Nilai & Etika Dalam Keluarga Malaysia Presentation Flashcards
gunakan pendekatan Keluarga Malaysia
sifatnya lebih inklusif dan merentasi sempadan agama, bangsa serta kaum
Dibentuk pada 22 Ogos 2021 dibawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-9, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
kata beliau “Gagasan ini ditubuhkan untuk memulihkan struktur negara, dan mencapai status negara maju serta berpendapatan tinggi.”
3 Nilai : Keterangkuman, Kebersamaan, Kesyukuran
Keterangkuman : semai budaya integriti dalam keluarga.
Kebersamaan : bersatu padu, prihatin, transformasi politik.
Kesyukuran : Keharmonian, kecintaan (budayakan amalan sihat fizikal & mental).
Antara Isu Semasa yang paling popular
isu perkauman
N : Kamus Dewan Bahasa & Pustaka
Sifat ketinggian (dari aspek segi pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll)
N : Richard T. Schaefer
Konsep kolektif tentang apa yang dianggap baik, diingini, dan wajar atau sebaliknya di dalam sesuatu budaya.
N : Secara Umum
Ciri-ciri tingkah laku yang diamalkan oleh anggota masyarakat sama ada baik atau buruk.
Nilai Instrumental
- Nilai yang memerlukan nilai lain untuk capai sesuatu matlamat
- Contoh : Kita ajar kawan kita subjek yang dia tak faham (tolong menolong), at the same time kita nak kukuhkan lagi pemahaman kita terhadap subjek itu (tolong orang itu ada kebaikannya)
Nilai Intrinsik
- Nilai yang tak bergantung kepada nilai lain untuk capai sesuatu matlamat.
- Contoh : Tolong orang tanpa inginkan balasan
Nilai Subjektif
- Nilai yang berdasarkan pandangan peribadi terhadap sesuatu perkara.
- Contoh : Pandangan kita terhadap topik ni mungkin berbeza dengan pandangan orang lain. Kita kata bagus, orang kata tak bagus. Kita kata tak bagus, orang kata bagus.
Nilai Objektif
- Nilai yang berdasarkan peristiwa yang telah berlaku dan ia dipersetujui oleh kebanyakan orang.
- Contoh : aniaya binatang. dekat mana mana pun jumpa orang yang ada common sense, dia pun akan tertanya tanya kenapa nak aniaya binatang? apa motif dia? so benda ni dipersetujui secara umum.
Nilai Relatif
- Nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan peraturan masyarakat dalam mencapai matlamat masyarakat.
- Contoh : Luar negara tak kisah kalau unsur LGBT diterapkan dalam sumber umum macam drama bersiri, surat khabar, media sosial. Tapi dekat Malaysia, benda macam ni kita elakkan sebab tak mahu masyarakat kita mudah terpengaruh dengan budaya tak sihat macam ni.
Nilai Mutlak
- Nilai yang diterima umum dan diuji jika sesuatu perbuatan itu adalah baik atau buruk sepanjang masa.
- Contoh : berkata buruk tentang orang di media social (ataupun kecam), so benda macam ni tak baik lah kan sebab boleh jadi orang yang kena kecam tu stress ke atau terkesan ke.
E : Kamus Dewan Bahasa & Pustaka
Prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll).
E: Greek
‘Ethos’, membawa maksud perangai atau keperibadian.
E: Ali bin Emrullah, Muhammed Hadimi
Memahami keinginan untuk melakukan perkara baik atau buruk secara rohaniah.
Etika Menurut Islam : ada 3 kategori
- Etika yang berkait rapat dengan kelakuan seseorang
- Etika yang berkait rapat dengan kelakuan seseorang terhadap ahli keluarganya.
- Etika yang menunjukkan tanggung jawab seseorang dalam dunia sosial
Etika Menurut Imam al-Ghazali : ada banyak tapi saya fokuskan 7 sahaja
- Elak daripada mencelah perbualan mereka.
- Tidak mudah percaya akan berita palsu dan khabar angin yang mereka sebarkan.
- Hiraukan kata-kata buruk mereka.
- Elakkan terlalu kerap berjumpa dengan mereka dan jangan terlalu bergantung harap kepada mereka jika berada dalam kesusahan.
- Tegur perbuatan jahat yang mereka lakukan secara berhikmah.
- Nasihat mereka bila mereka ni ada niat untuk menerima teguran.
- Jangan paksa orang lain untuk buat jahat atau terima pendapat kita.