Chap 6 Flashcards
Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh
warisan Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Johor Riau juga mewarisi dan meneruskan tradisi :
- mewarisi sistem pemerintahan, pentadbiran , wilayah jajahan takluk dan nuangan Kesultanan Melayu melaka
- meneruskan tradisi kegemilangan dan keagungan kerajaan awal di alam melayu
Huraikan tentang pengasasan kerajaan
- kesultanan johor riau diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan Mahmud & Tun Fatimah
- gelaran baginda ialah SUltan Alauddin RIayat
- bendahara seri nara diraja dititahkan menghimpunkan rakyat utk membuka negeri di pesisir sungai johor
Huraikan tentang pusat pemerintahan Kota Kara, pekan tua
- Sultan Alauddin Riayat membina pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada 1528
- Kedudukan kota kara memudahkan kapal utk keluar masuk kerana ia berhampiran sungai yg lebar dan dalam
- Kawasan berbukit bukau di sekitarnya menjadi benteng pertahanan daripada ancaman luar
Huraikan tentang pusat pemerintahan kota sayong, Sayong Pinang
- kota kara diserang dan dismusnahkan oleh portugis pada 1535
- sultan alauddin riayat berundur dan membuka pusat pemerintahan di Kota sayong
- Lebih selamat keranan kapal perang musuh sukar melintasi sungai yg sempit
Huraikan tentang pusat pemerintahan Kota Batu, Johor Lama
- sultan aluddin riayat memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu
- juga dikenal sebagai Tanjung Batu
- kedudukannya yg strategik di sungai johor yg lebar dan dalam memudahkan kemasukan kapal dagang
Nyatakan pusat-pusat pemerintahan yg terdapat di kesultanan johor riau
- Kota Kara, Pekan Tua
- Kota Sayong, Sayong Pinang
- Kota Batu, Johor Lama
Kesultanan johor riau telah berkembang dan diperintah oleh sultan daripada 2 keturunan , iaitu:
- Waris berketurunan Kesultanan Melayu Melaka (1528-1699)
- Sultan berketurunan bendahara johor ( 1699-1824)
Sultan alauddin riayat telah:
- meletakkan asas yg kukuh utk pemerintah seterusnya
- mengembalikan kewibaan dan kedaulatan kerajaan kesultanan melayu
Apa kita boleh belajar daripada Sultan alauddin riayat
- semangat gigih
- Usaha tanpa jemu
- semangat cinta akan negara
Apa apa cabaran yg terdapat ke arah kegemilangan
- persaingan johor-acheh-portugis
- perang Johor-Jambi
- Konflik pembesar
- Ancaman Raja Kechil
Huraikan tentang persaingan Johor-Acheh-Protugis
- Tujuan peperangan ini ialah untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka
- perang ini dikenali sebagai perang tiga segi atau perang seratus tahun
- berakhir apabila Johor memberikan bantuan kepada belanda utk mengalahkan portugis dan menguasai melaka pada 1641
- acheh mengalami kemerosotan selepas kemangkatan sultan iskandar thani
Kenapa Acheh menyerang Johor/Portugis?
- acheh menyerang johor kearana perdagangan acheh tergugat
-acheh menyerang portugis di melaka kerana portugis hendak menguasai perdagangan acheh
Kenapa Johor menyerang Portugis
- Johor menyerang portugis keranan hendak merampas semula melaka daripada portugis
Kenapa Portugis menyerang Johor
- portugis menyerang johor keranan adanya pakatan johor dan acheh
Huraikan tentang perang johor-jambi
- johor menuntut wilayah tungkal daripada kerajaan Jambi
- Krisis dan peperangan berlaku dari 1659-1679
-johor menyerang jambi pada Jun 1679 - Jambi tewas dan tunduk di bawah kuasa kesultanan johor riau yg berpusat di riau
Huraikan tentang konflik pembesar
- berlaku antara bendahara tun habib abdul dgn Laksamana Tun Abdul Jamil utk menguasai pemerintahan Kerajaan johor riau
- berakhir dgn pengunduran laksamana tun abdul jamil ke terengganu
- keturunan bendara kembali berpengaruh dlm pemerintahan kerajaan johor riau
- Tun habib meninggal dunia dan dikenali dgn gelaran bendahara padang saujana
Huraikan tentang ancaman raja kechil
- dia menyerang johor kerana menuntut takhta kerajaan johor
- Raja Kechil mendakwa dirinya sebagai putera sultan mahmud, mengisytiharkan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat
- Raja Sulaiman meminta bantuan Opu Bugis Lima bersaudara utk mengusir raja kechil
- raja kechil dikalahkan pada 4 oktober 1722
-raja sulaiman ditabalkan sbgai sultan johor - daeng Merewah dilantik sebagai Yamtuan Muda Burgis yg pertama di johor
Huraikan tentang Opu Bugis
- gelaran utk kerabat diraja bugis luwu di sulawesi selatan
-antara opu bugis lima bersaudara ialah - daeng Parani, Menambun, Merewah, Chelak dan Kemasi.
