Pel. 19 (Feqah) - Solat Sunat Menampung Kefarduan Flashcards
Jenis solat sunat
1) Solat sunat rawatib
2) Solat sunat tarawih
3) Solat sunat witir
Maksud solat sunat rawatib
Solat sunat yang mengiringi solat fardu dan waktunya mengikut solat fardu
Maksud solat sunat tarawih
Solat sunat menghidupkan malam Ramadan
Maksud solat sunat witir
Solat sunat yang dilaksanakan sebagai penutup bagi solat malam
Bilangan rakaat solat sunat rawatib
2 rakaat dengan satu salam atau 4 rakaat dengan dua salam
Waktu solat sunat rawatib
Sebelum solat fardu (qabilah) atau selepas solat fardu (ba’diah)
Solat sunat rawatib bersendirian/berjemaah?
Bersendirian
Bacaan solat sunat rawatib selepas Al-Fatihah
Rasulullah SAW membaca surah al-Kafirun (rakaat pertama) dan surah al-Ikhlas (rakaat kedua) dalam solat rawatib subuh dan isyak.
Dalam solat yang lain, tidak ditentukan surahnya.
Bilangan rakaat solat tarawih
20 rakaat tapi boleh dilaksanakan dengan 8 rakaat mengikut kemampuan
Waktu melaksanakan solat tarawih
Diantara solat isyak dan subuh sebelum solat witir pada malam-malam Ramadan
Solat tarawih bersendirian/berjemaah
Boleh dilakukan bersendirian tetapi berjemaah lebih afdal
Bacaan selepas al-Fatihah bagi solat tarawih
Tidak ditentukan bacaan surah.
Sebaik-baiknya imam cuba mengkhatamkan bacaan al-Quran dalam masa sebulan.
Bilangan rakaat solat witir
Dalam bilangan ganjil, iaitu tiga rakaat (2 salam) hingga sebelas rakaat (8 salam).
Makruh dilaksanakan satu rakaat.
Waktu melaksanakan solat witir
Setiap malam, selepas solat isyak dan solat-solat sunat yang lain sebelum terbit fajar (subuh).
Sunat dilakukan pada akhir malam .
Solat witir bersendirian/berjemaah
Bersendirian (jika mahu bangun malam) atau berjemaah (jika solat tarawih bersama imam).
Bacaan selepas al-Fatihah bagi solat witir
Rakaat Pertama : Surah al-A’la .
Rakaat Kedua: Surah al-Kafirun
Rakaat ketiga : Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas
*Jika solat lebih daripada tiga rakaat, maka diulang bacaan surah- surah tersebut.
Qunut (solat witir)
Sunat membaca doa qunut ketika iktidal pada rakaat terakhir mulai malam ke enam belas Ramadan.
Hikmah solat sunat
1) Umat Islam dapat menyempurnakan ibadah kepada Allah SWT kerana solat rawatib menampung kekurangan yang ada ketika melaksanakan solat fardu.
2) Umat Islam dapat membantu pembakaran tenaga yang terhasil daripada makanan yang dimakan ketika berbuka puasa kerana solat tarawih menyamai aktiviti senaman sederhana.
3) Umat Islam dapat menambah kesihatan badan melalui peningkatan aktiviti otot badan, peningkatan kadar metabolisme badan dan penurunan berat badan
4) Umat Islam dapat menambah khusyuk ketika solat fardu kerana solat rawatib mempersiapkan hati untuk melaksanakan solat fardu.