BAB 2 : PROSES PEMBELAJARAN Flashcards
SUBTOPIK : KESEDIAAN BELAJAR
Kesediaan keadaan dalaman seseorang individu untuk memperoleh pengalaman pembelajaran yang baharu.
JENIS-JENIS KESEDIAAN BELAJAR
(a) Kesediaan Kognitif yang merujuk kepada kesediaan mental seseorang individu untuk berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis, dan menilai sesuatu pembelajaran.
(b) Kesediaan Afektif yang merujuk kepada minat, keinginan, perasaan dan sebagainya untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Kesediaan Afektif turut dikaitkan dengan MOTIVASI INTRINSIK.
(c) Kesediaan Psikomotor merujuk kepada keupayaan fizikal seseorang individu untuk melakukan sebarang aktiviti pergerakan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR
(a) Kematangan
- Kematangan Fizikal
- Kematangan Mental
- Kematangan Sosial dan Emosi
(b) Kemahiran asas dan pengalaman sedia ada
(c) Motivasi dalaman
(d) Perhatian
IMPLIKASI KESEDIAAN BELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(a) Guru dapat menyelesaikan masalah perbezaan :
- Perbezaan individu
- Perbezaan jantina
- Perbezaan keyakinan diiri
- Perbezaan perkembangan mental
- Perbezaan perkembangan fizikal
(b) Guru dapat memenuhi perbezaan kesediaan belajar murid yang berlainan :
- Strategi pembelajaran
- Isi kandungan pembelajaran
- Pemeringkatan isi pelajaran
- Menggunakan pelbagai alat bantu mengajar
SUBTOPIK : PERSEPSI DAN PENANGGAPAN
PERSEPSI : Pandangan, gambaran atau anggapan yang melibatkan pancaindera untuk mentafsir sesuatu perkara.
PENANGGAPAN : Pencerapan atau tanggapan mental sesuatu objek, konsep atau ciri-ciri melalui deria, kesedaran dan kefahaman.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI
(i) Faktor Internal (Faktor dalaman individu)
- Fisiologi
- Perhatian
- Minat
- Kehendak yang sama
- Suasana hati
- Pengalamn dan ingatan
(ii) Faktor Eksternal (Faktor luaran)
- Ukuran dan penempatan daripada perkara atau stimulus
- Warna sesuatu benda
- Keunikan dan kontras stimulus
- Kemampuan dan kekuatan daripada stimulus
- Motion atau pergerakan
FAKTOR-FAKTOR PENANGGAPAN
(i) Pengalaman
(ii) Imaginas
(iii) Penguasaan bahasa
(iv) Kecerdasan mental
CARA-CARA MENINGKATKAN PENGAMATAN DAN PENANGGAPAN (saling berkait rapat untuk meningkatkan tahap kognitif murid-murid)
(i) Guru memulakan pengajaran yang konkrit kepada abstrak
(ii) Menerangkan sesuatu konsep dengan jelas dan tidak mengelirukan murid-murid
(iii) Guru menerangkan sesuatu maklumat dengan tepat
(iv) Guru menjelaskan sesuatu perkataan dengan tepat
(v) Guru mempelbagaikan kaedah mengajar
SUBTOPIK : INGATAN DAN LUPAAN
INGATAN : Kebolehan seseorang individu dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan di dalam otak.
LUPAAN : Kesukaran seseorang individu untuk mengingatkan atau mengeluarkan kembali sesuatu pengalaman yang telah dialami.
JENIS-JENIS LUPAAN
(i) Keusangan atau hilang kesan ingatan
(ii) Lupaan gangguan
(iii) Lupaan terdesak
FAKTOR-FAKTOR LUPAAN
(i) Tidak minat
(ii) Perasaan takut dan bimbang
(iii) Peredaran masa
(iv) Keusangan persekitaran
(v) Pengalaman yang pahit
(vi) Masa yang tidak cukup untuk mengingat
(vii) Aras keyakinan
(viii) Kekurangan kejeleketan kepada ingatan
(ix) Gangguan proaktif dan gangguan retroaktif
(x) Terlalu banyak maklumat yang perlu diingati
CARA-CARA MENINGKATKAN INGATAN
(i) Belajar berlebihan
(ii) Pemahaman
(iii) Mengaitkan bahan baharu dengan bahan sedia ada
(iv) Bahan pembelajaran bermakna
(v) Iklim pembelajaran yang kondusif
(vi) Mengajar secara menarik untuk menangkap perhatian murid
SUBTOPIK : PEMINDAHAN PEMBELAJARAN
Kecekapan dan kebolehan seseorang individu menggunakan pengalaman, pengetahuan atau kemahiran sedia ada dalam ingatan untuk diaplikasikan kepada prses pembelajraan atau situasi baharu yang berkaitan.
JENIS-JENIS PEMINDAHAN PEMBELAJARAN
(i) Pemindahan Negatif
(ii) Pemindahan Positif
(iii) Pemindahan Mendatar
(iv) Pemindahan Menegak
(v) Pemindahan Bilateral
(vi) Pemindahan Pengantara
(vii) Pemindahan set pembelajaran
PUNCA-PUNCA PEMINDAHAN NEGATIF
(i) Gangguan proaktif
(ii) Gangguan retroaktif
(iii) Gangguan tabiat