(SKIP) Apa telah membawa kesultanan johor riau ke arah kegemilangan
- kewibawaan pemerintah dan kedaulatan johor
- kecekalan dan kebijaksanan para pemerintah menghadapi cabaran getir
(SKIP) Apa kita perlu belajar daripada pemerintah kesultanan johor riau
- semangat juang tinggi
- mampu menghadapi segala cabaran
- kewibaan dan kebijaksanaan
-mempunyai keyakinan diri dlm mempertahankan negara
Kesultanan johor riau juga dikenali sbgai
Kesultanan Johor Riau Lingga
(kerana Lingga pernah menjadi pusat pemerintahan semasa pemerintahan sultan abdullah, abdul jalil dan mahmud shah)
Apakah strategi kesultanan johor riau utk menghadapi cabaran
- pemindahan pusat pemerintahan
- membina kota pertahanan
-menjalinkan hubungan dgn belanda
Huraikan tentang strategi pemindahan pusat pemerintahan
- pusat pemerintahan sering berpindah disebabkan oleh :
*keperluan strategi kententeraan & pertahanan
*muslihat mempertahankan diri daripada ancaman portugis & acheh
huraikan tentang strategi membina kota pertahanan
-seiring berubah mengikut lokasi pusat pemerintahan
-mempunyai bentuk serta ciri yg tersendiri
eg: Kota Kara
- dibina semasa pengasasan sultan alauddin riayat
- terletak di kuala sungai telor
-pagar dibuat dgn pancang kayu besar
- diperkuatkan dgn bedil dan meriam
Huraikan tentang strategi menjalinkan hubungan dgn belanda
- mengekalkan kedaulatan kerajaan dgn mengadakan perjanjian persahabatan
- dilakukan sbgai strategi utk menghadapi ancaman daripada portugis di melaka dan acheh
- hubungan bermula pada 1602 apabila Belanda menawarkan bantuan kepada Sultan Alauddin Riayat utk melindungi Johor daripada serangan Portugis & Acheh
Bagaimana Johor membantu Belanda
-johor memberikan bantuan berikut pada perang Belanda-Portugis :
* membantu mengangkut peralatan perang
* membuat tapak meriam
* menggali parit kubu
* menyekat musuh lari ke dalam hutan
* menaikkan semangat tentera belanda
- membantu belanda mengepung dan menyerang portugis di melaka sejak 1640
Strategi -strategi ini dapat:
mengekalkan kedaulatan dan kestabilan kesultanan johor riau
Kesultanan ini mencapai kegemilangnya dalam
aspek perdagangan dan persuratan melayu
keistimewaan yg menyebabkan johor muncul sebagai pusat perdagangan yg unggul
- kedudukan strategik
-tumpuan para pedagang - pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai barang dagangan
-kesibukan pelabuhan johor riau
Huraikan tentang kedudukan strategik Johor Riau
-pelabuhan johor lama , batu sawar dan panchor mudah dimudiki oleh kapal besar kerana sungai johor yg lebar dan dalam
- lokasi pelabuhan di selatan selat melaka membolehkannya mengawal lau lintas kapal dagang dari timur dan barat
- pelabuhan riau yg terletak di persimpangan lalu lintas maritim yg strategik menjadi tumpuan para pedagang luar utk berurus niaga
Huraikan tentang tumpuan para pedagang
- disebab oleh kedudukan strategik dan kemudahan pelabuhan
- tumpuan pedagang dari china, gujerat, belanda dan Inggeris
- pedagang jawa menjadikan johor sbgai pelabuhan pilihan kerana tidak berminat berdagang dgn Portugis
- Pedagang Siam memasarkan hasil pertanian
- Menjadi tumpuan pedagang dari tanah jajahan dan naungan serta kerajaan lain di alam melayu
Huraikan tentang pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai barang dagangan
- Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai pusat pertukaran barangan keluaran alam melayu dgn barangan China, India Arab
- barangan dagangan oleh tanah jajahan dan naungan johor ialah lada hitam, bijih timah dan emas
- pelabuhan batu sawar juga menjadi pusat perdagangan utk barangan dibawa dari China
Huraikan tentang kesibukan pelabuhan Johor Riau
- terdapat 500-600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh
Faktor utama yg menjadikan Kesultanan Johor Riau sebagai pelabuhan entrepot
- kemudahan pelabuhan
- urusan jual beli
- sistem naungan
- peranan orang laut
- kemudahan membaiki dan membina kapal
Huraikan tentang kemudahan Pelabuhan
- menyediakan gudang bawah tanah utk menyimpan barangan bagi mengelakkan daripada kebakaran
- menyediakan pegawai terlatih utk mengendalikan urusan perdagangan
- membekalkan barang yg diperlukan oleh pedagang seperti lada hitam dan rempah ratus
huraikan tentang urusan jual beli
