Istilah Kimia Ting. 4 Flashcards
Takat Lebur
Suhu malar apabila suatu bahan berubah daripada pepejal menjadi cecair pada tekanan tertentu
Takat Beku
Suhu malar apabila suatu bahan berubah daripada cecair menjadi pepejal pada tekanan tertentu
Nombor Proton
Bilangan proton dalam nukleus suatu atom
Nombor Nukleon
Jumlah bilangan proton dan neutron dalam nukleus suatu atom
Isotop
Atom-atom unsur yang sama mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza
Jisim Atom Relatif
Jisim purata satu atom unsur berbanding dengan 1/12 kali jisim satu atom karbon-12
Jisim Molekul Relatif
Jisim purata satu molekul berbanding dengan 1/12 kali jisim satu atom karbon-12
1 Mol
Kuantiti suatu bahan yang mengandungi 6.02 x 10^23 zarah bahan itu.
Jisim Molar
Jisim bagi 1 mol suatu bahan. Unit: g mol-1
Isi padu Molar
Isi padu yang ditempati oleh 1 mol gas. Unit: mol dm-3
Formula Empirik
Formula kimia yang menunjukkan nisbah paling ringkas bilangan atom setiap jenis unsur dalam suatu sebatian
Formula Molekul
Formula kimia yang menunjukkan bilangan atom sebenar setiap jenis unsur di dalam satu molekul suatu sebatian
Anion
Ion yang bercas negatif
Kation
Ion yang berzarah positif
Elektron valens
Elektron yang menempati petala paling luar suatu atom