Peribahasa Flashcards
ada gula adalah semut
di mana ada rezeki di situlah ramai orang
ada kerak, adalah nasi
tiap perbuatan tentu meninggalkan kesannya
air pun ada pasang surutnya
keadaan hidup seseorang tidak tetap,
adakalanya senang ada kalanya susah
alah bisa tegal biasa
perkara yang sudah biasa dilakukan tidak akan
terasa lagi kesukarannya
bagai hujan jatuh ke pasir
kebaikan (seperti pertolongan) yang sia-sia
atau tidak berbalas
bagai menelan mestika embun
mendengar nasihat yang baik
bagaimana acuan begitulah kuihnya
a. seseorang anak itu akan menurut budi dan
perangai ibu bapanya
b. keadaan sesuatu itu menurut asalnya
belakang parang pun jikalau diasah
nescaya tajam
seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar
betul-betul akan menjadi pandai
berani kerana benar, takut kerana
salah
bertindak kerana berada di pihak yang benar
atau untuk menegakkan kebenaran
biar putih tulang, jangan putih mata
a. mempertahankan sesuatu yang menjadi
hak milik kita walaupun nyawa kita
terancam
b. lebih baik mati daripada menanggung malu
burung terbang dipipiskan lada
merancang sesuatu yang belum pasti diperoleh
di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung
a. apabila kita menetap di sesebuah negeri
(seperti kampung, masyarakat) kita
perlulah mematuhi peraturan dan undangundang di tempat tersebut
b. segala suruhan atau nasihat dituruti dan
dikerjakan dengan sepenuh hati
diam-diam ubi berisi, diam-diam
besi berkarat
diam seseorang yang berilmu itu berfikir,
sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia
sahaja
. ditatang bagai minyak yang penuh
sangat dikasihi dan dipelihara dengan
sempurna
garam jatuh ke air
eseorang yang sangat cepat menerima dan
mudah memahami sesuatu nasihat atau
pengajaran yang diberikan kepadanya
hilang adat tegal muafakat
adat lama itu boleh diubah asal dengan
muafakat
ingat sebelum kena, jimat sebelum
habis
hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan
terpedaya dan habis harta
kusut di hujung, bawa ke pangkal
apabila perundingan menemui jalan buntu,
haruslah segera balik ke punca masalah
malu berkayuh perahu hanyut
a. kalau tidak berusaha, tentulah susah dan
kalau segan bertanya, akan membuat
kesilapan
b. kalau segan berusaha tidak akan mendapat
kemajuan
ringan tulang berat perut
jika rajin dan tekun berusaha melakukan
sesuatu pekerjaan, maka akan murahlah rezeki
seperti anak ayam kehilangan ibu
sekumpulan orang yang tidak tentu arah atau
berpecah-pecah akibat kehilangan pemimpin
atau tempat tumpuan dan pengharapan
sesat di hujung jalan, balik ke
pangkal jalan
jika tidak boleh dicapai persetujuan dalam
sesuatu mesyuarat hendaklah diselidiki kembali
pokok persoalannya
bagaimana bunyi gendang,
begitulah tarinya
a. bagaimana perintah, begitulah yang harus
dituruti
b. bagaimana perbuatan/perkataan
demikianlah balas dan jawapannya
berapa tinggi terbang bangau,
akhirnya hinggap di belakang
kerbau juga
a. walau ke mana juga kita pergi akhirnya
akan balik ke negeri asal juga
b. walau berapa tinggi pangkat akhirnya hilang
juga
berjagung-jagung dahulu
sementara menanti padi masak
sementara menunggu apa yang baik,
lakukanlah kegiatan/perkara-perkara yang
berfaedah
bertepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi
sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu
pihak sahaja yang memulakannya
cakap siang pandang-pandang,
cakap malam dengar-dengar
berhati-hati semasa bercakap dengan orang
kerana percakapan yang sembarangan boleh
membawa akibat yang buruk
carik-carik bulu ayam, lama-lama
bercantum juga
perselisihan dalam kalangan kaum keluarga
