Peribahasa T4T5 Flashcards
melakukan 2 pekerjaan sekali gus
ibarat belayar sambil memapan
sekiranya hendak menguasai sesuatu, belajarlah drpd pakar dlm bidang itu
hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
belum dewasa sudah hendak melawan orang tua
cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun
jika mempunyai cita-cita seorang itu akan berusaha dgn bersungguh-sungguh
di mana ada kemahuan di situ ada jalan
memperoleh apa yg benar-benar diingini
org mengantuk disorongkan bantal
suatu zaman yg telah lama sekali berlalu
zaman Tuk Nadur berkajang kain
x akan tercapai maksudnya kalau x mahu berusaha
jika pengayuh sayang dibasahkan, sampan x akan sampai ke seberang
melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri
bertangguh itu pencuri masa
jika bernasib baik akan selamat, jika bernasib malang binasalah
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
hasil usaha sendiri
titik peluh
pengetahuan/kelebihan itu x khusus pada org tua shj
kecil jgn disangka anak besar jgn disangka bapa
jgn melakukan sesuatu kerja yg berisiko sekiranya takut berhadapan dgn penderitaan
kalau takut dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai
membuat sesuatu kerja biarlah cermat & berhati-hati
takkan lari gunung dikejar
walau bagaimanapun kelebihan di negara org, tetap negeri sendiri lebih baik
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
perkhabaran sesuatu perkara yg dilebih-lebihkan
indah khabar drpd rupa
anak menurut kelakuan bapanya
bapa borek anak rintih
org mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabya
tak tumbuh tak melata, tak sungguh org tak kata
perbezaan zaman yg berubah mengikut peredaran masa
lain hulu lain parang, lain dulu lain sekarang
seorang yg x tahu menghargai pemberian org lain
kera mendapat bunga
seorang anak itu akan mengikut perangai ibu bapa
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
sekali melakukan pekerjaan, bbrp maksud tercapai
sambil menyelam minum air
jika kita banyak merantau, banyaklah perkara yg kita ketahui
jauh berjalan luas pemandangan
sepandai-pandai org, sekali akan salah juga perbuatannya
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
gembira kerana memperoleh sesuatu yg disukai
bagai itik mendapat air