Kutipan Hasil (Revenue) Flashcards
Ketua Jabatan adalah sendiri bertanggungjawab terhadap…
Dibawah apa kah FR ini?
FR 171 Ketua Jabatan adalah sendiri bertanggungjawab terhadap pemungutan segera hasil
yang berkaitan dengan Jabatan mereka.
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN ada LAPAN. Sebutkan.
(i) Membuat semua kutipan hasil
(ii) Mengadakan perakaunan yang teratur
(iii) Menghantar SEMUA WANG ke Bank/Perbendaharaan dengan SEGERA
(iv) Mengamanahkan pegawai bawahan sebagai pemungut hasil
(v) Menyediakan bilik kebal, peti besi untuk menyimpan dan menjaga keselamatan
wang kutipan (FR 226)
(vi) Penjagaan wang kutipan semasa penghantaran dan pemindahan dari pejabat ke
bank/satu cawangan ke ibu pejabat (FR 228)
(vii) Memastikan Peraturan Kewangan, 1983 dan Surat Keliling Perbendaharaan
dipatuhi oleh Ketua Jabatan dan pegawai bawahan
(viii) Mengambil perhatian ke atas ARTIKEL 16(A) PERINTAH PERLEMBAGAAN
(PERATURAN KEWANGAN ) 1959
TATACARA KUTIPAN HASIL ada 7. Sebutkan.
1) Waran hasil dikeluarkan.
2) Penerimaan wang kutipan.
3) Resit dikeluarkan.
4) Merekod kutipan ke dalam Buku Tunai (cashbook) Kerajaan.
5) Memasukkan kutipan ke dalam Akaun Kerajaan
6) Menyediakan dan menghadapkan penyata pemungut.
7) Resit Perbendaharaan dikeluarkan.
TATACARA KUTIPAN HASIL
1. WARAN HASIL
(i) _________ bagi melantik Ketua-Ketua Jabatan sebagai ______ _______ _____ yang berpunca daripada kegiatan Jabatan.
(ii) Berkuatkuasa pada _______ dan mansuh pada setiap ________ tahun berikutnya.
(iii) Di dalam waran hasil, disertakan _____ _____ ______ ______ Jabatan yang akan
digunakan untuk merekod jumlah kutipan.
(iv) Jika ada perkara hasil yang tidak disertakan hendaklah dilaporkan ke
____________.
(i) Surat kuasa bagi melantik Ketua-Ketua Jabatan sebagai Pegawai Pengawal
Pemungut Hasil Negara yang berpunca daripada kegiatan Jabatan.
(ii) Berkuatkuasa pada 1hb April dan mansuh pada setiap 31hb Mac tahun
berikutnya.
(iii) Di dalam waran hasil, disertakan senarai pecahan tajuk hasil Jabatan yang akan
digunakan untuk merekod jumlah kutipan.
(iv) Jika ada perkara hasil yang tidak disertakan hendaklah dilaporkan ke
Perbendaharaan.
TATACARA KUTIPAN HASIL
2. PENERIMAAN WANG KUTIPAN HASIL
Apakah jenis Pembayaran yang diterima?
1) Wang tunai B$/S
2) Cek
3) Kad Kredit
TATACARA KUTIPAN HASIL
2. PENERIMAAN WANG KUTIPAN HASIL
FR 181 merujuk kepada?
Penerimaan wang hendaklah diakui.
TATACARA KUTIPAN HASIL
2. PENERIMAAN WANG KUTIPAN HASIL
FR 182 merujuk kepada?
1) Satu resit dikeluarkan bagi setiap seorang.
2) Ditulis dengan cara yang tidak boleh dipadam.
TATACARA KUTIPAN HASIL
2. PENERIMAAN WANG KUTIPAN HASIL
FR 188 merujuk kepada?
