Bab 10 : Teknologi Hijau Alam Flashcards
Apakah teknologi hijau?
pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi.
Apakah yang aplikasi teknologi hijau selaras dengan?
konsep pembangunan lestari
Apakah tujuan membangun bangunan secara teknologi hijau?
agar tidak menjejaskan keperluan generasi masa depan
Apakah peranan kita untuk memelihara dan memulihara alam sekitar?
Kita bertanggungjawab memastikan generasi akan datang dapat menikmati kualiti hidup seperti yang kita nikmati sekarang atau lebih baik
Apakah kebaikan/kepentingan teknologi hijau?
- meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan
- melindungi ekosistem semula jadi
- mengurangkan impak negatif daripada aktiviti manusia
- menjadi alternatif untuk menggalakkan perkembangan ekonomi
Nyatakan ciri-ciri produk teknologi hijau. (9)
- boleh dikitar semula/melalui amalan 5R
- melalui proses inovasi teknologi bagi menjaga keharmonian manusia dan persekitaran
- reka bentuk harus berdasarkan pengalaman lepas untuk membantu manusia
- meminimumkan kemerosotan alam sekitar
- kadar pembebasan gas rumah hijau adalah rendah atau sifar
- menggalakkan pengunaan sumber bahan yang boleh diperbaharui
- piawaian kualiti produk adalah ukuran penting dari segi penerimaan masyarakat
- mudah digunakan
- selamat digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baik
Nyatakan 4 teras (core) utama dalam teknologi hijau.
- tenaga
- alam sekitar
- ekonomi
- sosial
Nyatakan cara mengamalkan teknologi hijau dengan tenaga. (2)
- mengurangkan pengunaan tenaga bahan api fosil
- mempromosikan kecekapan guna tenaga
Nyatakan contoh mengurangkan kegunaan tenaga yang tidak dapat diperbaharui.
- kereta hibrid
- kenderaan elektrik
- biodiesel
- kenderaan gas asli
Nyatakan kebaikan yang diperoleh oleh alam sekitar dengan menggunakan teknologi hijau
kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan
Nyatakan contoh menjaga alam sekitar dengan menggunakan teknologi hijau.
produk biodegradasi
baja kompos
Nyatakan kebaikan yang diperoleh oleh ekonomi dengan menggunakan teknologi hijau.
-meningkatkan pembangunan ekonomi melalui penggunaan teknologi canggih
Nyatakan contoh meningkatkan pembangunan ekonomi negara dengan menggunakan teknologi hijau.
Industri fotovolta
Nyatakan kebaikan yang diperoleh oleh kriteria sosial dengan menggunakan teknologi hijau.
Kualiti hidup rakyat dipertingkatkan
menggunakan pengangkutan awam
Nyatakan contoh menggunakan teknologi hijau dalam kriteria sosial
- pengunaan bekas makanan mesra alam
- menggunakan pengangkutan awam
Apakah kepentingan teknologi hijau dalam kriteria sosial?
- meningkatkan kualiti hidup
- meningkatkan kemudahan infrastruktur tempatan
- meningkatkan keselesaan dan kesihatan masyarakat
- meningkatkan kualiti udara
- mengurangkan peningkatan suhu
- mengurangkan pencemaran bunyi
Apakah kepentingan teknologi hijau dalam kriteria ekonomi?
- mengurangkan kos operasi
- meningkatkan nilai aset dan keuntangan
- meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja
- meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah kita kasilkan industri fotovolta dapat menyumbang kepada pendapatan KDNK
Apakah kepentingan teknologi hijau dalam kriteria menjana tenaga?
- merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar dan ombak yang bersumberkan alam semula jadi
- mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui
- mempromosikan kecekapan guna tenaga negara, selamat dan mesra pengguna
Apakah kepentingan teknologi hijau dalam kriteria memelihara dan memulihara alam sekitar?
- melindungi sumber semula jadi
- meningkatkan kualiti udara dan air
- mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula
- meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup
- mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara
Apakah kepentingan mengamalkan amalan berkonsepkan teknologi hijau?
- mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar
- meningkatkan tahap kehidupan
- memelihara ekosistem
Bagaimanakah kami boleh menjimatkan tenaga?
- praktikkan penggunaan pencahayaan semula jadi
- tutup suis dan cabut plag peralatan elektrik yang tidak digunakan
- tetapkan suhu penyaman udara minimum pada 24℃
Bagaimanakah kami boleh mengurangkan kegunaan rokok?
- tetapkan kawasan larangan merokok
- rondaan dan kompaun dikeluarkan kepada perokok
- luaskan edaran poster dan papan tanda amaran larangan merokok
Bagaimanakah kami boleh memperoleh produk hijau?
- utamakan pengunaan bahan mesra alam
- amalkan pembelian bahan kimia biodegradasi untuk pembersihan dan penyelenggaran
- gunakan kertas kitar semula
- galakkan penggunaan kereta hibrid
Bagaimankah kami boleh mengurangkan hisap daripada pengangkutan?
- amalkan penggunaan pengangkutan
- gunakan perkhidmatan park and ride
- galakkan penggunaan basikal atau berjalan kaki
Bagaimanakah kami boleh amalkan amalan 5R
- Gunakan tong kitar semula yang betul
- galakkan pengedaran dokumen secara elektronik
- cetal atau membuat salinan di kedua-dua belah muka surat
Bagaimanakah kami boleh mengamalkan amalan berkonsepkan teknologi hijau dalam kriteria perkhidmatan makanan?
- gunakan pembungkus makanan yang mesra alam
- bawa bekas makanan sendiri
- mengisi makanan dan minuman
- elakkan penggunaan botol air plastik
Bagaimanakah kami boleh mengamalkan amalan berkonseplan teknologi hijau dalam kriteria landskap?
- menanam pokok di persekitaran rumah, sekolah dan bangunan
- pastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik