BAB 3: KONFLIK DUNIA Flashcards
Punca perang dunia
Perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara Eropah yang membawa persaingan antara kuasa imperialis utk pertahankan kepentingan masing2
Faktor perang dunia 1
- Persaingan kuasa imperialis
- Pakatan ketenteraan
- Krisis di Rantau Balkan
Terangkan tntg persaingan kuasa imperialis
Perkembangan Revolusi Industri menyebabkan berlaku persaingan dlm kalangan negara Eropah. Mereka bersaing utk dapatkan tanah jajahan dan bahan mentah (arang batu, petroleum, bijih timah). Persaingan membawa permusuhan antara kuasa imperialis di Eropah iaitu Perancis & Jerman.
Terangkan tntg pakatan ketenteraan
Permusuhan antara kuasa Eropah telah mewujudkan dua pakatan, Pakatan Kuasa Tengah & Pakatan Bertiga. Menyebabkan politik di Eropah tak stabil. Mereka bukan saja bersaing utk dapatkan tanah jajahan malah membuat senjata moden & sedia berperang utk kepentingan masing2
Terangkan tntg krisis di Rantau Balkan
Melibatkan Austria-Hungary & Serbia. Austria-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serb supaya berjuang membebaskan diri drpd pemerintahan Austria-Hungary. Kemuncaknya, pembunuhan putera mahkota Austria-Hungary, Archduke Ferdinand &isterinya Sophie oleh pemuda Serbia.
Putera mahkota Austria-Hungary & isterinya
Archduke Ferdinand,Sophie
Kronologi perang dunia 1
- Austria-Hungary & Jerman isytihar perang terhadap Serbia
- Rusia beri bantuan ketenteraan kpd Serbia
- Jerman menyerang Rusia
- Jerman isytihar perang terhadap Perancis yang berpihak kpd Rusia. Jerman menceroboh Belgium utk serang Perancis
- Britain sertai Rusia & Perancis menyerang Jerman yang menceroboh Belgium
- Empayar Uthmaniyah menyertai peperangan dgn memihak kpd kuasa tengah
- Itali sertai Britain, Rusia & Perancis dlm Pakatan Bertiga
- A.S sertai peperangan dgn memihak kpd Pakatan Bertiga
Persidangan damai Paris
Membincangkan syarat perdamaian selepas perang.
Memastikan Jerman tidak lagi menjadi ancaman kpd Eropah.
Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson: penentuan nasib negara oleh rakyat & sempadan negara berasaskan bangsa
Perjanjian Versailles
Jerman-Pakatan Bertiga
Jerman dikehendaki:
1. bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang
2. membayar pampasan perang kpd Pakatan Bertiga
3. mengehadkan saiz angkatan tentera
4. menyerahkan wilayah & tanah jajahan
Liga Bangsa-bangsa terbentuk
Negara yang terlibat dalam perang dunia 2
- Eropah (Eropah dan utara Afrika)
2. Asia Pasifik (Tanah Besar Asia, Kepulauan Asia Tenggara & Lautan Pasifik)
Pakatan yang terlibat dalam perang dunia 2
Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutu
Pakatan yang terlibat dalam perang dunia 1
Kuasa Tengah & Pakatan Bertiga
Faktor tercetusnya perang dunia 2
- Kemunculan ideologi baharu
- Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles
- Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa
Terangkan tntg kemunculan ideologi baharu
Fasisme
- Dipimpin oleh Benito Mussolini dan parti fasi
- Memberi keutamaan kpd kepentingan negara berbanding individu
- Berperang utk tingkatkan imej negara
- Itali kuasai Habsyah & Albania
Nazisme
- Dipimpin oleh Adolf Hitler dan nazi
- Nazisme mengagungkan bangsa Jerman
- Hitler berusaha pulihkan nasionalisme Jerman dgn bina semula angkatan tentera
- Jerman menduduki Rhineland semula, iaitu wilayahnya yang hilang melalui Perjanjian Versailles
Terangkan tntg ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles
Jerman sebagai negara yang kalah dalam PD1 menganggap perjanjian ini tak adil. Kedaulatan negara mereka jatuh dan mereka mengalami kemelesetan ekonomi dan inflasi yang teruk.
Itali tak puas hati sebab mereka tak dapat tanah jajahan seperti yang diperoleh Perancis dan Poland.
Terangkan tntg kegagalan liga bangsa-bangsa
- Berperanan untuk memastikan keamanan dunia dan mewujudkan kerjasama antarabangsa
- Mereka gagal dalam usaha menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata & menangani krisis pencerobohan selepas PD1
Senaraikan negara yang terlibat dalam Kuasa Paksi & Kuasa Bersekutu
Kuasa Paksi
- Jerman
- Itali
- Jepun
Kuasa Bersekutu
- Amerika Syarikat
- Rusia
- Perancis
- Britain
Apakah permulaan perang dunia 2 di Eropah?
Jerman menyerang Poland. Kemudian Perancis dan Britain mengisytiharkan perang terhadap Jerman.
Terangkan tntg kronologi perang dunia 2.
- Jerman melancarkan serangan Blitzkrieg. Jerman berjaya menawan Poland, Denmark, Norway, Belanda, Belgium, Luxemborg & Perancis.
Akornim: PaDa November, BamBam Lukis Perancis - Jerman lancarkan serangan udara dan laut terhadap Britain. Jerman serang pelabuhan, kawasan perindustrian & pertahanan. Ekonomi Britain terjejas.
- Itali, sekutu Jerman isytihar perang terhadap Britain & Perancis. Itali serang perancis dari selatan manakala Jerman dari utara.
- Jerman melancarkan Operasi Barbarossa utk tawan Rusia. Hitler nak kuasai Rusia sebab Rusia merupakan empayar terbesar di Eropah. Menyasarkan bandar utama iaitu Leningrad, Moscow & Stalingrad.
Apakah Operasi Barbarossa?
- serangan secara besar-besaran
- lebih 3M tentera serang Rusia dgn dibantu oleh 3350 kereta kebal &2270 kapal terbang
- disertai oleh tentera Finland, Hungary & Romania
Siapakah Kuasa Besar yang bekerjasama dalam perang dunia 2?
- Presiden A.S: Franklin Roosevelt
- P.M Britain: Winston Churchill
- Presiden Rusia: Joseph Stalin (komunis)
Mengapa Jerman gagal menawan Rusia?
- Jerman kehilangan banyak nyawa menjelang dua musim sejuk di Rusia
- Jerman kehabisan peluru, minyak & makanan
- Jeneral Jerman, Friedrich Von Paulus ingkar arahan Hitler utk teruskan peperangan. Beliau menyerah kalah kpd tentera Rusia di Stalingrad
Terangkan tentang kejayaan operasi pendaratan tentera bersekutu.
Operasi D-Day
- Tentera Bersekutu berjaya mendarat di Normandy, Perancis
- Mereka meyakinkan tentera Jerman yang mereka akan mendarat di Calais
- Kejayaan tersebut membolehkan tentera bersekutu memasuki Jerman dari arah Barat.
- Rusia menyerang Jerman dari arah timur
- Kematian Hitler mengubah landskap perang
- Jerman menandatangani perjanjian menyerah kalah, sekaligus menamatkan perang yang berlaku selama 6 tahun di Eropah
Gelaran & Lokasi perang dunia 2 di Asia Pasifik
Gelaran: Perang Pasifik
Lokasi: Lautan Pasifik, Tanah Besar Asia & Kepulauan Asia Tenggara