bab 6 Flashcards
asid
bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen, H+
bes
bahan yg bertindak balas dengan asid untuk menghasilkan garam dan air sahaja
alkali
bahan kimia yg mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida, OH-
pH
suatu pengukuran logaritma ke atas kepekatan ion hidrogen yg terkandung di dalam suatu larutan akues
asid kuat
asid yg mengion lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yg tinggi
alkali kuat
alkali yg mengion lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidroksida, OH- yg tinggi
asid lemah
asid yg mengion separa lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yg rendah
alkali lemah
alkali yg mengion separa lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidroksida, OH- yg rendah
kepekatan
satu ukuran yg menunjukkan kuantiti zat terlarut dalam seunit isipadu larutan biasanya dalam 1 dm3 larutan
kemolaran
bilangan mol zat terlarut yg terdapat dalam 1 dm3 larutan
larutan piawai
larutan yg kepekatannya diketahui dengan tepat
peneutralan
tindak balas antara asid dengan alkali(bes) untuk menghasilkan garam dan air sahaja
kaedah pentitratan
satu kaedah analisis kuantitatif untuk memnentukan isipadu asid yg diperlukan secara tepat bagi meneutralkan isi padu tertentu suatu alkali, atau sebaliknya
garam
sebatian ion yg terbentuk apabila ion hidrogen, H+ daripada asid digantikan dengan ion logam atau ion ammonium, NH4+
garam terlarutkan
garam yg larut di dalam air pada suhu bilik