Peribahasa Nota 2 Flashcards
Bagai tikus membaiki labu
Membaiki sesuatu yang tidak diketahui, akibatnya semakin rosak
Bagai si buta kehilangan tongkat
Orang yang malang akan bertambah susah lagi jika ditimpa kesukaran
Kalah jadi abu, menang jadi arang
Menang atau kalah tidak ada untungnya
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Fikir baik-baik sebelum melakukan sesuatu, supaya tidak menyesal kemudian
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Jika ada azam, apa-apa yang dihajati dapat dicapai
Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis
Selalu berhati-hati supaya tidak tertipu atau kehabisan harta
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
Diam orang yang berilmu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Membuat kebaikan itu biarlah ada hadnya tetapi jangan sekali-kali melakukan kejahatan
Umpama aur dengan tebing
Tolong-menolong, antara satu sama lain
Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
Tidak sepakat dan mementingkan diri sendiri
Seperti rusa masuk kampung
Tercenggang-cenggang kehairanan
Sambil menyelam minum air
Melakukan dua pekerjaan dalam waktu yang sama
Rambut sama hitam, hati lain-lain
Setiap orang berlainan pendapat