Latar Belakang spm Flashcards
Pulau Pinang asalnya merupakan wilayah bagi kesultanan mana?
Kesultanan Kedah.
Apakah fungsi Pulau Pinang bagi pedagang dari Lingga yang berdagang dengan Kedah?
Sebagai tempat persinggahan.
Apakah peranan utama Batu Uban di Pulau Pinang?
pelabuhan dagang bagi daerah serantau.
Batu Uban menjadi pelabuhan penting untuk perdagangan dengan wilayah mana di Sumatera?
Aceh.
Siapakah yang sering berkunjung ke pelabuhan Batu Uban?
Pedagang Arab.
Pada tahun berapakah penempatan Batu Uban dibuka oleh orang Melayu dari Sumatera?
Tahun 1759.
Mengapakah kawasan di Batu Uban dianugerahkan oleh Sultan Kedah kepada orang Sumatera?
balasan jasa membantu Kesultanan Kedah menentang Siam.
Singapura merupakan wilayah dalam Kesultanan mana?
Kesultanan Johor Riau.
Apakah yang turut termasuk dalam wilayah Kesultanan Johor Riau selain Singapura?
Pahang, Johor, dan gugusan kepulauan Riau Lingga.
Pada abad ke berapakah Kesultanan Johor Riau menguasai wilayah-wilayah ini?
Abad ke-16 hingga abad ke-19.
Siapakah yang ditabalkan sebagai pemerintah di Singapura oleh Temenggung Abdul Rahman?
Sultan Hussein
Apakah jenis ladang yang diusahakan oleh orang Melayu dan Cina di Singapura?
Ladang gambir.
Di manakah Sultan Abdul Rahman bersemayam dalam Kesultanan Johor Riau?
Di Lingga.
Apakah hubungan yang diadakan oleh Sultan Abdul Rahman dengan pihak luar?
Hubungan baik dengan Belanda.
Kesultanan Melayu Melaka mencapai kemuncak pada abad ke berapa?
Abad ke-15.
Siapakah yang menawan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511?
Portugis.
Apakah status Melaka antara tahun 1641 hingga 1824?
Menjadi tanah jajahan Belanda.
Siapakah yang membantu Belanda mengalahkan Portugis di Melaka?
Kesultanan Johor Riau.
Semasa penjajahan Belanda, Melaka dijadikan sebagai pusat pengumpulan bagi hasil apa?
Bijih timah.
Mengapakah Belanda lebih mementingkan Betawi daripada Melaka?
Betawi dijadikan pusat perdagangan utama di Alam Melayu.