BAB 2 F4 Flashcards
Apakah maksud nasionalisme?
- Perasaan cinta akan bangsa dan negara
- Semangat keebangsaan yang menjelaskan sikap dan poendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara.
- Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing
“Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan orang hanya kepada negara atau bangsanya.”
Siapakah tokoh yang mempunyai pandangan itu? (KATA KUNCI: kesetiaan kepada negara atau bangsa)
Hans Kohn
“Kebangkitan nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua. Hal ini disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu serta faktor ekonomi. Nasionalisme juga timbul akibat kebimbangan masyarakat terhadap sekularisme dan imperialisme Barat yang melanda Tanah Melayu.”
Siapakah tokoh yang mempunyai pandangan ini? (kata kunci: sekularisme dan imperialisme)
Professor William R. Roff
“Kita hendak menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu.”
Siapakah tokoh yang memberikan pendapat ini? (kata kunci: berdiri di atas tapak kaki kita)
Dato’ Onn Jaafar
“Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan dan perpaduan yang kuat, iaitu National Fronts. Segala tenaga yang menentang penjajahan hendaklah digunakan untuk mencapai kemerdekaan dengan tetap berpegang pada tataertib dan adab sopan bangsa Melayu dan agama Islam untuk menebus, merebut dan merampas kembali hak mutlah bangsa kita yang telah ditenggelamkan itu.”
Siapakah tokoh yang mengemukakan pandangan itu? (kata kunci: National Fronts)
Dr. Burhanuddin al-Helmi
“Nasionalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya sendiri dan memindahkan kedaulatan kepada rakyat. Nasionalisme juga menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara bangsa itu.”
Siapakah tokoh yang mengemukakan pandangan itu? (katakunci: mengiktiraf hak setiap bangsa)
Dr. R Suntharalingan
“Nasionalisme Melayu bukanlah gejala baharu hasil penggabungan Tanah Melayu oleh British, tetapi nasionalisme Melayu telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kesetiaan kerpada raja merupakan ciri nasionalisme Melayu ketika itu dan orang melayu berpegang pada faham kebangsaan yang bersifat ke ‘Tanah Melayuan’.”
Siapakah tokoh yang mengemukakan pandangan itu? (katakunci: Tanah Melayuan)
Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid
“Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri.”
Siapakah tokoh yang mengemukakan pandangan tersebut? (kata kunci: kedudukan unggul)
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Mengapakah nasionalisme di Barat berkembang?
- Sebagai penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat
Berikan contoh nasionalisme antiraja
- Revolusi Amerika
- Revolusi Keagungan
- Revolusi Perancis
Bilakah Revolusi Keagungan terjadi?
1688
Mengapak terjadinya Revolusi Keagungan?
- Keinginan rakyat menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat
Bagaimanakah revolusi ini tercetus?
- Raja James II membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang.
- Ahli parlimen bangkit menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak
Siapakah menyokong ahli parlimen dalam menentang Raja James II?
- Mary II
- Raja Willian of Orange
Apakah yang terjadi kepada Raja James II selepas Revolusi Keagungan?
- Raja James II melarikan diri ke Paris setelah menyedari sokongannya berkurang.
Mengapakah revolusi itu dinamakan Revolusi Keagungan (Glorious Revolution)?
Peralihan kuasa yang berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah.
Apakah yang berlaku semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange?
- Konsep kadaulatan parlimen dan sistem raja berperlembagaan dimantapkan
- Bill of Rights digubal untukl memberikan keutamaan kepada parlimen menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai
Bilakah berlakunya Revolusi Amerika?
1776
Mengapakah berlakunya Revolusi Amerika?
- Orang Amerika menentang penjajahan British yang tidak melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan sebahagian daripada empayar British
Apakah yang ditentang rakyat Amerika?
- Mereka menentang akta yang diperkenalkan untuk memungut cukai di tanah jajahan
Berikan contoh akta cukai yang ditentang rakyat Amerika
- Akta Pelayaran
- Akta Gula
- Akta Setem
- Akta Teh
Apakah slogan yang dilaungkan oleh rakyat Amerika semasa Revolusi Amerika? Dan mengapa?
“Tiada cukai tanpa perwakilan”
- kerana tiada wakil Amerika dalam Parlimen British
Siapakah yang menubuhkan kongres dan mengisytiharkan perang terhadap British semasa Revolusi Amerika?
George Washington
Siapakah yang menulis Peristiharan Kemerdekaan Amerika?
Thomas Jefferson pada Julai 1776
Apakah kandungan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika?
- Sekiranya sesebuah kerajaan tidak dapat menjamin hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan, maka menjadi hak penduduk untuk membentuk kerajaan baharu
Bilakah Revolusi Amerika berakhir?
1783 apabila British mengakui kemerdekaan Amerika
Apakah nama baharu negara Amerika selepas Revolusi Amerika?
