Jenis Bahan Kimia & Kaedah Penyimpanan Flashcards
Apakah kaedah untuk menyimpan bahan reaktif? Memberi contoh bahan reaktif juga.
Kaedah: simpan dalam minyak parafin utk mencegah tindak balas bahan kimia dengan;
- Kelembapan
- Air
- Udara
Contoh;
- Litium
- Natrium
- Kalium
Apakah kaedah untuk menyimpan bahan hidrokarbon & pelarut organik? Memberi contoh bahan-bahan tersebut juga.
Kaedah: Simpan di dalam tempat yg teduh, jauh daripada sumber cahaya
Contoh;
- Toluena
- Heksana
- Thinner
Apakah kaedah untuk menyimpan bahan kimia dengan nilai pH < 5 atau > 9? Memberi contoh bahan dalam skala pH tersebut juga.
Kaedah: bahan kimia yang menghakis disimpan dalam kabinet penyimpanan khas yang dikunci.
Contoh:
- Asid hidroklorik pekat (pH < 5)
- Larutan ammonia pekat (pH > 9)
Apakah kaedah untuk menyimpan bahan kimia yang mudah terurai? Memberi contoh bahan tersebut juga.
Kaedah: disimpan di dalam botol gelap bagi mengelakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari
Contoh:
- Asid nitrik pekat
- Larutan hidrogen peroksida
- Larutan argentum nitrat
- Cecair bromin & klorin
Apakah kaedah untuk menyimpan logam berat dan bahan toksik? Memberi contoh setiap bahan tersebut juga.
Kaedah:
- Simpan dalam bekas khas berlabel
- Dalam bilik berkunci bebas daripada sumber haba
Contoh;
- Merkuri
- Plumbum
- Arsenik