Bumi Flashcards
Atmosfera- Atmosfera ialah lapisan udara yang menyelubungi bumi.Lapisan ini mengandungi pelbagai jenis gas, debu, habuk, asap serta wap air.
apakah atmosfera?
Atmosfera ialah lapisan udara yang menyelubungi bumi.
Lapisan ini mengandungi pelbagai jenis gas, debu, habuk, asap serta wap air.
apakah hidrosfera?
Hidrosfera meliputi semua bahagian air yang wujud di bumi.
Bahagian tersebut merangkumi air laut, air tasik, air sungai, air bawah tanah, air paya dan litupan ais.
apakah biosfera?
Biosfera ialah kawasan yang didiami oleh semua benda hidup, iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan.
Kawasan tersebut melibatkan bahagian kerak bumi dan atmosfera.
apakah litosfera?
Litosfera ialah lapisan luar bumi yang merangkumi bahagian kerak bumi dan bahagian atas mantel.
Bahagian tersebut mengandungi pelbagai jenis batuan dan mineral.
Namakan tujuh benua yang terdapat di dunia.
Benua Afrika, Asia, Eropah, Amerika Selatan, Amerika Utara, Antartika, dan Australia
Namakan semua lautan,selat , dan laut di dunia.
Hindi,Artik,Antartik,Pasifik,Selatan, Bagi laut, Luat china selatan and laut sulu. Bagi selat ialah selat melaka dan tebrau.
Yang manakah besar (4)
Asia,Afrika,Amerika Utara,Amerika Selatan.
Terkecil,cetak and mendatar
Eropah,Antartika,Australia.
Kesan pembentukan dunia.
Hanyutan Benua,Gunung Lipat,Gunung bongkah ,Gempa bumi, Gunung berapi
Apakah itu Hanyutan Benua?
Pencapahan atau pemisahan plat menyebabkan berlakunya perubahan kedudukan benua.
Apakah itu Gunung Lipat
Pergerakan dan pertembungan plat bumi akan menyebabkan berlakunya pembentukan gunung lipat.Tolakan serta himpitan dua plat dari arah bertentangan akan menyebabkan kerak bumi termampat, seterusnya membentuk banjaran gunung lipat.
Apakah itu Gunung bongkah?
Gunung bongkah terbentuk akibat pergerakan kerak bumi yang disebut gelinciran atau sesaran.Proses gelinciran biasanya berlaku di sempadan plat bumi di daratan atau di lautan akibat pengaruh daya tegangan atau mampatan.
Apakah itu gempa bumi?
Gempa bumi berlaku apabila wujudnya daya tekanan akibat pertembungan dan himpitan antara plat.Proses tersebut akan menghasilkan gegaran di kawasan sempadan plat.Kejadian gempa bumi di dasar laut berpotensi mengakibatkan tsunami.
Apakah itu Gunung berapi?
Gunung berapi terbentuk apabila berlakunya pertembungan dua plat yang mewujudkan zon benam.Salah satu plat akan terjunam ke bawah seterusnya bertemu dengan lapisan mantel.
Proses tersebut akan membentuk magma dan lava.Plat yang terangkat akibat pertembungan akan membentuk gunung dan rekahan.Cecair magma akan keluar memenuhi rekahan pada plat bumi seterusnya membentuk gunung berapi.