Bab 1 Warisan Negara Bangsa Flashcards
Apakah kerajaan Alam Melayu yang menunjukkan ciri ciri negara bangsa berkembang dan diwarisi oleh Kerajaan Alam Melayu selepasnya?
Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Nagara, Srivijaya, Angkor dan Majapahit
Apakah ciri ciri negara bangsa kerajaan Alam melayu
Raja, Undang undang, Wilayah Pengaruh dan Rakyat
Huraikan ciri raja
Raja menjadi tonggak utama kerajaan
Kedudukan raja diperkukuh dengan sistem pentadbiran yang dibantu oleh para pembesar
Raja memperoleh ketaatan daripada rakyatnya
Raja sentiasa ditaati dan dianggap suci
Contohnya, Raja Champa dianggap sebagai pemerintah yang suci dan dikaitkan dengan Dewa Siva
Huraikan Ciri undang undang
Undang undang dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan.
Undang undang tersebut terpakai di seluruh wilayah pengaruh dan menjadi panduan dalam pentadbiran kerajaan.
Contohnya, kerajaan Majapahit mengamalkan undang undang Kutara Manawa
Huraikan ciri ciri wilayah pengaruh
Wilayah pengaruh merupakan kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja
Contohnya, kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas dari Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra
Huraikan ciri ciri rakyat
Rakyat merujuk penduduk di dalam sesebuah wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka
Contohnya, rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada Raja Srivijaya dengan upacara persetiaan dan meminum air sumpah
Apakah kegunaan Inskripsi Telaga Batu
digunakan dalam upacara persetiaan antara pemerintah dengan golongan diperintah dalam kerajaan Srivijaya
Apakah kerajaan yang telah meneruskan ciri ciri negara bangsa yang diasaskan oleh Funan dan Champa
Kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang
Maksud Srivijaya
Sri iaitu bercahaya
Vijaya iatu kemenangan
Jelaskan upacara persetiaan rakyat kepada pemerintah Srivijaya
Dalam uapcara persetiaan rakyat kepada pemerintah Srivijaya, air dituang ke atas Inskripsi Telaga Batu dan mengalir di corong di bawahnya.
Air tersebut akan ditadah dan diminum oleh rakyat untuk menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah
Bagaimanakah Raja Srivijaya dikenang?
melalui jumlah ketulan emas yang telah ditinggalkan
Apakah ciri ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka
Kerajaan, rakyat, kedaulatan, wilayah pengaruh, undang undang dan lambang kebesaran
Huraikan ciri kerajaan
Kerajaan muncul disebabkan oleh adanya raja
Raja merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh pembesar
Pemerintahan beraja diperkukuh dengan Sistem Pembesar Empat Lipatan yang menjadi tonggak pemtadbiran Melaka
Sistem pemtadbiran kerajaan yang tersusun menjadikan melaka sebagai empayar yang terkenal
Selepas kedatangan islam. pemerintah kesultanan melayu Melaka mula menggunakan gelaran sultan
Huraikan ciri rakyat
Rakyat menumpahkan taat setia kepada Sultan melaka dan mematuhi undang undang yang dikuatkuasakan dalam Kesultanan Melayu Melaka
Secara umum. rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu dan orang laut
Golongan diperintah terdiri daripada rakyat yang merangkumi golongan merdekan dan hamba
Kesejahteraan rakyat Malaka dijamin oleh sultan, manakala rakyat mengakui kekausaan sultan
Hubungan timbal balik mewujudkan persefahaman dan ikatan antara golongan pemerintah dengan golongan diperintah
Huraikan ciri kedaulatan
Kedaulatan ialah lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan
Kedaulatan ini merupakan hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah
Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diakui oleh kerajaan lain dan bebas daripada campur tangan kuasa asing
Kedaultan kesultanan Melayu Melaka juga diiktiraf oleh kerajaan dinasti Ming
Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar beberapa orang utusan antaranya termasuklah yang diketuai oleh laksamana Cheng Ho untuk mengeratkan hubungan antara China dengan Melaka
Huraikan ciri wilayah pengaruh
Wilayah pengaruh merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh yang luas merangkumi keseluruhan Semenanjung tanah Melayu dan pantai timur Sumatera
wilayah pengaruh ini diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan.
Wilayah pengaruh yang luas membuktikan kewibawaan pemerintah kerajaan ini
Huraikan ciri undang undang
Terdapat 2 undang undang bertulis pada zaman kesultanan Melayu Melaka , iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang undang Laut Melaka
Undang undang ini digunakan untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat
Undang undang ini juga menjadikan KMM sebagai sebuah kerajaan yang unggul
Huraikan ciri lambang kebesaran
Lambang kebesaran merupakan identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka
Lambang kebesaran ini juga menjadi simbol kedaulatan sultan yang memerintah
Contoh: adat istiadat, penggunaan warna, nobat, regalia dan cap mohor
Cap mohor digunakan untuk
mengesahkan arahan daripada sultan
Apakah maksud wilayah taklukan
Wilayah taklukan ialah wilayah yang diperoleh melalui peeprangan
Antara wilayah yang ditakluk termasuklah Pahang, Kuala Linggi, Kelantan, Rokan, Inderagiri dan Kampar
Apakah maksud wilayah naungan
Wilayah naungan ialah wilayah yang menerima ketuanan KMM sama ada melalui perkahwinan atau persahabatan
Contoh: Lingga , Patani dan Kedah
Jelaskan perolehan wilayah melalui perkahwinan
Contoh ; kerajaan Majapahit menghadiahkan Siantan keapda sultan Mansur Shah kerana mengahwini Puteri Majapahit
Sistem pentadbiran apa yang digunakan semasa KMM
Pembesar Empat Lipatan. sistem ini menjadikan pentadbiran KMM lancar dan tersusun
Huraikan kawasan pegangan.
Sultan Melaka memberikan kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu wilayan, sungai atau pulau kepada para Pembesar Berempat.
Setiap kawasan pentadbiran ini dikenali sebagai kawasan pegangan
Huraikan sistem pentadbiran KMM
sistem pentadbiran KMM terususun dan berhierarki
Sultan mengetuai pemerintahan dan mempunyai kuasa dalam segala aspek, iaitu dalam pemerintahan, peeprangan , hubungan diplomatik dan agama
Pembesar Berempat, iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, temenggung dan Laksamana
Pembesar lain yg membantu dlm pentadbiran ialah Syahbandar, Bentara, Orang Kaya, hulubalang dan penghulu