Sem 1 Flashcards
Ciri Negara
- Sempadan
- Penduduk
- Kerajaan
- Berdaulat
Ciri negara berdaulat
- Bebas daripada penjajahan asing
- Kerajaan mampu mentadbir tanpa pengaruh kuasa luar
- perlembagaan sendiri
- Diiktiraf oleh negara luar-hubungan diplomatik
- Identiti sendiri-bendera,ideologi
Nyatakan 4 fungsi kerajaan.
- Menyediakan kemudahan ekonomi
- Menyediakan pelbagai perkhidmatan
- Memastikan keamanan dan ketenteraman
- Memastikan kestabilan persaingan
Nyatakan empat fungsi kerajaan dalam mentadbir negara.
- Menguatkuasa undang-undang
- Merancang,melaksana, menilai dan menyelaras pentadbiran negara.
- Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar
- Merancang dan melaksanakan program-program bagi kesejahteraan hidup rakyat
Nyatakan 4 cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold.
- Bahasa Melayu akan dijadikan Bahasa Kebangsaan.
- Negara baru yang dibentuk akan dinamakan Malaysia.
- Sabah dan Sarawak akan diberikan kuasa untuk penentuan dasar imigresennya.
- Perlembagaa baru Malaysia hendaklah berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu.
Nyatakan 3 ciri negara demokrasi berparlimen.
- Kerajaan atau pemerintah dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
- Parti politik yang menang majoriti dalam pilihan raya berhak membentuk kerajaan.
- Rakyat mempunyai perwakilan di Parlimen melalui wakil rakyat yang dipilih melalui
pilihan raya yang diadakan 5 tahun sekali.
Huraikan 2 perbezaan antara sistem Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kesatuan.
- Kerajaan Persekutuan wujudnya pembahagian kuasa antara gabungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri manakala Kerajaan Kesatuan merupakan gabungan beberapa buah negeri dengan Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan.
- Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa mutlak manakala Kerajaan Kesatuan berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
Apakah maksud doktrin pengasingan kuasa?
Pengasingan/pemisahan kuasa di antara badan pemerintah iaitu badan eksekutif, perundangan dan kehakiman
Berikan 3 kebaikan Doktrin Pengasingan Kuasa.
- Mengelakkan pertindihan bidang kuasa antara ketiga-tiga badan kerajaan iaitu
badan perundangan, eksekutif dan badan kehakiman - Mengelak berlakunya pemusatan kuasa oleh mana-mana badan kerajaan
- Membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh badan-badan kerajaan yang lain.
- Melicinkan pengurusan dan pentadbiran negara
Terang 2 keadaan saling bergantungan antara ketiga-tiga badan eksekutif, perundangan dan kehakiman di Malaysi
- Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua bagi ketiga-tiga badan kerajaan
- Perdana Menteri dan menteri menjalankan fungsi-fungsi eksekutif dan pada masa yang sama
merupakan ahli parlimen yang terlibat dalam penggubalan undang-undang.
Apakah maksud perlembagaan?
Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi sesebuah negara. Ia menjadi sumber rujukan kepada undang-undang lain
Nyatakan 3 ciri Perlembagaan Persekutuan.
- Ia merupakan dokumen bertulis
- Boleh dipinda
- Undang-undang tertinggi negara
Huraikan 2 kepentingan perlembagaan.
- Mewujudkan satu pemerintahan yang adil – Perlembagaan undang2 yang mengandungi peraturan sebagai asas kepada perjalanan sebuah kerajaan yang adil
- Mengelakkan penyalahgunaan kuasa – Perlembagaan merupakan panduan kepada kerajaan supaya tidak menyalahgunakan kuasa yang telah diamanahkan
- Menjamin pentadbiran yang teratur dan sistematik –Perlembagaan menjelaskan tentang adanya pengasingan kuasa dan struktur pentadbiran yang teratur
- Menjamin hak asasi warganegara – Perlembagaan menjamin hak asasi warganegara supaya hidup aman dan sejahtera
Nyatakan 4 cara untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.
- Mendapat pungutan suara majoriti biasa di kedua-dua Majlis Parlimen
- Mendapat pungutan suara majoriti dua pertiga di kedua-dua Majlis Parlimen
- Mendapat pungutan suara majoriti dua pertiga di kedua-dua Majlis Parlimen dan mendapat
persetujuan Majlis Raja-Raja. - Mendapat pungutan suara majoriti dua pertiga di kedua-dua Majlis Parlimen dan
persetujuan Yang di-Pertuan Negeri Sabah dan Sarawak - Melalui deklarasi darurat di bawah perkara 150
Nyatakan 4 tujuan pindaan perlembagaan.
- Memastikan undang-undang yang digunakan relevan dengan keadaan dan
kehendak semasa - Melicinkan pentadbiran negara
- Melindungi kepentingan dan hak asasi rakyat
- Menjaga keselamatan negara