faktor kedatangan kuasa barat Flashcards
Apakah faktor utama kedatangan kuasa Barat pada abad ke-16?
mendapatkan bahan seperti rempah-ratus, minyak wangi, emas, perak, batu permata, gading, dan hasil hutan.
Mengapa kuasa Barat memerlukan pusat pengumpulan barang?
tempat untuk mengumpul bahan mentah sebelum dihantar ke India dan China.
Mengapa kuasa Barat memerlukan pelabuhan persinggahan?
memudahkan kapal berlabuh, mengisi bekalan air, makanan, kemudahan membaiki kapal.
Apakah matlamat kuasa Barat dalam penyebaran agama Kristian?
kekuasaan, keagamaan, kemasyhuran.
Bagaimana Revolusi Perindustrian mempengaruhi kedatangan kuasa Barat?
Memerlukan pusat perdagangan dan tanah jajahan untuk bekalan bahan mentah.
Mengapa kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi menarik kuasa Barat?
tanaman eksport seperti getah, tebu, tembakau, dan padi serta hasil bumi seperti bijih timah dan besi.
Bagaimana perkembangan industri kereta mempengaruhi permintaan getah asli?
Getah diperlukan untuk menghasilkan tayar kereta.
Bagaimanakah industri mengetin mempengaruhi permintaan bijih timah?
Makanan, minuman, bumbung rumah, dan tong minyak
Apakah kelebihan kapal wap dalam perdagangan?
Kapal wap membawa muatan banyak, perjalanan lebih cepat, dan menjimatkan kos.
Bagaimanakah pembukaan Terusan Suez memudahkan perdagangan?
Mempercepatkan hubungan perdagangan antara Laut Mediterranean dan Laut Merah.
Bagaimana penciptaan telegraf membantu kuasa Barat?
Memudahkan ahli perniagaan Barat menghubungi ejen mereka di Alam Melayu dengan pantas.
Kuasa-kuasa Barat mana yang bersaing mendapatkan tanah jajahan?
Britain, Jerman, Perancis, Sepanyol, dan Amerika Syarikat.
Apa maksud slogan “Beban Orang Putih”?
Tanggungjawab kuasa Barat membawa tamadun ke negara yang dianggap mundur.
Apakah tujuan slogan “Tugas Menyebarkan Tamadun”?
Untuk mewajarkan tindakan penyebaran tamadun kuasa Barat ke seberang laut.
Mengapa Alam Melayu penting bagi kuasa Barat?
Kerana kaya dengan hasil seperti rempah-ratus dan bijih timah.