Amerika Syarikat
Bilakah berlakunya Revolusi Perancis?
1789
Bagaimanakah tercetusnya Revolusi Perancis?
- daripada idea nasionalisme yang memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan daripada golongan pemikir Perancis seperti Jean Jacques Rousseau dan Voltaire
Apakah isi kandungan The Scoial Contract yang dikemukakan oleh Rousseau?
- Keunggulan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat
- Suara rakyat digelar “hasrat umum” yang merupakan kata sepakat golongan yang mempunyai kesedaran
- Kedaulatan suara rakyat lebih tinggi dan penting daripada institusi raja dan birokrasi
Apakah sasaran golongan Revolusi Perancis dan mengapa?
- Pemerintahan autokratik Raja Louis XVI (1774-1792) dan golongan bangsawan
- Mereka memonopoli pelbagai keistimewaan dan rakyat terbeban dengan pelbagai cukai
Bagaimanakah Revolusi Perancis berakhir?
- Golongan revolusi menggempur penjara Bastile, membebaskan tahanan politik dan menggulingkan Raja Louis XVI
Apakah hasil daripada Revolusi Perancis?
- Membawa kepada kemunculan Republik Perancis yang mengakhiri sistem pemerintahan beraja di Perancis
Bagaimanakah kebangkitan nasionalisme di India berlaku?
- Reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialisme British
- Kebangkitan rakyat tempatan dalam Dahagi India 1857 merupakan permulaan perkembangan nasionalisme di India
Apakah isu utama bagi corak awal nasionalisme di India?
Isu sosioagama
Apakah pertubuhan penting yang menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan?
- Brahmo Samaj
- Arya Samaj
Kongres apakah yang ditubuhkan oleh golongan intelektual masyarakat India pada awal abad ke -19?
- Kongres Kebangsaan India/Indian National Congress (INC) pada tahun 1885
- Liga Muslim pada tahun 1906
Siapakah nasionalis radikal yang mengetuai gerakan nasionalisme bersifat keras di India pada awal abad ke-20?
- Bal Gangdhar Tilak
- Bipin Chandra Pal
Apakah pegangan utama yang dipegang oleh Mahatma Ghandi untuk menggerakkan nasionalisme di India?
Sathyagraha
Apakah maksud satyaghara?
- berpegang teguh kepada kebenaran
- perjuangan tanpa keganasan
Selepas WWII, bagaimanakah INC dan Liga Muslim membahagi India?
- Membahagi kepada India dan Pakistan
Bilakah Pakistan merdeka?
14 Ogos 1947
Siapakah Gabenor Jeneral Pakistan?
Muhammad Ali Jinnah
Bilakah India disytiharkan merderka?
15 Ogos 1947
Siapakah Perdana Menteri pertama India?
Jawarharlal Nehru
Apakah tujuan nasionalisme di China?
- untuk mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang Cina daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing
Bagaimanakah mulanya nasionalisme di China?
- denhsn penentanga terhadap kelemahan Dinasti Manchu yang dianggap sebagai oranf luar dan kehilanfan mandat
Mengapakah masyarakat China hilang kepercayaan terhadap Dinasti Manchu
- Dinasti Manchu gagal menghalang kermasukan pengaruh Barat
Apakah corak gerakan nasionalisme di China?
- bercorak anti-Barat kerana menentang campur tangan kuasa Barat di China
Siapakah tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China?
Dr. Sun Yat Sen
Apakah ideologi yang dikemukakan oleh Dr. Sun Yat Sen?
- Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i)
- iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial
Prinsip apakah yang menjadi asaas gerakan Revolusi China pada 1911?
- Prinsip San Min Chu-i
- Berjaya menumbangkan pemerintahan Dinasti Manchu dan membangkitkan republik di China
Bagaimanakah lahirnya nasionalisme di empayar Uthmaniyah dan Mesir?
- daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam yang diancam imperialisme Barat
Apakah yang dimaksudkan dengan gerakan Pan-Islamisme?
- penyatuan persaudaraan umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit menghalang oeluasan kuasa Barat
Siapakah yang menubuhkan kumpulan al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat)?
Sayyid Jamal al-Din pada tahun 1883
Kumpulan apakah yang ditubuh oleh Sayyid Jamal al-DIn?
al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat)
Apakah tujuan kumpulan al-Urwah al-Wuthqa?
- untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan
Apakah fatwa yang dikeluarkan oleh empayar Uthmaniah pada 1914?
- Fatwa yang menyeru umat Islam yang ditindas penjajah Barat bangkit berjuang bersama-sama dengan empayar Uthmaniyah
Siapakah pemerintah empayar Uthmaniyah yang menggerakkan idea Pan-Islamisme?
Khalifah Abdul Hamid II
Bagaimanakah nasionalisme di Jepun digerakkan?
