Bab 4 : Haba Flashcards
Muatan haba (objek)
Kuantiti haba yang diperlukan bagi menaikkan suhu objek itu sebanyak 1°C
Muatan haba tentu (bahan)
Kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu sebanyak 1°C bagi jisim 1kg bahan itu
Haba pendam tentu (bahan)
Kuantiti haba yang diserap atau dibebaskan semasa perubahan fasa bagi 1kg bahan tanpa perubahan duhu
Haba pendam tentu pelakuran (bahan)
Kuantiti haba yang diserap semasa peleburan / kuantiti haba yang dibebaskan semasa pembekuan bagi 1kg bahan tanpa perubahan suhu
Haba pendam tentu pengewapan
Kuantiti haba yang diserap semasa pendidihan / kuantiti haba yang dibebaskan semasa kondensasi bagi 1kg bahan tanpa perubahan suhu
Hukum boyle
Tekanan berkadar songsang dengan isi padu bagi suatu gas berjisim tetap pada suhu malar
Hukum charles
Isi padu berkadar terus dengan suhu mutlak bagi suatu gas berjisim tetap pada tekanan malar
Hukum gay-lussac
Takanan berkadar terus degan suhu mutlak bagi suatu gas berjisim tetap pada isi padu malar