Wang yang diterima hendaklah didalam mata wang yang sah dan lazimnya diterima (Brunei $)
TATACARA KUTIPAN HASIL
2. PENERIMAAN WANG KUTIPAN HASIL
FR 190 merujuk kepada PENERIMAAN CEK sebagai bayaran. Sebutkan kesemua 6 syarat.
Cek pembayaran yang diterima mestilah lengkap dan sempurna diisikan
o Tarikh adalah betul, lengkap dan pada tarikh di terima. Cek postdated tidak diterima.
o Nama penerima setiap cek = “Kerajaan KDYMM” atau “Government of Brunei”.
o Jumlah pada angka dan perkataan hendaklah sama dan betul.
o Mesti ditandatangani oleh yang empunya akaun dengan lengkap.
o Cop Syarikat
o Setiap pembetulan pada cek mesti ditandatangani dengan lengkap oleh yang
empunya akaun
TATACARA KUTIPAN HASIL
2. PENERIMAAN WANG KUTIPAN HASIL
Apakah sebab-sebab cek ditendang?
- Angka Jumlah dan perkataan tidak sama
- Cek mati (stale cheque)– lambat ditunaikan dan telah mansuh tarikh kuasanya
- Salah haribulan/lewat tarikh/tiada tarikh
- Tiada ditandatangani
- Perubahan pada cek tidak ditandatangani dengan penuh
- Tiada cukup wang dalam simpanan
- Tiada cop syarikat
TATACARA KUTIPAN HASIL
2. PENERIMAAN WANG KUTIPAN HASIL
Bagi cek yang pernah dikembalikan oleh bank sebanyak tiga kali hendaklah
____________ dan ______ ________ lagi.
Bagi cek yang pernah dikembalikan oleh bank sebanyak tiga kali hendaklah
disenaraihitamkan dan tidak diterima lagi.
TATACARA KUTIPAN HASIL
3. PENGELUARAN RESIT
Borang resit diisikan dalam tiga salinan. Sebutkan.
o Resit Asal - Pembayar
o Salinan Kedua - Perbendaharaan
o Salinan Ketiga – Jabatan
TATACARA KUTIPAN HASIL
3. PENGELUARAN RESIT
FR 192 merujuk kepada…
Pemungut hasil hendaklah mempastikan bahawa orang ramai adalah
diberitahu dengan sejelas-jelasnya bahawa mereka hendaklah meminta resit-resit
rasmi bagi semua wang yang dibayar masuk.
TATACARA KUTIPAN HASIL
4. MEREKOD KUTIPAN KE DALAM BUKU TUNAI (CASHBOOK) JABATAN
Apakah tatacara merekod kutipan ke dalam buku tunai jabatan? Ada LIMA.
(i) Dicatatkan ke dalam Buku Tunai dengan seberapa segera pada setiap hari selepas kaunter pembayaran ditutup.
(ii) Diisikan dengan lengkap dan betul seperti tarikh, bilangan resit, tajuk hasil untuk dikreditkan, jumlah dan jumlah progresif.
(iii) Nombor resit yang direkod hendaklah berturut-turut termasuk resit yang
dibatalkan.
(iv) Jumlah kutipan dicatit kedalam resit hendaklah bersamaan dengan jumlah wang
kutipan dan jumlah rekod dalam Buku Tunai.
(v) Dibubuh nama, tandatangan, jawatan kerani yang menyediakan dan tarikh disediakan.
TATACARA KUTIPAN HASIL
4. MEREKOD KUTIPAN KE DALAM BUKU TUNAI (CASHBOOK) JABATAN
FR 17.7 merujuk kepada …
- Pemeriksaan berkala keatas buku tunai oleh pegawai atasan secara kerap tetapi berkala-kala untuk memastikan catitah adalah betul dan teratur.
- Mesti ada pengesahaan pada Buku Tunai:
Nama, Jabatan, Tandatangan, Tarikh – (Disediakan oleh / Disemak oleh / Disahkan oleh)