C9F5 : Allah SWT Maha Mengawasi & Maha Menyaksikan Flashcards
Berikan pengertian Al-Raqib dari segi bahasa.
- Maha Mengawasi.
- Berdiri tegak untuk mengawasi, memerhati & menjaga sesuatu.
Apakah maksud Al-Raqib dari segi istilah ?
Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Mengawasi semua perbuatan & keadaan makhluk.
Apakah bukti Allah SWT bersifat Al-Raqib ?
- Allah SWT Maha Mengawasi manusia dalam aspek kepatuhan kepada perintahnya & larangan.
- Aspek hubungan sesama manusia.
Mengapakah kita harus beriman dengan sifat Al-Raqib ? ( KESAN )
- Kita akan sentiasa berwaspada dalam semua keadaan zahir & batin.
- Mendorong diri tekun beribadah kpd Allah SWT seakan-akan ia melihat kita.
- Kita lebih bermuhasabah diri kerana percaya diri ini sentiasa diawasi.
Apakah maksud Al-Syahid dari segi bahasa ?
- Kehadiran
- Pengetahuan
- Informasi
- Kesaksian
Nyatakan pengertian Al-Syahid dari segi istilah ?
Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Menyaksikan segala perbuatan & dengar segala ucapan makhluk serta tiada sesuatu yang tersembunyi daripadanya.
Berikan bukti bahawa Allah SWT bersifat Al-Syahid.
- Allah SWT yang maha menyaksikan & hitung segala amalan perbuatan manusia.
- Allah SWT menjadi saksi perutusan Rasulullah SAW ke atas umatnya.
- Allah SWT menjadi saksi pembohongan orang-orang munafik.
Mengapakah kita perlu beriman dengan sifat Al-Syahid ? ( KESAN )
- Lahir manusia yg sentiasa memerhati setiap perbuatannya agar tetap berada di atas landasan syariat Allah.
- Mendidik diri sentiasa bersikap berhati-hati & selalu bermuhasabah dalam setiap tindakan kerana takut dengan adanya pengawasan dari Allah