Peribahasa Flashcards
Kalau pengetahuan (kebolehan) itu sedikit, jangan hendak berbuat (melawan dan lain-lain) sesuatu yang besar
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
Orang yang suka minum tuak
Kaki tuak
Jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga
Kalau tidak ada rotan, akar pun berguna/jadi
Janji mesti ditunaikan
Kata dikota
Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan
Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang
Kebudayaan menjadi sandaran dalam menyatukan sesuatu bangsa
Kebudayaan sendi perpaduan
Berasa tersinggung
Kecil hati (jauh hati, merajuk hati)
Menyatakan sangat berterima kasih atas nasihat atau pertolongan orang
Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan
Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul, telor
Keras lidah (lidah keras)
Degil
Keras kepala
Sekali melakukan pekerjaan dua perkara dapat diselesaikan
Ke sungai sambil mandi
Desas-desus, khabar yang belum sah, gelagat bahawa sesuatu akan terjadi
Khabar angin
Lain negeri lain adatnya
Lain lubuk lain ikannya
- berkahwin dahulu daripada kakak
- memperisteri adik sedangkan kakaknya belum berkahwin
Langkah bendul
Mujur; nasib baik
Langkah kanan
Sial (tidak beruntung)
Langkah kiri
Lega, gembira
Lapang dada
Baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan; mudah berbuat kebaikan
Lembut hati
Orang yang meminjamkan wang dengan mengenakan bunga yang sangat tinggi
Lintah darat
Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat kesenangan
Lupa daratan
Pening dan muntah-muntah dalam pelayaran (dengan kapal atau perahu)
Mabuk laut
Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih (berehat-rehat, melapangkan fikiran dan lain-lain)
Makan angin
Masa sangat berharga
Masa itu emas
Perasaan hati
Mata hati
Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea
Mati kutu
Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan
Membaca jambatan ilmu
Bekerja keras (bermati-matian)
Membanting tulang
Menandakan sesuatu akan berlaku
(Mem)bawa alamat
- meluaskan pandangan serta pengalaman dengan melawat tempat orang
- menyedarkan, menginsafkan
(Mem)buka mata
Mendedahkan keburukan diri sendiri
Membuka pekung di dada
Mencari keuntungan sementara ada kekacauan (perselisihan dan lain-lain)
Menangguk di air keruh
Berusaha mendapatkan cara untuk mencapai tujuan
Mencari akal (fikiran, jalan)
Mencari ikhtiar, usaha, idea
Mencari jalan
- menyakitkan pandangan
- nampak jelas kelihatan benar
- membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu
Mencolok mata
Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa kepada atau terhadap sesuatu/seseorang
Mengambil berat
Menyerah kalah
Mengangkat bendera putih
- memperlihatkan sifatnya (yang sebenar)
- memperlihatkan kekuasaannya
Menunjuk belang
Sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan menghasilkan sesuatu yang baik
Muafakat membawa berkat
- hal orang yang sangat kecewa, kelihatan terlalu kesal
- tidak keruan air mukanya
Muka empat belas (tarik muka dua belas)
Lemah lembut dan baik tutur katanya
Mulut manis
- suka memberi, tidak kedekut
- pengasih, penyayang
Murah hati
Semangat baharu atau sumber baharu kekuatan yang memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan keupayaan baru
Nafas baru
Menjadi marah
Naik darah
Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi)
Nasi sudah menjadi bubur
- orang yang baru bekerja
- orang yang baru datang atau tinggal di sesuatu tempat
- orang yang baru berkahwin
- anak yang akan atau baru dilahirkan
Orang baru
Bodoh
Otak batu (otak beku)
Pandai
Otak cair (cair otak)
Dengan kesihatan yang baik, seseorang itu mampu mengemukakan fikiran yang bernas
Otak yang cerdas pada badan yang sihat
- demikian luas hati itu, berapa banyak pun fikiran masuk di dalamnya
- fikiran sungguh-sungguh sebelum melakukan sesuatu menurut kata hati
Padang perahu di lautan, padang hati di fikiran
Panas bala = panas darah = cepat marah, sangat pemarah
Panas baran
Berasa pening-pening sedikit
Pening-pening lalat = pening-pening pikat
- perang secara saling menggertak, belum menggunakan senjata lagi untuk menyerang dan sebagainya
- bergaduh dengan tidak bercakap (suami isteri dan lain-lain)
Perang dingin
Mengasihi (memihak) sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan dan lain-lain
Pilih kasih
Sudah cocok benar (sudah pada tempatnya)
Pinang pulang ke tampuk
Beroleh sesuatu lebih daripada apa-apa/perkara yang diharapkan
Pucuk dicita ulam tiba (hendak ulam pucuk menjulai)
Suka merendahkan diri, tidak angkuh (sombong), baik hatinya
Rendah hati
Suka berkunjung (melawat dan lain-lain)
Ringan langkah
- peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka bercakap
- cerewet (banyak mulut)
Ringan mulut (lidah)
Rajin bekerja, tangkas
Ringan tulang
Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki
Ringan tulang berat perut
Tidak mengikut adat
Salah adat
Sambil melakukan sesuatu perkara ada perkara lain turut dilakukan bersama
Sambil menyelam, minum air
Sampai hemat = berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sendiri
Sampai hati
Seorang diri (tidak ada saudara-mara)
Sebatang kara
Pakaian yang ada pada tubuh sahaja, miskin
Sehelai sepinggang
Seseorang hanya boleh ditipu sekali kerana dia akan mengetahui tipu helah tersebut jika dikenakan buat kali kedua
Sekali (jalan) terkena, dua kali jalan tahu
Membuat sesuatu kerja yang sangat sukar
Seperti aur ditarik songsang
Tidak kekal dan segera hilang (kasih sayang dan lain-lain)
Seperti embun di hujung rumput
Orang yang takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai
(Seperti) kera sumbang
Selalu bergerak dengan cepat (pantas lagi cekap membuat kerja)
Seperti lipas kudung
Perihal orang yang berbuat baik kepada dua orang yang berseteru (untuk keuntungan diri sendiri)
(Seperti) talam dua muka
Perasaan hati (untuk membezakan yang baik dengan yang buruk)
Suara hati
Mudah menangkap sesuatu atau mengerti, pintar, cerdik
Tajam akal
Orang yang menjadi pengintip (penyampai rahsia dan lain-lain) orang lain, barua
Tali barut
Berhampa tangan atau tidak mendapat (membawa) apa-apa
Tangan kosong
- suka menolong orang yang dalam kesusahan, murah hati
- dengan tangan terbuka = ikhlas atau suka hati (menerima sesuatu dan lain-lain)
Tangan terbuka
Kedekut
Tangkai jering
Terang fikiran = mudah mengerti (belajar)
Terang hati
Tidur yang tidak nyenyak
Tidur-tidur ayam
Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan (sesuatu perkumpulan, pertubuhan dan lain-lain)
Tulang belakang
Perbuatan rasuah
Tumbuk rusuk
Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita
Ukur baju di badan sendiri
Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya
Umpama biawak bercabang lidah (lidah bercabang, lidah biawak)
Benda yang dicari itu tidak diperoleh, benda yang ada pula hilang atau habis
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong (dikandung) berciciran