peribahasa pt2 Flashcards
ada ubi ada batas, ada budi ada balas
perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan dan sebaliknya
ada udang di sebalik batu
ada muslihat di sebalik apa-apa yang dilakukan
air dicencang tidak akan putus
pergaduhan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan
air yang tenang jangan disangka tiada buaya
orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut
bagai aur dengan tebing
orang yang hidup saling membantu
bagai bertepuk sebelah tangan
kasih yang tidak berbalas
bagai bulan dipagari bintang
seseorang gadis yang cantik dikelilingi gadis-gadis lain yang juga cantik
bagai dihiris dengan sembilu
perasaan yang terhiris; sangat pedih
bagai kucing kehilangan anak
keadaan seseorang yang tidak tentu atau bingung
bagai menatang minyak yang penuh
memelihara anak dengan penuh kasih sayang
bagai mencurah air ke daun keladi
sia-sia memberi nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengarnya
bagai pinang dibelah dua
pasangan suami isteri yang sangat cocok
bagai sirih pulang ke gagang
kena pada tempatnya
bagai tikus membaiki labu
seseorang yang mencuba membaiki sesuatu benda yang tidak diketahuinya, akibatnya benda itu rosak oleh perbuatanya
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
kemahuan dan fikiran setiap orang adalah tidak sama
beri betis hendaklah paha
tamak dan tidak cukup dengan apa yang diberikan
biar putih tulang, jangan putih mata
lebih baik mati daripada menanggung malu
buang yang keruh, ambil yang jernih
lupakan perselisihan yang berlaku dan mulakan perhubungan yang baharu