Bidang Fiqah: Wasiat (form 5) Flashcards
Maksud wasiat pada bahasa
Berpesan
Maksud wasiat pada istilah
Ikrar yang dibuat oleh seseorang semasa hidup untuk mengagihkan harta selepas kematiannya menurut hukum syarak
Hukum wasiat
Sunat
Nyatakan 2/3 cara pengurusan wasiat menurut Islam
1) Harta yang diwasiat hendaklah dikira sebaik sahaja kematian pewasiat
2) Harta yang diwasiatkan tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta
3) Dilaksanakan wasiat setelah dilangsaikan segala kos pengurusan jenazah dan hutang si mati
Nyatakan 4/4 rukun wasiat
1) Pewasiat
2) Penerima wasiat
3) Harta
4) Sighah
Nyatakan 2/4 syarat sah pewasiat
1) Berakal
2) Baligh
3) Merdeka
4) Sukarela
Nyatakan 2/3 syarat sah penerima wasiat
1) Masih hidup
2) diketahui dengan jelas sama ada individu/organisasi
3) berkelayakan untuk memiliki dan mengurus harta
Nyatakan 2/3 syarat harta yang diwasiatkan
1) Bernilai
2) Boleh dipindah milik
3) Harus dan bukan sesuatu yang haram