F4 B4 Unsur dalam Kumpulan 1 Flashcards
Unsur kumpulan manakah yang dikenali sebagai logam alkali?
Kumpulan 1
Nyatakan unsur dalam Kumpulan 1.
Litium Natrium Kalium Rubidium* Sesium* Fransium*
Nyatakan sifat fizik apabila menuruni Kumpulan 1.
- lembut dan boleh dipotong menggukan pisau
- takat lebur dan takat didih yang rendah
- ketumpatan rendah
Mengapakah saiz atom bertambah apabila menuruni Kumpulan 1?
- bilangan petala berisi elektron bertambah.
- oleh itu, jarak antara elektron valens yang berisi elektron dengan nukleus semakin jauh.
Mengapakah takat lebur dan takat didih berkurang apabila menuruni Kumpulan 1?
- apabila saiz atom semakin besar, ikatan logam semakin lemah.
- oleh itu, kurang tenaga haba yang diperlukan untuk mengatasi ikatan logam yang lemah semasa peleburan dan pendidihan.
Mengapakah ketumpatan unsur bertambah apabila menuruni Kumpulan 1?
-penambahan jisim atom relatif lebih daripada penambahan saiz atom apabila menuruni Kumpulan 1.
Apakah siri kereaktifan apabila menuruni Kumpulan 1?
Meningkat. Litium, Natrium, Kalium
Apakah yang akan berlaku apabila logam Kumpulan 1 bertindak balas dengan air sejuk?
Menghasilkan larutan beralkali dan membebaskan gas hidrogen.
Apakah pergerakan litium di atas permukaan air?
- perlahan dan rawak
- menghasilkan bunyi ‘hiss’ yang perlahan
Apakah pergerakan natrium di atas permukaan air?
- melebur menjadi sfera kecil
- bergerak pantas dan rawak dengan bunyi ‘hiss’
Apakah pergerakan kalium di atas permukaan air?
- membakar dengan nyalaan ungu
- bergerak dengan sangat pantas dan rawak
- menghasilkan bunyi ‘hiss’ dan meletup
Apakah yang akan berlaku jika logam alkali bertindak balas dengan oksigen?
menghasilkan pepejal putih, iaitu logam oksida
Apakah pemerhatian pembakaran litium dalam oksigen?
- nyalaan merah
- menghasilkan pepejal putih
- pepejal putih yang larut dalam air menghasilkan larutan tidak bewarna
Apakah pemerhatian pembakaran natrium dalam oksigen?
- cepat dengan nyalaan kuning terang
- menghasilkan pepejal putih
- pepejal putih yang larut dalam air menghasilkan larutan tidak bewarna
Apakah pemerhatian pembakaran kalium dalam oksigen?
- kuat dengan nyalaan ungu terang
- menghasilkan pepejal putih
- pepejal putih yang larut dalam air menghasilkan larutan tidak bewarna
Apakah yang akan berlaku jika logam alkali bertindak balas dengan halogen?
menghasilkan pepejal putih iaitu logam halida. (klorida, iodida, bromida)
Apakah pemerhatian litium apabila bertindak balas dengan halogen?
- membakar perlahan dengan nyalaan merah
- menghasilkan wasap putih yg menjadi pepejal putih di dalam balang gas
Apakah pemerhatian natrium apabila bertindak balas dengan halogen?
- membakar cepat dengan nyalaan kuning
- menghasilkan wasap putih yg menjadi pepejal putih di dalam balang gas
Apakah pemerhatian kalium apabila bertindak balas dengan halogen?
- membakar kuat dengan nyalaan ungu
- menghasilkan wasap putih yg menjadi pepejal putih di dalam balang gas
Mengapakah apabila menuruni Kumpulan 1, semakin mudah untuk menderma elektron valens?
- saiz atom bertambah apabila menuruni kumpulan
- elektron valens tunggal semakin jauh daripada nukleus
- daya tarikan antara nukleus dengan elektron semakin lemah