kimia Flashcards
Dalam satu eksperimen, 2 cm^3 larutan X ditambahkan dengan larutan ammonia sehingga berlebihan. Mendakan putih larut dalam larutan ammonia berlebihan membentuk larutan tak berwarna. Apakah ion yang hadir dalam larutan X?
Zn
100 cm^3 asid sulfurik 0.5 mol dm^-3 bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida 1.0 mol dm^-3. Apakah isi padu larutan natrium hidroksida yang diperlukan?
100 cm^3
Diketahui asid nitrik mempunyai nilai pH 3.0, apakah kemolarannya?
0.001
Antara sifat-sifat kimia asid sulfurik?
- Asid sulfurik bertindak balas dengan zink membentuk sink sulfat dan gas hidrogen.
- Asid sulfurik bertindak balas dengan natrium karbonat membentuk natrium sulfat, gas karbon dioksida dan air.
- Asid sulfurik bertindak balas dengan kuprum(II) oksida membentuk kuprum(II) sulfat dan air.
Beberapa titis asid nitrik ditambah ke dalam sebuah tabung uji yang berisi larutan kalium klorida. Apakah nilai pH yang paling sesuai untuk larutan campuran itu?
2.0
Asid fosforik ialah asid lemah yang
mengion separa di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen
50.0 cm^3 larutan natrium hidroksida, NaOH 0.4 mol dm^-3 yang diisi di dalam sebuah kelalang kon dititratkan dengan asid sulfurik, H2SO4 1.0 mol dm^-3. Tentukan isi padu akhir larutan di dalam kelalang kon itu.
60.0 cm^3
Diberi bahawa suatu sampel garam X merupakan garam terlarutkan ammonium klorida.
Anda dikehendaki mengesahkan kation dan anion yang hadir di dalam sampel garam itu. Apakah pasangan reagen yang diperlukan untuk mengesahkan kehadiran kation dan anion?
Kation: Reagen Nessler
Anion: Asid nitrik dan larutan argentum nitrat
14.9 g pepejal kalium klorida, KCl perlu dilarutkan ke dalam air suling untuk menghasilkan larutan kalium klorida, KCl 0.4 mol dm-3. Berapakah isi padu air suling yang diperlukan untuk melarutkan pepejal kalium klorida itu?
[Jisim molar KCl = 74.5 g mol-1]
500 cm^3
Apakah sifat bagi Alkali?
Nilai pH lebih daripada 7
Dua bahan bersifat Asid
Cuka
Limau
Asid lemah ialah Bahan kimia yang mengion separa di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen berkepekatan rendah
Betul
Apakah takrifan asid yang paling tepat?
Bahan yang mengion di dalam air menghasilkan ion hidrogen
Mengapakah asid etanoik glasial tidak boleh menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah?
asid etanoik glasial berbentuk molekul tiada ion hidrogen bergerak bebas.
Semasa penyediaan suatu garam terlarut, seorang murid memanaskan suatu larutan garam secara tidak sengaja sehingga menjadi kering.
Apakah akibat daripada tindakan itu?
Garam itu akan terurai