korban & aqiqah Flashcards
maksud korban
menyembelih binatang ternakan pada 10 zulhijjah sehingga akhir hari tasyrik untuk mendekatkan diri kepada Allah
hukum korban & aqiqah
sunat muakkad
wajib jika bernazar
dalil naqli korban
surah al kauthar ayat 2
binatang ternakan yang disyariatkan korban & aqiqah
unta
lembu
kerbau
kambing
biri-biri
4 syarat sah korban
niat
- berniat korban ketika binatang disembelih
masa pelaksanaan
- selepas solat sunat hari raya aidiladha 10 zulhijjah sehingga terbenam matahari 13 zulhijjah
binatang ternakan cukup umur
unta - 5 tahun >
lembu/kerbau/kambing - 2 tahun >
biri2 - 1 tahun atau dah bersalin gigi hadapan selepas 6 bulan
binatang ternakan bebas dari penyakit dan kecacatan
4 jenis binatang cacat yang tak boleh dijadikan korban
jelas buta sebelah
berpenyakit teruk
tempang
gila
5 perkara sunat korban
orang yang berkorban tidak bercukur atau memotong kuku pada awal bulan zulhijjah hingga selesai korban
berkorban sendiri, tak mewakilkan orang lain
melakukan perkara sunat lain (menghadap kiblat, alat tajam)
membaca bismillah dan berselawat ketika menyembelih
berdoa semasa hendak menyembelih
waktu penyembelihan yang afdal
selepas naik matahari selepas solat sunat dan dua khutbah
pembahagian daging korban (3)
1/3 orang yang melakukan korban dan ahli keluarganya
1/3 sahabat handai termasuk orang kaya dan jiran
1/3 sedekah kepada fakir dan miskin
4 hikmah korban
mengagungkan syiar islam sebegai tanda mendekatkan diri kepada Allah
menghayati pengorbanan nabi ibrahim dan nabi ismail
solat sunat aidiladha mengeratkan hubungan persaudaraan
tanda bersyukur kepada Allah atas segala nikmat
maksud aqiqah
binatang ternakan yang disembelih sempena kelahiran bayi
4 syarat sah aqiqah
niat
- berniat aqiqahketika binatang disembelih
masa pelaksanaan
- setelah bayi dilahirkan
binatang ternakan cukup umur
unta - 5 tahun >
lembu/kerbau/kambing - 2 tahun >
biri2 - 1 tahun atau dah bersalin gigi hadapan selepas 6 bulan
binatang ternakan bebas dari penyakit dan kecacatan
6 perkara sunat aqiqah
- berdoa semasa hendak menyembelih
- menyembelih ketika matahari sedang naik
- dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran
- tidak dipatah-patahkan tulang haiwan sembelihan kecuali mengikut sendi-sendinya
- memberi nama yang baik dan mencukur rambut bayi selepas sembelihan
- bersedekah dengan emas atau perak seberat rambut bayi yang dicukur
2 tempoh pelaksanaan aqiqah
sunat - setelah sempurna kelahiran sehingga bayi itu baligh
sunat muakkad - pada hari ketujuh kelahiran
3 pembahagian daging aqiqah
sunat dimasak dengan masakan manis dan disedekahkan
afdal disedekahkan kepada orang miskin
sunat dimakan oleh orang yang beraqiqah
3 hikmah aqiqah
tanda kesyukuran kepada Allah atas kurniaan cahaya mata
menghebahkan berita kelahiran untuk mengelakkan prasangka
menyuburkan sifat pemurah dan menghindari sifat bakhil