Sejarah Bab 4 Agama,Kepercayaan… Flashcards
Agama merupakan suatu sistem berkaitan anutan
keimanan dan penyembahan terhadap tuhan.
Manakala kepercayaan merupakan pegangan yang diyakini dapat menjadi panduan dalam kehidupan.
Masyarakat kerajaan Alam Melayu memiliki agama dan kepercayaan yang memberikan panduan
dalam kehidupan seharian mereka. Di samping itu
pemerintah kerajaan Alam Melayu berperanan
penting untuk memastikan pengukuhan dan kelangsungan agama dalam kerajaannya.
Kepercayaan Awal
Kepercayaan awal masyarakat kerajaan Alam Melayu ialah animisme dan dinamisme yang berkait
rapat dengan alam sekeliling. Cara hidup masyarakat yang hampir sama di seluruh Alam Melayu
menjadikan kepercayaan mereka juga hampir serupa.
Animisme ialah kepercayaan bahawa
setiap makhluk
hidupan dan tumbuhan
memiliki roh atau semangat. Animisme
berkait dengan kepercayaan terhadap
makhluk halus dan penyembahan
kepada roh nenek moyang yang telah
meninggal dunia yang dipanggil hyang.
Penyembahan roh nenek moyang
penting untuk memastikan keluarga
yang mash hidup mendapat kebaikan
atau menghindar kesusahan di dunia.
Perayaan Hari Moyang
oleh masyarakat
Temuan di Bukit
Cheeding
Banting
Selangor.
(Sumber: M. Kamal
Hassan dan Ghazali
Basri (ed.)
Religions and
Beliefs
Vol. 10
Editions Didier Millet
2005
hlm. 126)
Dinamisme berkait rapat dengan kepercayaan
terhadap kekuatan yang juga dikenali sebagai
mana atau semangat. Setiap benda dan
(makhluk dianggap mempunyai mana yang
boleh mempengaruhi kehidupan seseorang.
Contohnya
upacara pemujaan semangat
tanaman dilakukan agar mendapat hasil tanaman
yang subur dan banyak.
Pawang masyarakat Iban menyiapkan makanan
korban (miring) semasa sambutan perayaan
Hari Gawai.
(Sumber: M. Kamal Hassan dan Ghazali Basri (ed.)
Religions and Beliefs
Vol. 10
Didier Millet
2005
Cerna Minda
Apakah maksud animisme dan dinamisme?
Adakah masih terdapat kepercayaan animisme dan dinamisme dalam kehid
masyarakat Asia Tenggara pada hari ini? Bincangkan.