sendiri akhirnya akan berbaik-baik semula
cubit paha kanan, paha kiri pun
terasa juga
penganiayaan terhadap keluarga sendiri akan
dirasai oleh ahli keluarga yang lain
genggam bara api biar sampai jadi
arang
arang
membuat sesuatu pekerjaan yang sukar atau
susah hendaklah bersabar sehingga mencapai
kejayaan
harapkan (mendengar) guruh
dilangit, air di tempayan dicurahkan
kerana mengharapkan sesuatu yang belum
tentu, barang yang tersedia dilepaskan
hidup kayu berbuah, hidup manusia
berjasa
seseorang yang hidup di dunia ini mestilah
berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa
kepada orang lain
jauhari juga yang mengenal
manikam
orang yang bijaksana jua yang mengetahui
keelokan ilmu, menghargai sifat yang mulia dan
dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang
jika asal benih yang baik, jatuh ke
laut menjadi pulau
orang yang mulia akan tetap mulia walau ke
mana juga dia berada
ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni
bermuafakat dalam sesuatu perkara senang
atau susah agar sama-sama dirasai (sepakat)
kerbau dipegang pada talinya;
manusia dipegang pada janjinya
manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai
orang kerana dia tidak akan mungkir janji
lain padang lain belalangnya, lain
lubuk lain ikannya
lain negeri lain adat resam dan cara
pemerintahannya
laut mana yang tidak berombak,
bumi mana yang tidak ditimpa
hujan
manusia tidak sunyi daripada melakukan
kesalahan dan kesilapan
sekali air bah, sekali pasir berubah
apabila bertukar ketua atau pemerintah di
dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun
berubah juga
seperti buah padi, makin berisi
makin rendah; jangan seperti
lalang, makin lama makin tinggi
semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong)
seperti ketam menyuruh anaknya
berjalan betul
tiada berguna menasihati orang lain, kalau
kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang
dinasihatkannya itu
seperti tikus jatuh ke beras
a. orang yang dapat kedudukan yang mewah
b. seseorang yang beroleh kekayaan atau
keuntungan tetapi tidak mahu
menceritakannya kepada orang lain
tak lekang dek panas, tak lapuk dek
hujan
sesuatu yang baik dan mulia akan kekal
sepanjang masa
takut titik lalu tumpah
hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya
mendapat kerugian besar
air yang dingin juga yang dapat
memadamkan api
perkataan yang lembut juga yang dapat
mendinginkan hati orang yang sedang marah
belum disuruh sudah pergi, belum
dipanggil sudah datang
cerdik dan rajin
baik membawa resmi ayam betina
seseorang itu hendaklah selalu merendah diri
dalam tutur kata dan perbuatan supaya tidak
dibenci oleh orang lain dan selamat dalam
hidup
berapa berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul
sesusah-susah orang yang melihat penderitaan
seseorang itu tentulah tidak sama dengan
penanggungan orang yang menderita itu
sendiri
besar kapal, besar gelombang
makin tinggi pangkat atau makin besar
perniagaannya, maka makin besar pula
tanggungjawabnya
biduk lalu kiambang bertaut
lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang
yang bersanak saudara kerana akhirnya
mereka akan berbaik semula
hati gajah sama dilapah, hati kuman
sama dicecah
a. pembahagian yang sama rata dan adil
b. sama-sama menikmati kesenangan dan
kesusahan
hujan emas di negeri orang, hujan
batu di negeri sendiri, baik juga di
negeri sendiri
walau bagaimana mewah atau makmur
sekalipun negeri orang, negeri sendiri juga
yang lebih baik
jika tidak dipecah ruyung, di mana
boleh mendapat sagunya
tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang
