peribasah 2 Flashcards
tiada rotan akar berguna
kalau tidak ada yang baik, yang kurang baik pun juga berguna
tangan mencencang bahu memikul
kesalahan yang kita buat kita sendirilah yang menanggung
berlayar sampai ke pulau
membuat pekerjaan sehingga sempurna
hutang emas dapat dibayar hutang budi dibawa mati
budi bahasa orang tidak dpaat dibalas dengan wang dan harus diingat seumur hidup
kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya kalau harimau hendaklah dipandang belangnya
sesuatu perkara harus diasat dahulu dengan teliti dan tidak hanya mendengar cakap2 orang lain sahaja
kemenyan sebesar lutut, tidak dibakar takkan berbau
tidak ada gunanya ilmu yang disimpan sahaja
kuat burung kerana sayap kuat ketam kerana sepit
kuat atau berkuasa kerana sesuatu kelebihan
menepuk air di dulang terpecik ke muka sendiri
menceritakan cacat keluarga maka kita sendiri yang akan malu
pisang tidak berbuah dua kali
manusia harus beirngat bahwa perkara tidak yang baik yang dialami tudak berulang lagi
besar kapal besar gelombang
makin tinggi posisi atau perniagaannya, maka besar pula tanggung jawabnya
membuang garam ke laut
membuat sesuatu yang tidak berfaedah
hidup kayu berbuah hidup manusi berjaya
seseorang mesti berjasa dan berbuat baik pada diri sendiri dan orang lain
jika asal benih baik, jatuh ke laut menjadi pulau
orang yang baik akan tetap mulia di mana pun dia berada