F5 - C1 - kedaulatan Flashcards
Berikan takrif kedaultan
- kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara
Takrifan “ kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan” dari bahasa apa?
Bahasa Arab
Apakah perkataan daulat dalam bahasa Arab?
daulah
Berikan takrif kedaulatan berdasarkan bahasa Yunani.
- supernuus // superanus
- bermaksud tertinggi atau agung
- merujuk kepada negara yang merdeka
Apakah maksud Sovereignty?
negara yang mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan
Apakah takrif kedaulatan berdasarkan Aristotle
- Kekuasaan tertinggi dalam pemerintahan negara
- Kerajaan yang terikat oleh undang-undang
Apakah takrif kedaulatan berdasarkan Ibnu Khaldun
- kekuasaan dan kekuatan negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya
- sesuatu bangsa akan rela berkorban demi mencapai cita-cita yang sama.
Berdasarkan Tunku Abdul Rahman, kedaulatan dibina berdasarkan prinsip ____ dan ____ yang sentiasa memperjuangkan _____ dan kesejahteraan rakyat
- keadilan
- kebebasan
- kebajikan
Siapakah yang memberikan takrifan kedaulatan berikut
- kedualatan ialah kuasa tertinggi rnegara
- kedaulatan mempunyai kuasa tidak terbatas untuk menggubal, mentakfir dan melaksanakan undang-undang
Jean Bodin
Berdasarkan Tun Dr. Mohamed Salleh Abas, kedaulatan menjadi ____
asas negara yang merdeka
Apakah 4 jenis kedaulatan?
- Kedaulatan Tradisional
- Moden
- Undang-undang
- Antarabangsa
Terangkan Kedaulatan tradisional
- kedaulatan negara berpaksikan kedaulatan raja-raja Melayu
- Raja menjadi pemerintah yang mempunyai kuasa tertinggi
- Kedudukan dan kedaulatan raja diperkukuh oleh kesetiaan rakyat
Sejak bilakah kedaulatan Moden dikaitkan dengan kewujudan negara bangsa?
- Revolusi Perancis
- Revolusi Keaggungan
Dalam kedaulatan moden, kedaulatan juga dikaitkan dengan hak ___ dan ______
- rakyat
- kerajaan perlembagaan
Terangkan kedaulatan undang-undang
- kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang
- menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat
- Badan kehakiman diwujudkan untuk memelihara & melaksanakan kedaulatan uu
- menjadi prinsip ke-4 rukun negara
Berdasarkan kedaulatan antarabangsa, keanggotaan dalam PBB boleh ___
- mengelakkan negara anggota daripada dicabuli negara luar
- mengikitiraf sesebuah negara sebagai negara yang bebas, merdeka dan berdaulat.
NEgara kita mengamalakan sistem pemerintahan yang bagaimana?
- Sistem Raja Berperlembagaan
- Demokrasi Berparlimen
Siapakah ketua kerajaan bagi negara kita?
Perdana Menteri
Apakah sempadan?
Garis pemisah yang memisahkan negara atau negeri
Mengapakah sempadan penting dimiliki oleh sesebuah negaraa yang berdaulat?
- memudahkan pemerintahan, pentadbiran, pertahanan dan pembangunan
Siapakah yang bertanggungjawab untuk menggubal undang-undang di negara kita?
Parlimen
Asas kepada sistem perundangan negara kita ialah ___
Perlembagaan Persekutuan
Bagaimanakah rakyat yang berbilang kaum di negara kita disatukan?
- rukun negara
- satu bahasa
- identiti nasional
- kebudayaan
Mengapakah kedaulatan penting kepada sesebuah negara?
- kesejahteraan sosial
- keberkesanan politik
- kemakmuran ekonomi
kecemerlangan hubungan luar negara
Bagaimanakah kedaulatan mewujudkan keberkesanan politik?
- memberikan kebebasan kepada negara untuk menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan kuasa asing.
Di negara kita, kerjasama antara pihak apa yang mewujudkan keberkesanan politik?
- Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
- Mengaggihkan kuasa
Terangkan kepentingan kedaulatan untuk kemakmuran ekonomi
- Kedaulatan penting untuk melaksanakan dasar pembangunan ekonomi
- pelbagai langkah dijalankan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat
- pembangunan dalam sektor perindustrian, pertanian dan perdagangan
Apakah langkah kerajaan untuk memupuk perasaan muhibah dan perpaduan dalam kalangan rakyat?
[ kepentingan kedaulatan demi kesejahteraan sosial]
- memperkenalkan sukan, rukun negara, bahasa kebangsaan dan kebudayaan
kecemerlangan hubungan luar negara dapat dicapai kerana kedaulatan memberikan ____ untuk ____
- hak
- menjalinkan hubungan dengan negara lain
Sesebuah negara yang berdaulat boleh menjalinkan hubungan yang apa dengan negara lain?
- hubungan diplomatik
- perjanjian
- kerjasama
- persahabatan
Apakah kepentingan sesebuah negara menjalinkan pelbagai hubungan dengan negara lain?
- meningkatkan imej negara
- menerima pelbagai faedah dan kelebihan
Nyatakan satu langkah oleh pemerintah dan satu langkah oleh rakyat untuk mengekalkan perpaduan kaum
- –pemerintah—
- menggubal dasar yang berkaitan dengan perpaduan kaum
- menggubal dasar yang berkaitan dengan budaya, bahasa dan pendidikan
- menjalankan kempen atau program
- –rakyat—
- menggunakan bahasa kebangsaan dan menghayati prinsip rukun negara
- melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
- memahami dan menghormati agama dan budaya lain
- bertoleransi dan saling menghormati antara rakyat Malaysia
Langkah pemerintah yang mengelakkan amalan rasuah serta memastikan agihan sumber kekayaan negara yang adil kepada semua rakyat dapat menjamin ____
kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi
Apakah langkah seseorang rakyat dalam mengukuhkan pertahanan negara?
- elakkan kolaborasi dengan pihak luar
- bersikap peka terhadap isu keselamatan negara
- menyertai pasukan keselamatan negara
- sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara
Apakah langkah pemerintah dalam memupuk patriotisme? Berikan 2 langkah.
- mengadakan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan
- Mewajibkan mata pelajaran sejarah
- Memberikan pengiktirafan kepada tokoh yang berjasa
- menganjurkan kempen atau filem untuk memupuk patriotisme melalui pelbagai media massa