peribahasa Flashcards
hubungan yang sangat rapat dan tidak dapat dipisahkan
bagai inai dengan kuku
hubungan keluarga adalah kuat dan tidak mudah terputus
air yang dicincang tidak akan putus
pentingnya menyokong dan bersatu dalam keluarga
ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi
seseorang yang memiliki sifat atau ciri-ciri yang serupa dengan ibu bapanya
bapak borek anak rintik
seseorang yang banyak berbicara tetapi tidak bertindak atau melakukan apa-apa
anjing menyalak tiada menggigit
kesedaran akan kesilapan hanya datang selepas mengalami akibat buruk
sudah terhantuk baru tengadah
pentingnya kesatuan dan kerjasama dalam masyarakat
bersatu teguh, bercerai roboh
kerjasama atau persetujuan dari kedua-dua pihak diperlukan untuk mencapai satu yang diinginkan
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
sikap tidak mengenang budi
bagai kacang lupakan kulit
menimbul secara terlalu banyak pada suatu masa
bagai cendawan tumbuh selepas hujan
perkara yang sangat tidak menyenangkan hati
bagai duri dalam daging
Masalah penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja adalah bagai duri dalam daging kepada masyarakat kita.
menyesal selepas sesuatu kejadian sudah berlaku tidak bermanfaat
sesal dahuku pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
sesuatu perkara sudah berlaku dan adalah terlambat untuk mengubahnya
nasi sudah menjadi bubur
Jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya.
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
hanya mementingkan diri sendiri
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing