F5: Bab 1 Flashcards
Takrifan Konsep Kedaulatan
Kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sebuah negara yang bebas serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran.
Takrif Kedaulatan (Bahasa Yunani)
Kedaulatan merujuk perkataan supernuss/superanus yang bermaksud agung/tertinggi. Perkataan ini merujuk negara yang bebas&merdeka.
Takrif kedaulatan (Bahasa Inggeris)
merujuk perkataan sovereignty yang bermaksud negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan
Takrif Kedaulatan (BM)
Merujuk perkataan daulat yang bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap sistem pemerintahan negara.
Takrif kedaulatan (Arab)
Merujuk perkataan daulah yang bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan.
Kedaulatan - Aristotle
Merujuk kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. Merujuk kerajaan yang terikat oleh undang ii
Kedaulatan - Ibn Khaldun
Merupakan kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berdasarkan semangat kekitaan bangsanya. kekuatan semangat kekitaan yang diiringi kekuatan semangat beragama menyebabkan sesuatu bangsa rela berkorban demi mencapai cita ii yg sama.
Takrif Kedaulatan - Jean Bodin
Kuasa tertinggi dalam sesebuah negara. - mempunyai sifat yang kekal dan kuasa tidak terbatas untuk membuat undang ii, mentafsir dan melaksanakannya.
Takrif Kedaulatan - TAR
dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Takrif Kedaulatan - Tun Dr. Mohamed Salleh Abas
Merupakan asas negara yang merdeka, memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa bersama dgn hak&kuasa untuk mengatur urusan negeri tnpa telunjuk asing.
Kepentingan Kedaulatan
Keberkesanan Pentadbiran
Kemakmuran Ekonomi
Kesejahteraan Sosial
Kecermelangan Hubungan Luar Negara