Pel. 9 (Hadis) - Sedekah Kunci Kebaikan Flashcards
ُكُّل ُسلاََمىمَنالنَّاس َعلَْيه َصَدقَةٌ
Setiap sendi di tubuh badan manusia ialah sedekah baginya
ُكَّليَْومتَطْلُُعفْيهالَّشْم ُس
Setiap hari yang terbit padanya matahari
تَعد ُل بيْ الثْنيْ ص َدقَة
Kamu berlaku adil terhadap dua orang (yang bertelagah) ialah sedekah
وتُعيْ الَّرجل فِ دابَّته فَتحملُه علَيها
َ
dan kamu membantu seseorang menaiki tunggangannya
أَو تَرفَع لَه علَيها متاعه صَدقَةٌ
atau kamu mengangkat barang-barang ke atas tunggangannya ialah sedekah
َوالَْكلَمةُالطَّيبَةُ َصَدقَة
dan perkataan yang baik ialah sedekah
ٍييي
وكل خطْوة تَشيها إلَ الصلاة صدقة
dan setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat ialah sedekah
وتَيط الأَذى عن الطَّيرييق صدقة
dan kamu mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalan ialah sedekah
Maksud sedekah bahasa
pemberian
Maksud sedekah istilah
Sesuatu pemberian yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT
Amalan sedekah dalam hadis
- Berlaku adil dalam tindakan
- Mendamaikan orang yang bertelagah
- Membantu orang menaiki kenderaan
- Membantu orang yang mengangkat barang ke dalam kenderaan
- Mengucapkan perkataan yang baik
- Berjalan untuk menunaikan solat
- Mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalan
Kelebihan berlaku adil kepada dua orang yang bertelingkah
- Mententeramkan hati kedua-dua belah pihak
- Menghalang kedua-dua pihak daripada melanggar perintah Rasulullah SAW agar tidak berterusan bertelingkah selama 3 hari
Kelebihan membantu orang yang menaiki kenderaan atau mengangkat barangnya ke dalam kenderaan
- Meringankan beban orang lain
2. Memberi keselesaan kepada orang yang memerlukan bantuan
Kelebihan mengucapkan perkataan yang baik
- Menenangkan hati pendengar
2. Menampilkan imej dan peribadi yang disegani
Kelebihan berjalan untuk menunaikan solat
- Dapat mengamalkan gaya hidup sihat
2. Ditinggikan darjah dan dihapuskan dosa jika menuju ke masjid dalam keadaan berwuduk
Kelebihan mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalan
- Menunjukkan keimanan kepada Allah SWT
2. Mengurangkan risiko kemalangan
Pengajaran hadis 1
Kita hendaklah sentiasa memanfaatkan masa, tenaga dan kemahiran yang ada untuk membantu orang lain agar menjadi orang bertaqwa
Pengajaran hadis 2
Kita hendaklah mendamaikan orang yang bertelagah kerana setiap mukmin bersaudara
Pengajaran hadis 3
Kita hendaklah bercakap hal-hal yang baik kerana itu merupakan tanda keimanan kita kepada Allah SWT dan hari akhirat
Pengajaran hadis 4
Kita hendaklah sentiasa menunaikan solat berjemaah di masjid kerana amalan ini besar pahalanya
Pengajaran hadis 5
Kita hendaklah berusaha untuk mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalan agar tidak memudaratkan orang lain
Kesan amalan sedekah kepada penerima sedekah
- Dapat menjalani kehidupan yang lebih sempurna hasil bantu membantu
- Dapat berkongsi rezeki secara bersama-sama
Kesan sedekah kepada masyarakat dan negara
Masyarakat hidup dalam keadaan aman dan sentosa kerana tiada perasaan hasad dengki antara golongan kaya dan miskin