gigih
jika ular menyusur akar, tidak akan
hilang bisanya
orang besar atau mulia tidak akan hilang
martabatnya jika ia merendahkan dirinya
sekalipun
kalau kail panjang sejengkal, jangan
lautan hendak diduga
jika ilmu atau kebolehan kita sedikit, janganlah
kita cuba melawan orang atau berbuat sesuatu
yang besar
kilat di dalam kilau, kabus di dalam
hujan
dalam percakapan atau tingkah laku
seseorang, terkandung kemahuannya
melentur buluh biarlah dari rebung
mengajar atau mendidik anak biarlah daripada
kecilnya kerana apabila telah besar, keras
hatinya dan perangainya susah dibentuk
membuang garam ke laut
membuat sesuatu yang tidak memberikan
faedah
meski tertimbun dalam tanah,
namun teras timbul juga
a. seseorang yang berbudi baik itu sekali pun dalam melarat tetap berbudi dan berhati mulia b. meskipun kebenaran itu belum terang, lambat laun akan menjadi kenyataan juga
nasi tak dingin pinggan tak retak
orang yang cermat membuat pekerjaannya,
walaupun banyak kerja jarang yang rosak
pagi tidak dibuang, senja tidak
dikejar
menggunakan masa dengan sebaik-baiknya
pelepah bawah luruh, pelepah atas
jangan gelak
tiap-tiap yang bernyawa akan mati juga
sudahnya, baik tua, muda ataupun anak-anak
kecil
sebab buah dikenal pohonnya
daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat
mengetahui atau mengenali watak dan asal
seseorang
seperti harimau menyembunyikan
kukunya
orang yang bijaksana tetapi menyembunyikan
pengetahuan dan kebolehannya
seperti labah-labah cinta kepada
telurnya
perihal kasih sayang yang mendalam sekali
dan sukar diceraikan
belayar sampai ke pulau
membuat pekerjaan sehingga sempurna
hutang emas dapat dibayar, hutang
budi dibawa mati
budi bahasa orang tidak dapat dibalas dengan
wang dan harus diingat seumur hidup
kalau gajah hendaklah dipandang
gadingnya, kalau harimau
hendaklah dipandang belangnya
sesuatu perkara itu perlu disiasat dahulu
dengan teliti dan tidak boleh setakat
mendengar cakap-cakap orang sahaja
kemenyan sebesar lutut, tidak
dibakar takkan berbau
tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yang
disimpan sahaja
kuat burung kerana sayap, kuat
ketam kerana sepit
kuat atau berkuasa kerana sesuatu
kelebihannya
ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut
mata leta
orang yang mengikutkan hawa nafsunya
akhirnya akan binasa
menepuk air di dulang, terpercik ke
muka sendiri
menceritakan cacat cela kaum keluarga maka
diri sendiri juga yang mendapat malu
pisang tidak berbuah dua kali
manusia harus beringat-ingat supaya perkara
yang tidak baik yang dialaminya tidak berulang
lagi
rosak badan kerana penyakit, rosak
bangsa kerana laku
penyakit yang dihidapi itu boleh merosakkan
keelokan rupa kita, begitu juga kelakuan yang
keji itu boleh merosakkan nama baik bangsa
kita
seperti menghela rambut dalam
tepung, rambut jangan putus
tepung jangan berserak
a. bersikap bijaksana dalam menyelesaikan
sesuatu masalah
b. menghukum hendaklah dengan seadiladilnya, sehingga kedua-dua belah pihak
berasa puas
tangan mencencang bahu memikul
kesalahan yang kita buat itu kita sendirilah yang
menanggungnya
tiada rotan akar berguna
kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang
baik pun berguna juga
tukang tidak membuang kayu
orang yang cerdik, sayang akan sekalian
macam orang kerana masing-masing ada
gunanya
umpama duduk seperti kucing,
melompat seperti harimau
pendiam tetapi cekap bekerja dan pintar
yang dikejar tak dapat, yang
dikendong berciciran
keuntungan yang diharapkan tidak diperoleh
sedangkan keuntungan yang di dalam tangan
habis hilang