Objektif Flashcards
Batu bersurat apa yang menggunakan perkataan “Malayapura”
Batu bersurat Bukit Gombak Satu di Sumetara
Apakah maksud Malayapura
Kota/kerajaan Melayu
Apakah fungsi perkataan malayapura
Mungkin menjadi asal usul perkataan Melayu
Apakah tulisan yang ditemukan di daun lontar dan bilakah ditulis
Askara Kawi atau tulisan kawi
zaman bm kuno
Senaraikan kata bahasa istana dan maksudnya (yng ada lam nota)
beradu = tidur
bersiram = mandi
gering = sakit
putera = anak (lelaki)
santap = makan
Tulisan Nigiri pada batu bersurat apa
dan batu bersurat yng lain tulisan apa
Gandasuli
Palava
Nyatakan sistem ejaan yang digunakan sekarang dan ia dilaksanakan melalui?
Ejaan Rumi Baharu atau Ejaan Baru Bahasa Malaysia
Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia
Sistem Ejaan yang digunakan sebelum ini
Sistem Wilkinson
Sistem Za’ba / Ejaan Sekolah
Sistem Fajar Asia
Sistem Kongres
Sistem Malindo
Apa itu penngekodan tatabahasa
Proses pengekodan dalam aspek ini ialah pengembangan cara-cara pembentukan kata (morfologi), frasa dan ayat (sintaksis) supaya dapat memperkatakan buah fikiran dan perkara baharu
Buku yang meragamkan sistem tatabahasa BM
Tatabahasa Dewan
Nyatakan fungsi/ kepentingan bahasa melayu
Bahasa komunikasi
Bahasa Perpaduan
Bahasa Ilmu
Bahasa rasmi
Hafal gambar alat artikulasi tu
https://pppnukm.files.wordpress.com/2018/04/bahasa-melayu-moden-fonologi.pdf
ms 36
Xle letak gambar pandai2 ah hafal
Morfem fahamkan
Contoh {ke}{dua} {ke}{tiga) {ber}{kesan}
Morfem itu unit tatabahasa terkecil (berbeza dengan suku kata)
Semua imbuhan adalah morfem
Kesalahan frasa kerja aktif
Memerlukan kata sendi atau singkatannya
Klau x faham boleh baca ni
Kesalahan dari Segi Frasa Kerja Aktif
Peluasan frasa kerja intransitif. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.
(a)Pemimpin itu mudah lupa janji-janjinya. (salah)
Pemimpin itu mudah lupa akan janji-janjinya. (betul)
(b)Pasukan bola sepak Selangor bertemu pasukan bola sepak Perlis. (salah)
Pasukan bola Selangor bertemu dengan pasukan bola sepak Perlis. (betul)
(c)Dia bertanya saya hal itu. (salah)
Dia bertanya kepada saya tentang hal itu. (betul)
[Frasa kerja intransitif dalam ayat-ayat di atas, yakni lupa, bertemu, dan bertanya boleh diperluas dengan frasa sendi saja dan tidak boleh dengan frasa nama. Frasa sendi dalam ayat-ayat tersebut ialah akan janji-janjinya, dengan pasukan bola sepak Perlis, dan kepada saya serta tentang hal itu.]
2. Penggunaan frasa kerja intransitif yang berapitan ber…kan. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut:
(a)Meja itu beralaskan dengan sehelai kain. (salah)
Meja itu beralaskan sehelai kain. (betul)
(b)Penjenayah itu bersenjatakan dengan sebilah pisau. (salah)
Penjenayah itu bersenjatakan sebilah pisau. (betul)
[Kata kerja intransitif yang berapitan ber…kan dalam ayat-ayat tersebut, yakni beralaskan dan bersenjatakan tidak boleh diikuti oleh kata sendi. Hal ini demikian kerana akhiran –kan pada kata kerja berapitan ber…kan merupakan singkatan kata sendi akan yang dapat mewakili kata sendi yang lain seperti dengan, pada, atau tentang. ]
3. Bentuk frasa kerja transitif. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.
(a)Dia belum mengetahui tentang hal itu. (salah)
Dia belum mengetahui hal itu. (betul)
(b)Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam bidang penulisan. (salah)
Beliau banyak mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan. (betul)
(c)Mereka akan mendalamkan lagi sungai ini. (salah)
Mereka akan mendalamkan sungai ini (betul)
Mereka akan memperdalam sungai ini. (betul)
[Bentuk frasa kerja transitif merupakan bentuk terikat. Oleh itu, kata atau kata-kata lain tidak boleh disisipkan antara kata kerja transitif dengan frasa nama yang menjadi objek.]
Kesalah frasa kerja pasif diri pertama
Tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif ketiga
Contoh
(a)Jambangan bunga ini digubah olehku. (salah)
Jambangan bunga ini kugubah. (betul)
(b)Kebun itu diusahakan oleh saya. (salah)
Kebun itu saya usahakan. (betul)
(c)Meja-meja ini disusun oleh kami. (salah)
Meja-meja ini kami susun. (betul)
(d)Majlis perpisahan guru diraikan oleh kita. (salah)
Majlis perpisahan guru kita raikan. (betul)
Kesalah frasa kerja pasif diri kedua
Tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif ketiga
Contoh
(a)Hadiah ini perlu dibungkus oleh engkau. (salah)
Hadiah ini perlu kaubungkus. (betul)
(b)Soalan ini hendaklah dijawab oleh anda. (salah)
Soalan ini hendaklah anda jawab. (betul)
(c)Gubahan ini dihasilkan oleh kamu? (salah)
Gubahan ini kamu hasilkan? (betul)
Kesalah frasa kerja pasif diri pertama dan kedua
Penyisipan kata-kata lain antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja pasif.
(a)Tempat itu saya belum kunjungi. (salah)
Tempat itu belum saya kunjungi. (betul)
(b) Surat khabar itu aku akan baca sebentar lagi. (salah)
Surat khabar itu akan aku baca sebentar lagi. (betul)
(c) Buku itu anda mesti pulangkan. (salah)
Buku itu mesti anda pulangkan. (betul)
(d) Borang ini kamu perlu hantar pagi esok. (salah)
Borang ini perlu kamu hantar pagi esok. (betul)
Jenis ayat perintah dan maksud
Ayat suruhan - memberi arahan
Ayat larangan - melarang
Ayat silaan - menjemput (perkataan sila or jemput)
Ayat permintaan - (perkataan minta or tolong)
Maksud ayat penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.
Ayat majmuk bukan sahaja
Yang ada kata gabung ada jugak yng guna pancangan ingat
Ayat tanya ada
?
Apa itu kata ganda
Kata yang digandakan atau diulang
Contoh
Buku-buku (Penuh)
Jejentik (separa)
Tolong-menolong (Berimbuhan)
Bukit-bakau (Berentak)
Senaraikan kata nafi
Tidak bukan
Senaraikan pola ayat
FN + FN
FN + FK
FN + FSN
FN + FA
Senaraikan kata bantu ragam
hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, perlu, wajib, enggan dan patut.
Apa itu kata bantu ragam
kata yg terangkan kata kerja