- perdagangan dijalankan secara tukar barang dan menggunakan mata wang
- Sultan alauddin riayat memperkenalkan mata wang emas yg dikenali sebagai mas, wang perak sebagai kupang dan wang timah sebagai katun
- pada akhir abad ke-18, mata wang asing digunakan
- Syahbandar merupakan pembesar yg bertanggungjawab mengurus sistem jual beli , mengurus kutipan cukai pelabuhan , menetapkan ukuran dan berat timbangan barangan
Huraikan tentang sistem naungan
- pedagang luar dan tempatan mendapat nuangan daripada Bendahara, temenggung, Laksamana dan Raja Indera Bongsu
- sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak yg memberikan naungan dalam bentuk cukai perdagangan berdasarkan sistem naungan
- melalui sistem ini pedagang mudah mendapat surat kebenaran dan dapat belayar tanpa gangguan di selat melaka
Huraikan tentang peranan orang laut
- ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan, penunda kapal dagang , penunjuk arah kepada pedagang dan pengawal di perairan Johor dan Selat Melaka
- juga terlibat mengawal keselamatan dgn menjadi tentera angkatan laut
Huraikan tentang kemudahan membaiki dan membina kapal
- pelabuhan di johor mempunyai kemudahan membaiki dan membina kapal bersaiz kecil
-orang laut mahir dalam pembinaan kapal
-kemahiran ini membantu memajukan kesultanan johor riau
Apa Karya Agung
-bermaksud karya yg tertulis dlm bahasa melayu yg mampu mencetuskan unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan , falsafah atau pandangan hidup bangsa melayu
- juga melambangkan pencapaian unggul dlm tamadun melayu yg mencerminkan pemikiran dan pandangan hidup bangsa melayu
Kesultanan Johor Riau ____ menghasilkan karya agung
banyak
Contoh Karya Agung
- sulalatus salatin
-hikayat hang tuah
Huraika tentang Sulalatus Salatin
- bermaksud salasilah raja-raja atau peraturan segala raja raja
-naskhah asal karya bernama Hikayat Melayu telah disusun dan ditulis oleh Tun Seri Lanang pada 1612 - menceritakan asal usul keturunan raja-raja melaka, adat istiadat kerajaan dan sejarah kesultanan Melayu Melaka
Huraikan tentang hikayat hang tuah
- sejarawan menyatakan bahawa naskhah ini dihasilkan oleh pengarang dari johor selepas kekalahan portugis di melaka pada 1641
- ialah sebuah epik kepahlawanan yg merentas sepanjang zaman kegemilangan kesultanan melayu melaka
- berkaitan dgn ketaatan atau kesetiaan hang tuah kpd raja dan kesultanan melayu melaka
Huraikan tentang Tokoh Persuratan (Tun Seri Lanang)
- nama sebenar ialah Tun Muhammad bin Tun Ahmad Paduka Raja
- dilahirkan di bukit seluyut , Kota tinggi
- menjadikan bendahara johor semasa pemerintahan sultan alauddin riayat
- menyusun dan menulis semula sulalatus salatin atas titah raja abdullah
- dilantik sebagai penasihat sultan iskandar muda
-menjadi raja Uleebalang di Samarlanga
Huraikan tentang karya lain
- Tajul Salatin atau mahkota raja-raja ditulis oleh Bukhari al-Jauhari
- antara karya persuratan yg tersohor dihasilkan pada zaman kesultanan johor riau
- Tuhfat al-Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis dan Burindam Dua Belas dikarang oleh Raja Ali Haji
- Hikayat anak panah sedasa dikarang oleh tun hisap misai
- syair ungku puteri dikarang oleh raja ahmad
Penghasilan karya persuratan membuktikan :
Kesultanan Johor Riau juga tidak ketandusan dgn karya agung dan tokoh persuratan yg berkaliber
Kenapa kita perlu menghargai karya-karya persuratan ini
kerana karya tersebut merupakan warisan bernilai yg menjadi rujukan hingga hari ini
Kegemilangan sebagai ___________________ dan ________________ menyebabkan kesultanan johor riau muncul sebagai kerajaan mashyur dan unggul di alam melayu
- pusat perdagangan
-pusat persuratan melayu
(SKIP) Apa nilai yg kami boleh belajar daripada kesultanan johor riau
- memahami kegigihan dan kesungguhan kepemimpinan kesultanan Johor Riau mempertahan kan kedaulatan kerajaan
- pengetahuan tentang kegemilangan kerajaan melayu mendidik kita supaya berbangga dgn sejarah , tradisi dna budaya bangsa
- semangat kekitaan yg ditunjukkan oleh masyarakat dahulu mengajar kita tentang kepentingan bersatu padu, bersefahaman dan bermuafakat dalam mempertahankan kedaulatan negara
Kesultanan johor riau berakhir dgn
perjanjian inggeris belanda 1824