Melalui pemerintah Jepun ileh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat
Siapakah pemerintah Jepun semasa kebangkitan nasionalisme?
Maharaja Mikado Meiji
Apakah gerakan prmulihan Jepun yang dilancarkan Maharaja Mikado Meiji?
- pemodenan Jepun mengikut model Barat agar Jepun dihormati oleh kuasa Barat
Apakah asas nasionalisme semasa era Pemulihan Meiji?
- Prinsip dan semangat bushido
Apakah maksud semangat bushido?
- Sikap yang sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia bekorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara
Mengapakah nasionalisme di Filipina muncul?
- Untuk menghapuskan penjajahan asing
Siapakah tokoh nasionalis Filipina?
- Jose Rizal
- Andres Bonifacii
- Emilio Aguinaldo
Apakah pakatan yang ditubuhkan oleh Jose Rizal pada tahun 1892?
- Liga Filipina
Apakah tujuan nasionalis Filipina pada tahap awal?
- Menjadikan Gilipuna sebahagian daripada wilayah Sepanyol yang mempunyai hak sama seperti bangsa Sepanyol
Apakah persatuan yang ditubuhkan oleh Bonifacio?
Katipunan
Apakah tujuan Katipunan?
- Untuk memperoleh kemerdekaan Filipina melalui revolusi
Bagaimanakah Katipunan menybarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina?
- Dengan menggunakan akhbar Kalayan
Bagaimanakah Sepanyol diusir daripada Filipina?
- Aguinaldo brkerjasama dengan Amerika Syarikat
- Walaubagaimanapun, Filipina tidak diiktiraf sebagai negara merdeka.
- Amerika Syarikat pula menjajah Filipina
Bagaimanakah nasionalis di Filipina mengubah strategi prrjuangan di bawah penjajahan Amerika Syarikat?
- Mereka menggunakan saluran diplomasi melalui parti politik sederhana.
- Ini membenarkan Sergio Osmena dilantik bagi menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina
- Gerakan menuntut kemerdekaan diteruskan hingga WWII
Mengapakah nasionalisme di Burma membangkit?
- golongan kelas menengah, sami Buddha (pongyi), Thakin (siswazah universiti) dan petani erjuang menentang imperialisme Barat
Apakah persatuan yang ditubuhkan bagi mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma?
Persatuan Belia Buddha
Apakah itu isu kasut?
- Pemakaian kasut di dalam kuil Buddha yang mencetuskan bantahan dari sami Buddha
Selepas diambil pemimpin U Ba Pe, apakah nama baharu Persatuan Belia Buddha?
Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma
Apakah isi Perlembagaan Burma 1935?
- Pemisahan Burma dengan India
Apakah persatuan yang ditubuhkan oleh golongan Thakin?
Parti Fo Bama Asiayone (Kami Orang Burma)
Siapakah Perdana Menteri Burma yang pertama?
Dr. Ba Maw
Mengapakah nasionalisme di Vietnam muncul?
- Perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi selepas kedatangan Perancis
Siapakah yang mempelopori gerakan nasionalisme di Vietnam?
- Golongan bangsawan
- Pegawai daripada golongan Mandarin
Apakah yang diperjuangkan golongan bangsawan dan pegawai di Vietnam?
- pemulihan sistem pemerintahan beraja
Apakah akhbar yang menyumbang kepada kebangkitan nasionalisme di Vietnam? Apakah inti pati akhbar tersebut?
- Tribune Indige
- Cloche Felee
Mengkritis penindasan Perancis dan kenuntut hak rakyat Vietnam
Apakah ideologi gerakan nasionalisme di Vietname selepas WWI?
- Nasionalisme
- Komunisme
Namakan parti utama aliran nasionalisme di Vietnam
- Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD)
- Parti Nasionalis Vietnam (dipimpin Nguyrn Thai Hoc)
Namakan parti utama komunis di Vietnam
Parti Komunis Vietnam (dipimpin Ho Chi Minh)
Apakah pelancaran perjuangan VNQDD?
- Pemberontakan untuk mengusir Perancis dan menubuhkan kerajaab republik Vietnam
Apakah hukuman yang dikenakan pemimpin VNQDD setelah ditangkap Perancis?
- hukuman bunuh
Bagaimanakah Vietnam diisytiharkan merdeka?
- Ho Chi Minh meneruskan gerakan revolusi menentang Perancis
- September 1945, Vietnam diisytiharkan merdeka sebagai Republik Demokratik Vietnam di Hanoi, Vietnam Utara
- Ho Chi Minh dilantik sebagai persiden pertama
- Vietnam Selatan masuh berada di bawah pengaruh Perancis dan Barat
- Gerakkan menentang penjajahan Barat diteruskan
- Republik Vietnam terbentuk pada tahun 1976