BAB 1: WARISAN NEGARA BANGSA Flashcards
Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu
- raja
- undang-undang
- wilayah pengaruh
- rakyat
Apakah peranan raja?
menjadi tonggak utama kerajaan.
Bagaimanakah kedudukan raja diperkukuh?
- sistem pentadbiran yang dibantu oleh para pembesar
- memperoleh ketaatan daripada rakyatnya
Siapakah raja yang dikaitkan dengan Dewa Siva?
Contohnya, Raja Champa dianggap sebagai pemerintah yang suci dan dikaitkan dengan Dewa Siva.
Di manakah undang-undang di kuat kuasa?
di seluruh wilayah pengaruh dan menjadi panduan
dalam pentadbiran kerajaan.
Apakah undang- undang yang digunakan oleh kerajaan Majapahit?
Undang-undang Kutara Manawa
Apakah maksud wilayah pengaruh?
kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja.
Apakah wilayah pengaruh Kerajaan Funan?
Kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas dari Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra.
Apakah maksud rakyat?
Penduduk di dalam sesebuah wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka.
Bagaimanakah rakyat membuktikan kesetiaan kepada Raja Srivijaya?
rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan dengan upacara persetiaan dan meminum air sumpah yang dituang ke atas inskripsi Telaga Batu.
Maksud Srivijaya dalam bahasa sanskrit
sri - bercahaya
vijaya - kemenangan
Bagaimankah Raja Srivijaya dikenang?
melalui jumlah ketulan emas yang ditinggalkan.
Apakah ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka
- kerajaan
- rakyat
- kedaulatan
- wilayah pengaruh
- undang-undang
- lambang kebesaran
Bagiamankah pemerintahan beraja diperkukuh pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
Sistem Pembesar Empat Lipatan yang menjadi tonggak pentadbiran.
Bagaimanakah Melaka menjadi sebuah empayar yang terkenal?
Mempunyai sistem pentadbiran kerajaan yang tersusun.
Apakah perubahan yang berlaku selepas kedatangan Islam ke Melaka?
pemerintah Kesultanan Melayu Melaka mula menggunakan gelaran sultan.
Apakah peranan rakyat dalam Kesultanan Melayu Melaka?
Rakyat menumpahkan taat setia kepada Sultan Melaka dan mematuhi undang-undang.
Rakyat Melaka terdiri daripada
- orang Melayu
- Orang Laut
Golongan diperintah terdiri - daripada rakyat yang merangkumi golongan :
- merdeka
- hamba
Bagaimanakah hubungan timbal balik diwujudkan di Melaka dan apakah kepentingannya?
- kesejahteraan rakyat Melaka dijamin oleh sultan, manakala rakyat mengakui kekuasaan sultan.
- untuk mewujudkan persefahaman dan ikatan antara golongan pemerintah dengan golongan diperintah.
Apakah maksud kedaulatan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka?
- Kedaulatan ialah lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan.
- Kedaulatan ini merupakan hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah
Apakah ciri kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka?
Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diakui oleh kerajaan lain dan bebas daripada campur tangan kuasa asing.
Apakah contoh kerajaan yang mengiktiraf kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka
Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar beberapa orang utusan antaranya termasuklah yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ho untuk mengeratkan hubungan antara China dengan Melaka
Di manakah wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka?
- keseluruhan semenanjung Tanah Melayu
- Pantai Timur Sumatera
Bagaimanakah wilayah pengaruh diperoleh?
- penaklukan
- perkahwinan
- naungan
Apakah wilayah yang diperoleh melalui penaklukan dalam Kesultanan Melayu Melaka?
- Pahang
- Kuala Linggi
- Kelantan
- Rokan
- Inderagiri
- Kampar
Apakah wilayah yang diperoleh melalui naungan dalam Kesultanan Melayu Melaka?
- Lingga
- Patani
- Kedah
Apakah wilayah yang diperoleh melalui perkahwinan dalam Kesultanan Melayu Melaka?
Kerajaan Majapahit menghadiahkan Siantan kepada Sultan Mansur Shah kerana mengahwini puteri Majapahit
Apakah maksud lambang kebesaran?
- Identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka.
- simbol kedaulatan sultan yang memerintah
Apakah contoh lambang kebesaran?
- adat istiadat
- penggunaan warna
- cap mohor
- nobat regalia
Apakah kegunaan cap mohor?
Untuk mengesahkan arahan daripada sultan
Bagaimanakah keunggulan Kesultanan Melayu Melaka terbukti?
melalui sistem pemerintahan dan undang-undang yang tersusun
Apakah nama kawasan pentadbiran Pembesar Berempat?
kawasan pegangan
Nyatakan Pembesar Berempat
- Bendahara
- Penghulu Bendahari
- Temenggung
- Laksamana
Selain pembesar berempat, nyatakan pembesar lain yang membantu pentadbiran dalam Kesultanan Melayu Melaka
- Syahbandar
- Bentara
- Orang Kaya
- Hulubalang
- Penghulu
Nyatakan 2 peringkat sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka
- pentadbiran pusat
- jajahan
Siapakah yang melaksanakan pentadbiran pada peringkat pusat?
Pembesar berempat
Apakah yang memastikan kejayaan Kesultanan Melayu Melaka?
Hubungan dan persefahaman dua hala antara sultan dengan pembesar
Mengapakah permuafakatan antara sultan dan pembesar penting?
Untuk mengelakkan tindakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah.
Nyatakan tugas bendahara
- Ketua pentadbir
- ketua turus angkatan tentera
- menasihati sultan dalam pelbagai hal
- pemangku sultan
pemangku bermaksud memegang jawatan untuk sementara waktu
Apakah sumber pendapatan Kesultanan Melayu Melaka?
