Semantik Flashcards
konsep semantik (3)
sistem pengkajian tentang makna dalam bahasa
menyelidik tanda atau lambang bahasa serta maknanya
melihat makna yang terdapat pada morfem, kata ,frasa dan ayat dalam sesuatu bahasa
apa itu makna denotatif
makna lesikal @ makna dalam kamus @ makna asal
apa itu makna konotatif
makna yang bersifat tersirat, makna tambahan
perkaitan makna perkataan dari segi leksikal
subjektif & arbitari iaitu tidak tetap
tiada hubungan mutlak antara kata dengan maknanya
boleh berubah dengan berdasakan faktor konteks, budaya dan perkembangan bahasa itu sendiri
mempunyai medan makna
berikan 6 jenis perkaitan makna
sinonim
antonim
hiponim
homonim
meronim
polisemi
apa itu sinonim
perkataan yang mempunyai erti hampir sama atau lebih kurang sama dengan perkataan lain
bersifat dua hala
adakah kata bersinonim boleh digunakan secara bertukar ganti setiap masa
tidak, kerana ada masanya ia tidak tepat dari segi konteks
apa itu antonim
perkataan yang berbeza makna
bersifat dua hala
apa itu hiponim
perkataan yang mempunyai linkungan dalam struktur makna
makna sesuatu ungkapan dianggap sebahagian daripada makna satu ungkapan yang lain
bersifat satu arah
apa itu homonim
perkataan yang ejaan & bunyi sama, tetapi maksud berbeza
cara mengenal pasti homonim vs polisemi
dalam kamus, homonim diletakkan dalam entri yang berbeza (eg puri I, puri II, puri III - https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=puri), manakala polisemi diletakkan dalam entri yang sama
homonim makna berbeza, polisemi makna berkaitan rapat
apa itu homograf
perkataan yang sama ejaan tetapi berbeza bunyi
apa itu homofon
perkataan yang mempunyai bunyi sama tetapi ejaan berbeza
apa itu polisemi
perkataan yang mempunyai ejaan dan bunyi yang sama dan mempunyai satu set makna utama
maknanya berbeza tetapi masih berkaitan rapat
apa itu meronim
perkataan yang menjadi bahagian atau konstituen bagi sesuatu perkara
perkara yang terbentuk dari meronim dipanggil holonim
e.g. muka - mata, hidung, mulut