Kemulian Berdikari T4 Flashcards
1
Q
Nyatakan maksud berdikari
A
Berusaha sendiri dan tidak bergantung pada bantuan orang lain
2
Q
Jelaskan konsep berdikari
A
- Menggunakan potensi diri seperti kecergasan tubuh badan dan kecerdikan akal untuk perkara yang bermanfaat
- Mengelakkan diri dari bergantung kepada orang lain untuk memelihara maruah diri
3
Q
Jelaskan kelebihan berdikari
A
- dari aspek agama: menjadikan islam dipandang tinggi kerana umatnya yang rajin berusaha
- dari aspek ekonomi: mendapat sumber pendapatan yang diyakini halal
- dari aspek pendidikan: melahirkan modal insan yang berkepakaran tinggi melalui penerokaan ilmu dan kemahiran
- dari aspek kemasyarakatan: memperkasakan daya saing masyarakat untuk mempertingkatkan taraf hidup
4
Q
Terangkan pengajaran ayat
A
- kita hendaklah memandang mulia pada kerja yang halal walaupun hasilnya sedikit
- kita hendaklah menjauhi sifat meminta-minta untuk memelihara maruah diri