- urusan perdagangan
- segala jenis cukai
- ufti daripada wilayah taklukan serta naungan
Nyatakan tugas penghulu bendahari
menguruskan perbendaharaan secara teratur
Nyatakan tugas syahbandar
mengutip cukai di pelabuhan manakala pembesar lain mengutip cukai di kawasan pegangan
Nyatakan kegunaan hasil perbendaharaan
digunakan untuk kepentingan kerajaan seperti :
- membeli senjata
- membina istana
Nyatakan tugas Temenggung
menjaga keselamatan Kota Melaka
Nyatakan tugas Laksamana
panglima angkatan laut Melaka
Nyatakan kawasan pembesar pada peringkat jajahan
- daerah
- kampung
siapakah yang melantik pembesar pada peringkat jajahan?
pembesar berempat
Nyatakan peranan pembesar pada peringkat jajahan
- menjaga dan mengekalkan keamanan kawasan pentadbiran
- mengutip cukai
Namakan bendahara yang paling lama berkhidmat dalam Kesultanan Melayu Melaka
Bendahara Tun Perak
Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka berasaskan apa?
- syariah
- hukum adat
Nyatakan undang-undang kesultanan Melayu Melaka
- Hukum Kanun Melaka
- Undang-undang Laut Melaka
Apakah kandungan dalam Hukum Kanun Melaka?
mengandungi 44 fasal yang terdiri daripada :
- jenayah
- bidang kuasa sultan dan pembesar
- kekeluargaan
- hal berkaitan dengan ekonomi
Nyatakan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman bunuh
- apabila seseorang didapati membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja atau pembesar
- sesiapa yang ingkar arahan atau memalsukan titah sultan
Mengapakah undang-undang keluarga diwujudkan?
Bertujuan untuk mewujudkan keharmonian dalam keluarga dan menyelesaikan masalah keluarga atau dalam perkahwinan.
Contoh; Fasal 26; Pernikahan memerlukan empat orang saksi, jika tidak cukup memadai dua orang sahaja. Wanita dan hamba abdi tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan.
Mengapakah undang-undang ekonomi diperkenalkan?
Untuk mengawal perdagangan di Melaka agar tidak berlaku sebarang kesalahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
contoh undang-undang ekonomi
- amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan
- orang yang menjalankan perniagaan hendaklah akil baligh, siuman dan perlu melafazkan niat jual beli
Nyatakan perkataan yang hanya boleh digunakan oleh raja yang dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka.
- titah
- murka
- kurnia
- anugerah
Siapakah yang mengusahakan Undang-undang Laut Melaka ?
- Nakhoda Jenal
- Nakhoda Diri
- Nakhoda Sahak
Siapakah yang memperkenan Undang-undang Laut Melaka
Sultan Mahmud Shah
Apakah yang terkandung dalam Undang-undang Laut Melaka?
- peranan nakhoda
- pelayaran
- jenayah
- percukaian
Nyatakan peranan nakhoda
- Nakhoda berkuasa penuh dan di ibaratkan sebagai raja dalam pelayaran.
- Semua pihak harus mematuhi arahan dan perintah nakhoda
Contoh undang-undang peranan nakhoda
- nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama empat hari
- sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tidak ada dalam senarai persinggahan, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam kapal untuk mendapatkan persetujuan.
Apakah pegawai lain selain nakhoda dalam pelayaran?
- jurumudi
- malim
- jurubatu
Contoh undang-undang pelayaran
- seorang malim harus arif tentang ilmu pelayaran. Malim perlu mengetahui keadaan ombak, arus dan kedudukan bintang dan bulan agar pelayaran berada dalam keadaan selamat.
- Jika malim lalai dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan pelanggaran dan kerosakan, dia akan dijatuhkan hukuman bunuh
Contoh undang-undang jenayah
seseorang yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal, maka orang itu akan dikenakan hukuman mati.
Nyatakan cukai dalam urusan pelayaran
- cukai perjalanan
- cukai hasil perniagaan
Contoh undang-undang percukaian
Nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang, iaitu satu persepuluh daripada hasil penumpang sekiranya penumpang ingin turun sebelum sampai janjinya sama ada tiga tahun, tiga bulan atau tiga hari.
Nyatakan konsep hubung kait pemerintah dan rakyat sejak zaman kesultanan Melayu Melaka
Waadat
apakah maksud waadat?
Ialah perjanjian yang dilakukan oleh Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat dengan Sang Sapurba yang mewakili golongan pemerintah
Nyatakan golongan pemerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
- sultan
- pembesar
- kerabat raja
- ulama
nyatakan peranan sultan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
- menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri baginda
- mewujudkan perpaduan rakyat
- bertanggungjawab terhadap kemakmuran serta kestabilan kerajaan
- memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat
nyatakan peranan pembesar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
- memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan
- menjadi perantara antara sultan dengan rakyat
- mengutip hasil melalui sistem serah dan membekalkan tenaga melalui sistem kerah
nyatakan peranan rakyat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
- menunjukkan taat setia kepada pemerintah
- mematuhi segala arahan pemerintah dan tidak akan menderhaka kerana takut ditimpa tulah
- menjadi tentera
menghadiri majlis umum seperti gotong-royong - menjadi pendayung atau pengayuh kapal perang
- menyumbang tenaga melalui sistem kerah seperti membina jalan atau istana
nyatakan golongan rakyat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
- peniaga
- petani
- tukang
- nelayan
nyatakan golongan hamba pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
- hamba raja
- hamba berhutang
- hamba biasa