Pembubaran & Isu dalam Perkahwinan Flashcards
Maksud & Hukum Talak
Maksud: Pembubaran perkahwinan oleh suami dengan lafaz jelas atau kiasan
Hukum: Harus
Jenis Talak (2)
Talak Raji’ie:
> Talak yang boleh dirujuk dalam tempoh iddah tanpa akad nikah & mahar baharu
Talak Ba’in:
> Talak yang tidak boleh dirujuk kecuali dengan Akad nikah & mahar baharu
Maksud & Hukum Fasakh
Maksud: Pembubaran perkahwinan melalui kuasa hakim atas sebab tertentu (cth: dera)
Hukum: Harus
Maksud & Hukum Khuluk
Maksud: Pembubaran perkahwinan atas KEHENDAK isteri dengan persetujuan membayar ganti rugi kepada suami
Hukum: Harus
Maksud & Hukum Li’an
Maksud: Lafaz sumpah suami apabila menuduh isteri berzina tanpa empat saksi atau menafikan nasab
Hukum: Wajib bagi suami untuk mengelakkan hukum qazaf (tuduhan palsu zina)
Cara suami melakukan Li’an (5)
- Suami melafazkan di hadapan hakim: “Aku bersaksi bahawa tuduhan keatas isteriku adalah benar. Tuduhan zina yang aku lampirkan kepada isteriku yang bernama ——– dan anak ini (kalau ada anak zina) ialah anak zina dan bukan daripada zuriatku”
- Suami mengulangi sebanyak empat kali lagi sambil menunding jari ke siteri jika ada
- Pada kali kelima, hakim memberi amaran terhadap bahaya berdusta
- Suami menjawab, “Sesungguhnya laknat Allah SWT akan menimpaku sekiranya aku terdiri daripada orang2 yang berdusta”
Cara isteri melakukan Li’an (3)
- Isteri melafazkan di hadapan hakim: “Aku bersaksi dengan nama Allah SWT bahawa ——— orang yang berdusta tentang tuduhan zina terhadapku.”
- Ulang lafaz sebanyak 4 kali
- Selepas kali kelima, hendaklah kata “Kemurkaan Allah SWT akan menimpaku, jika tuduhan suamiku benar.”
Kesan Li’an (2)
- Suami isteri tidak boleh rujuk selama-lamanya
- Anak tidak boleh dinasabkan kepada suami + tidak berhak mendapat nafkah
Maksud & hukum Iddah
Maksud: tempoh masa yang isteri perlu lalui selepas pembubaran perkahwinan @ selepas kematian suami
Hukum: Wajib
Situasi & tempoh Iddahnya (5)
Belum putus haid - 3 kali suci
Selepas putus haid - 3 bulan hijrah
Belum pernah seks - tiada
Sedang hamil - tunggu baby keluar
Suami mati - 4 bulan 10 hari
Larangan sewaktu Iddah (3)
- Menerima pinangan lelaki lain
- Keluar daripada rumah yg disediakan suami kecuali atas keperluan
- Berhias diri (kecuali yg dalam Iddah Raji’ie)
Maksud & Hukum rujuk
Maksud: Hak suami untuk menyambung semula perkahwinan dengan kerelaan isteri yang masih dalam tempoh Iddah
Hukum: Harus
Hukum Poligami
Harus
Hukum Anak Angkat
Harus
Maksud & Hukum Nushuz
Maksud: Keengganan isteri mentaati perintah suami yang sah
Hukum: Haram
Maksud & Hukum Hadhanah
Maksud: Penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan tidak mampu menjaga diri
Hukum: Wajib