kaedah mengurus bahan sisa Flashcards
Kategori A (sisa tajam)
dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan kas bagi sisa tajam.Bekas ini tidak perlu disterilkan.
Kategori B (sisa tidak tajam)
Dibungkus dahulu di dalam beg plastik biobahaya tahan autoklaf,disterilkan di dalam autoklaf untuk nyahkontaminasi,dan kemudiannya dimasukkan ke dalam tong biobahaya.Beg plastik biobahaya tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah biasa.
Kategori C (bangkai haiwan)
Dibungkus dengan rapi menggunakan bahan penyerap,dibungkus dengan rapi di dalam beg plastik biobahaya dan disejukbeku.
Kategori D (cecair)
Semua sisa cecair biologi mesti dinyahkontaminasi secara autoklaf sebelum dilupus.Sisa cecair biologi yang telah disterilkan perlu dilupuskan dengan segera.