/ Huraikan latar belakang dasar luar Malaysia
Kesultanan Melayu Melaka
mempunyai hubungan yang erat dengan pelbagai
kerajaan di rantau atau di luar Alam Melayu
Selepas Merdeka
Tunku Abdul Rahman mengamalkan dasar pro barat dan
antikomunis
Terangkan/ Jelaskan/ Huraikan kepentingan hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka
pada abad ke 15.
Menjamin kemakmuran Melaka melalui hubungan perdagangan dengan negara lain
Membantu Melaka muncul sebagai pusat penyebaran Islam
Menjamin kestabilan dan keselamatan kerajaan
Terangkan/ Jelaskan/ Huraikan matlamat/ kepentingan penggubalan dasar luar.
Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara
Melindungi kepentingan nasional
Mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia
Terangkan/ Jelaskan/ Huraikan faktor/ sebab penggubalan dasar luar
(Ikatan Sejarah)
Nilai sejarah yang dilalui merupakan dasar luar yang
digubal antara negara kita dengan negara lain
Ikatan sejarah dan kemerdekaan
Seperti menyertai Komanwel
Terangkan/ Jelaskan/ Huraikan faktor/ sebab penggubalan dasar luar.
(Keperluan Nasional
)
Keutamaan untuk kepentingan negara
Kedudukan strategik perkara utama membentuk dasar
luar
Mengamalkan dasar berkecuali tanpa mengira ideologi
Terangkan/ Jelaskan/ Huraikan faktor/ sebab penggubalan dasar luar.
(Kepimpinan)
Kebijaksanaan pemimpin
Menjalinkan hubungan dengan negara maju
Seperti Amerika Syarikat dan Jepun
Terangkan/ Jelaskan/ Huraikan faktor/ sebab penggubalan dasar luar.
(Persekitaran Luar)
Dasar luar disesuaikan dengan perkembangan politik,
ekonomi dan sosial antarabangsa
Seperti era perang dingin, lebih kepada pro barat
Terangkan/ Jelaskan/ Huraikan peranan/ sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB)
and Terlibat dalam Agensi PBB
)
Mendukung Piagam PBB
Menegakkan hak asasi manusia
Hormat-menghormati kedaulatan wilayah
Tidak campur tangan dalam urusan negara lain
Terlibat dalam Agensi PBB
Contoh agensi UNESCO & WHO
Menyertai misi pegawai pemerhati
Contoh di Iraq & Congo
Terangkan/ Jelaskan/ Huraikan peranan/ sumbangan Malaysia dalam Komanwel.
Dianggotai negara bekas tanah
jajahan dan naungan British
Mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang
Sukan Komanwel
Menjadi tuan rumah pada tahun 1998
Kerjasama ekonomi
Kadar cukai lebih rendah antara negara Komanwel
Terangkan/ Jelaskan/ Huraikan cabaran mengukuhkan dasar luar Malaysia
(Cabaran politik antarabangsa)
Amalkan dasar berkecuali, tanpa mengira ideologi
Menjalinkan hubungan dengan negara China
Terangkan/ Jelaskan/ Huraikan cabaran mengukuhkan dasar luar Malaysia
(Cabaran politik serantau
)
Peluasan pengaruh komunis di Indochina
Menyebabkan kebanjiran pendatang warga Vietnam ke
negara Asia tenggara
Terangkan/ Jelaskan/ Huraikan cabaran mengukuhkan dasar luar Malaysia
(Cabaran keselamatan dan
pertahanan
)
AMDA - Perjanjian antara Malaysia dengan Britain
ditamatkan pada 1971
Perjanjian sempadan dengan Thailand pada tahun 1965
Terangkan/ Jelaskan/ Huraikan cabaran mengukuhkan dasar luar Malaysia
(Cabaran pembangunan ekonomi)
Wujud dominasi negara maju
Malaysia menubuhkan Petronas untuk membangunkan
minyak dan gas negara
Jelaskan/ Terangkan/ Huraikan peranan/ pelibatan Malaysia dalam Persatuan Negara-
Negara Asia Tenggara (ASEAN).
Konsep Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali (ZOPFAN)
Diumumkan di Kuala Lumpur pada tahun 1971
Malaysia menjalinkan hubungan dengan China
Mengisytiharkan perubahan dasar luar
Jelaskan/ Terangkan/ Huraikan peranan/ pelibatan Malaysia dalam Persatuan Negara-
Negara Asia Tenggara (ASEAN).
Penyelesaian Konflik Serantau
Contoh di Vietnam/ Kemboja
Menghantar pasukan pengaman di bawah PBB(UNTAC)